Teks :Siti Nadzifah
Lebih kurang sebulan saya berblogging, ada seseorang bertanyakan soalan seperti itu pada saya. Jawapan saya, ya, saya masih bekerja sepenuh masa dan menulis blog hanya pada masa senggang sahaja. Soalan itu agak menghairankan saya pada mulanya. Tiba-tiba sahaja diajukan soalan seperti itu.
Namun soalan seterusnya merungkai maksud sebenar si penanya itu. Soalannya, kalau masih kerja bila awak menulis blog? Awak menulis waktu di pejabatkah? Tiap-tiap hari ada entri, mana dapat idea? Soalan ini agak menyentap perasaan saya, geram pun ada. Sesuka hati sahaja menyerkap jarang. Tetapi saya cuba mengawal perasaan dan menjelaskan pada beliau.
Ya, kadang-kadang ada juga saya menulis di pejabat,
tetapi curi-curi masa waktu rehat sahaja. Itupun biasanya sekadar merangka di buku nota atau di telefon sahaja. Kerja di tempat seperti saya ni manalah ada masa nak mengular dan membelek kerja lain. Pergi tandas sekejap pun sudah kena cari. Biasanya kalau badan masih larat sepulangnya dari pejabat saya akan menyunting semula tulisan saya. Kalau tidak, kena tunggu hari off baru dapat menulis.
Sebenarnya waktu yang saya peruntukkan sepenuhnya untuk menulis blog adalah pada hari off kedua saya di mana encik suami kerja syif petang. Memandangkan encik suami tiada di rumah, jadi bolehlah saya mengadap pc seberapa lama pun yang saya mahu dan mampu asalkan tidak diganggu Anis. Saya akan manfaatkan masa Anis tidur sepenuhnya untuk menulis beberapa entri serentak dan menjadualkan mengikut hari-hari tertentu.
Seorang suri yang berkerjaya seperti saya mestilah pandai membahagikan masa untuk tugas yang perlu dilakukan. Termasuklah pembahagian masa berkualiti untuk keluarga. Secara logiknya, memang susah dan tak mungkin dapat selesaikan semua perkara serentak dan seorang diri. Oleh itu, bantuan dari ahli keluarga yang lain amatlah dihargai.
Saya sangat bertuah kerana encik suami rajin menolong dalam melakukan kerja rumah. Kami selalu bergotong royong mengemas rumah dan menukar susun atur perabot dalam rumah. Biar perabot yang sama, asalkan berwajah baru. Barulah suasana dalam rumah tidak membosankan.
Cukuplah dahulu coretan saya untuk malam ini. Esok saya bertugas syif pagi. Anis pun dah lama lena, awal pula anak mama tidur malam ni. Sampai berjumpa lagi. Selamat malam semua. Mimpi indah.
Anda ingin menulis blog?
Sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah sekarang.
Tidak kira samada anda seorang surirumah sepenuh masa, berkerjaya, pelajar, peniaga atau siapa sahaja. Kelas kami yang sangat fleksibel amat sesuai untuk sesiapa sahaja. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Jangan terlalu memberi alasan kerana anda juga yang akan menyesal nanti.
Akademi Bekerja Dari Rumah kini sudah mencapai lebih 150 blog dan pendaftaran kini, alhamdulillah setiap hari.
10 guru online sedang bertugas. 15 kelas secara online sedang berlangsung setiap hari.
Kami menawarkan dua kelas online di bawah:
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page khusus untuk bisnes
Dapatkan maklumat lanjut di sini
Agak sukar untuk bahagi masa pada mulanya. Tapi when there's a will, there's a way. Salam perkenalan :)
BalasPadamBetul tu Mrs Kamilah. Kalau nak 1000 daya kan..
BalasPadamsalam perkenalan (^_^)