Rabu, 16 Oktober 2013

Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor,Tumpat Kelantan

Siapa pernah sampai ke Kelantan memang tak puas hati kalau tak pergi zon bebas cukai kan.Sah kan orang yang jarang-jarang sampai. Saya yang memang berasal dari sana pun tak akan melepaskan peluang untuk ke zon bebas cukai tiap kali balik kampung. Sesekali pergi memang shopping sakan la. Apa tak nya kalau harga barang di sana boleh dapat sampai separuh harga dari tempat tinggal kita kan. Terus terang saya cakap, saya kalau kat Johor ni susah sangat nak membeli terutamanya baju. Tapi kalau dah balik ke Kelantan, berpasang-pasang saya beli mengalahkan nak menyambut raya.



Ni gambar masa bulan dua tahun lepas, masa saya balik kampung sempat juga saya sampai ke Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor. Selalunya saya lebih suka pergi ke Zon Bebas Cukai Rantau Panjang, tapi  disebabkan kesuntukan masa kami pergi ke tempat yang lebih dekat sikit.



Setakat ini, harga tak banyak berbeza dengan Rantau Panjang, lebih kurang sahaja. Bagi saya suasana di Pengkalan Kubor lebih selesa berbanding Rantau Panjang. Deretan kedai-kedainya dah banyak bangunan baru berbanding di Rantau Panjang masih banyak kedai-kedai di bangunan lama. Tetapi sedikit pesanan dari saya, kalau boleh elakkan perkunjung ke sini pada musim-muaim percutian keran biasanya peniaga akan meletakkan harga yang lebih tinggi berbanding hari-hari biasa. Satu lagi, biasakan tawar-menawar supaya mendapat harga yang memuaskan.

Bagi sesiapa yang ada perancangan ingin ke Kelantan, jangan lupa singgah di Pengkalan Kubor ya. Mesti anda akan jatuh cinta dan teringin ke sana lagi. Encik suami saya salah seorang yang dah jatuh hati dengan negeri Kelantan, bukan setakat dah jatuh hati dengan orang nya malah dengan negeri kelahirannya sekali. Keluarga mertua saya juga sangat teringin berkunjung ke sana lagi. In shaa Allah jika ada rezeki bolehlah kita buat rombongan ke sana.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan