Seperti biasa hari kedua bekerja merupakan hari yang paling sibuk dan memenatkan. Rutin harian yang biasa pun sudah cukup memerah tenaga apatah lagi kalau ada urusan penting yang perlu diselesaikan segera.
Petang tadi, sebaik pulang dari kerja dijemput oleh Encik Suami dan Anis kami terus menuju ke pejabat Skynet untuk mengambil barang yang sepatutnya sampai semalam. Disebabkan penghantaran yang agak lambat dan tiba setelah saya sudah pun berada di tempat kerja, terpaksalah kami pula yang pergi mengambilnya di pejabat Skynet.
Sebahagian daripada barang yang diterima semalam. |
Alhamdulillah semua barang dalam keadaan baik dan memuaskan hati. Nasib baik selamat sampai ke tangan walaupun ada kesilapan pada ejaan nama saya. Masih ada rezeki saya, alhamdulillah.
Hilang segala penat badan yang baru pulang dari kerja. Selepas menjamu selera sambil melayan Anis bermain, kami balik ke rumah kerana saya perlukan rehat sebelum kembali bertugas syif malam. Penat tapi seronok dan puas. Di mana ada kemahuan, in shaa Allah akan dibukakan jalan. Apa yang penting usaha, doa dan tawakkal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan