Imej : Google
Sumber : www.imi.gov.my
Proses permohonan passport |
Mungkin ada yang tertanya bagaimana jika mahu memohon pasport. Atau apa yang diperlukan semasa proses permohonan? Berapa keping gambar? Berapa bayaran? Dan bermacam lagi soalan yang bermain di minda? Bagi yang ingin memohon pasport buat pertama kalinya bolehlah merujuk jadual di bawah. Teliti syarat dan prosedur yang telah ditetapkan. Sedikit sebanyak boleh dijadikan panduan bagi memudahkan urusan anda dengan pihak imigresen nanti.
Pemohon perlu mematuhi prosedur berikut:
a. Pemohon hadir sendiri di Pejabat Imigresen atau Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara
b. SEMUA permohonan kali pertama harus mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan di bawah :
Pemohon | Jika | Syarat-syarat |
Pemohon yang berumur 18 tahun ke atas | Lahir dalam negara | MyKad pemohon Sekiranya tidak memiliki MyKad, Kad Pengenalan Sementara (JPN.KPPK 09 dan 11) pemohon diperlukan. 2 keping gambar bersaiz 35mm x 50mm berlatar belakang putih tanpa bayang. |
Lahir luar negara | MyKad pemohon Dokumen Perjalanan/pasport yang digunakan semasa balik ke Malaysia. Jika pasport tidak dapat dikesan kemukakan Surat Akuan Sumpah berhubung butir-butir kemasukan dan Dokumen Perjalanan/pasport yang digunakan. 2 keping gambar bersaiz 35mm x 50mm berlatar belakang putih tanpa bayang. | |
Pemohon warganegara Malaysia Sabah dan Sarawak yang mohon kali pertama di Pejabat Imigresen Semenanjung Malaysia. | MyKad pemohon Sekiranya tidak memiliki MyKad, Kad Pengenalan Sementara (JPN.KPPK 09 dan 11) dan Sijil Lahir pemohon diperlukan. 2 keping gambar bersaiz 35mm x 50mm berlatar belakang putih tanpa bayang. Catatan : Permohonan akan dirujuk ke Pejabat Imigresen Sabah dan Sarawak dan kelulusan akan dimaklumkan selepas 5 hari bekerja. | |
Pegawai dan anggota tentera | Kad Tentera 2 keping gambar bersaiz 35mm x 50mm berlatar belakang putih tanpa bayang. | |
Pegawai dan anggota polis | Kad Polis 2 keping gambar bersaiz 35mm x 50mm berlatar belakang putih tanpa bayang. | |
Pemohon yang berumur 18 tahun ke bawah | Lahir dalam negara | MyKad pemohon Sijil lahir pemohon MyKad bapa/ibu (ibu atau bapa perlu hadir sama). 2 keping gambar bersaiz 35mm x 50mm berlatar belakang putih tanpa bayang. |
Lahir luar negara | Borang W/Sijil Lahir/Sijil Perakuan Taraf Dokumen Perjalanan/pasport yang digunakan semasa balik ke Malaysia. Jika pasport tidak dapat dikesan kemukakan Surat Akuan Sumpah berhubung butir-butir kemasukan dan Dokumen Perjalanan/pasport yang digunakan. MyKad bapa/ibu (ibu atau bapa perlu hadir sama) 2 keping gambar bersaiz 35mm x 50mm berlatar belakang putih tanpa bayang. | |
Jika ibu dan bapa telah meninggal dunia | MyKad pemohon Sijil lahir pemohon Sijil kematian ibu/bapa Surat sumpah hak penjagaan anak / surat dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kad Pengenalan penjaga/Pasport Penjaga (jika warga asing) 2 keping gambar bersaiz 35mm x 50mm berlatar belakang putih tanpa bayang. | |
Jika ibu dan bapa bercerai | MyKad pemohon Sijil lahir pemohon Surat mahkamah memberi hak penjagaan anak kepada ibu/bapa. MyKad ibu/bapa yang diberi hak penjagaan yang sah. 2 keping gambar bersaiz 35mm x 50mm berlatar belakang putih tanpa bayang. | |
Jika ibu dan bapa tidak dapat dikesan | MyKad pemohon Sijil lahir pemohon Surat Akuan Sumpah/Surat pengesahan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat/pengesahan dari Ketua Kampung/Penghulu yang mengesahkan ibu bapa tidak dapat dikesan dan hak penjagaan diberi kepada penjaga yang sah. Kad Pengenalan Penjaga/Pasport Penjaga (jika warga asing) 2 keping gambar bersaiz 35mm x 50mm berlatar belakang putih tanpa bayang. | |
Jika pemohon adalah anak angkat | MyKad pemohon Sijil Anak Angkat Kad Pengenalan Penjaga/Pasport Penjaga (jika warga asing) 2 keping gambar bersaiz 35mm x 50mm berlatar belakang putih tanpa bayang. | |
Jika pemohon telah berkahwin | MyKad pemohon Sijil Nikah atau Surat Cerai (jika telah bercerai) 2 keping gambar bersaiz 35mm x 50mm berlatar belakang putih tanpa bayang. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan