Selasa, 22 Oktober 2013

Resepi Puding Roti Bakar - mudah dan sedap

Teks : Siti Nadzifah
Imej : Siti Nadzifah

Hari ni saya off. Baru habis syif malam pukul 7 pg tadi. Encik suami mengajak balik ke kampung sebab mertua kurang sihat. Lagipun kami dah agak lama tidak menjenguk mereka. Saya ambil masa untuk berehat dan melelapkan mata sekejap sebelum berkemas barang-barang yang akan di bawa nanti. Selepas bersarapan bersama encik suami dan Anis, saya ternampak roti yang dibeli dua hari lepas belum terusik. Tengok-tengok tarikh luputnya hari ni. Saya bercadang nak buat puding roti selepas bangun nanti.

Sedapnya layan mata. Tahu-tahu encik suami kejutkan saya masa nk pergi solat jumaat dah. Dia biarkan saya tidur puas-puas rupanya. Dalam fikiran saya, ingat sudah tidak sempat nak buat puding nampaknya. Terbuang la nampaknya roti tu. Masa saya keluar dari bilik, saya nampak encik suami dah tolong lipatkan kain baju rupanya. Alhamdulillah. Terima kasih ya encik suami, sebab tu sayang sangat-sangat. Nampaknya sempat juga lah saya buat puding roti ni. Bolehlah di jadikan oleh-oleh bawa balik kampung nanti. Di bawah ni saya kongsikan resepi puding roti bakar yang sangat simple, mudah, senang dan yang penting... Sedap.. Saya ambil masa sekejap sahaja nak siapkan masakan ni. Bile dah masuk oven, saya boleh tinggalkan untuk kemaskan baju ke dalam beg. Penyediaannya semudah 1,2,3 sahaja...


Pertama:
Masukkan bahan-bahan ni ke dalam blender;
3 biji telur A
1/2 tin susu cair @ susu segar
1/2 tin susu pekat manis
2 sudu makan butter @ marjerin
2 sudu makan gula
1 sudu kecil esen vanila
Secubit garam (kalau guna marjerin xperlu letak garam ya)

Kedua:
Selepas bahan tadi di blend. Masukkan ke dalam mangkuk atau bekas yang sesuai. Kemudian masukkan roti secukupnya ke dalam bancuhan telur tadi. Terpulang pada anda samada nak koyakkan roti tu atau pun suka letak sekeping-sekeping. Kalau saya lebih suka koyakkan sebab nanti senang nak susun dalam loyang. Biarkan roti mengembang seketika. Lepas tu bolehlah susunkan ke dalam loyang untuk di bakar.

Ketiga:
Panaskan oven pada suhu 180 darjah dan bakar  puding kita dengan menggunakan api atas dan bawah. Bakar lebih kurang 40 - 50 minit bergantung pada saiz puding. Kalau suka puding yg agak berkerak biarkan lama sikit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan