Ahad, 3 November 2013

Senaraihitam Oleh Jabatan Imigresen

Apa yang boleh menyebabkan seseorang itu disenaraihitamkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia? Seseorang yang telah disenaraihitamkan (blacklisted) oleh Jabatan Imigresen Malaysia akan menghadapi masalah untuk memohon pasport. Bagi yang sudah memiliki pasport pula, kemudahan untuk ke luar negara akan disekat.



Sila dapatkan maklumat daripada pegawai yang menerima permohonan pasport tersebut kenapa nama anda telah disenaraihitamkan oleh Jabatan Imigresen.

Anda mungkin disenaraihitamkan atas sebab-sebab tertentu, oleh yang demikian anda perlu merujuk kepada agensi / jabatan berkenaan bagi membolehkan anda mendapatkan kemudahan imigresen.

Antara agensi yang boleh dirujuk bagi mendapatkan maklumat berkenaan seseorang yang disenaraihitamkan adalah seperti berikut:

i.    Jabatan Insolvensi bagi kes bankrap;
ii.   Lembaga Hasil Dalam Negeri bagi kes cukai pendapatan/;
iii.  Kumpulan Wang Simpanan Pkerja bagi kes caruman;
iv.   Perbadanan Tabung Pendidikan Negara (PTPTN) bagi kes pinjaman pendidikan;
v.    Jabatan Kastam DiRaja Malaysia bagi kes-kes percukaian dan kastam;
vi.  Suruhanjaya Syarikat Malaysia bagi kes-kes kesalahan pendaftaran syarikat;
vii. Jabatan Kehakiman bagi kes-kes sabitan di bawah perintah mahkamah 
      (Contoh: hak penjagaan anak-anak)
viii. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi kes-kes di bawah SPRM;
ix.   Bank Negara Malaysia bagi kes-kes kesalahan/hutang bank;


Penama-penama yang disenaraihitam oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Perwakilan Malaysia Di Luar Negara dan Jabatan Imigresen Malaysia perlu merujuk terus kepada Bahagian Keselamatan Dan Pasport, Jabatan Imigresen Malaysia.

Prosedur Memohon Surat Kemudahan Imigresen (SKI) Bagi Penama yang disenaraihitam adalah seperti berikut:

i.  Penama perlu mendapatkan surat pelepasan daripada agensi/jabatan berkaitan (seperti senarai di atas)

ii. Surat pelepasan hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Keselamatan dan Pasport, Jabatan Imigresen Malaysia bagi mendapatkan Surat Kemudahan Imigresen.

iii. Bagi penama yang menggunakan wakil/bagi pihak untuk urusan mendapatkan Surat Kemudahan Imigresen (SKI), peraturan-peraturan berikut perlulah dipatuhi:-
- mengemukakan surat kuasa serta sesalinan kad pengenalan penama yang disenaraihitam;
- anak/isteri/suami yang menjadi wakil/bagi pihak penama yang diseanaraihitam perlu membuktikan pertalian hubungan dengan penama yang disenaraihitam.

Surat Kemudahan Imigresen berkenaan akan memberi kebenaran untuk memohon Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) serta kemudahan keluar negara mengikut tempoh yang dinyatakan.

Surat pengesahan atau Surat Kemudahan Imigresen tidak akan dikeluarkan kepada penama yang sudah dibatalkan dari senarai syak Imigresen.



Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila berhubung dengan Jabatan Imigresen Malaysia.
www.imi.gov.my 

Sila semak Status Senarai Syak (Blacklist) anda sebelum ke luar negara.


Iklan :
Akademi Bekerja Dari Rumah kini sudah mencapai lebih 200 blog dengan 7 guru online sedang bertugas. 17 kelas secara online sedang berlangsung. Pendaftaran dibuka setiap hari. Sertai kami di sini untuk mempelajari asas membina blog penulisan dan bisnes. Hubungi saya melalui 
 email : sitinadzifahabdrahad@gmail.com 
sms/whatsapps : 013-9288582; 
atau boleh juga PM saya di Facebook

Tiada ulasan:

Catat Ulasan