Rabu, 13 November 2013

Resepi Kek Coklat Moist Cheese Leleh

Teks : Siti Nadzifah
Imej : Siti Nadzifah

Alhamdulillah. Berjaya juga saya siapkan kek ini istimewa buat hari lahir encik suami semalam. Mungkin ada antara kawan-kawan yang ingin cuba membuat sendiri kek ini. Jadi hari ni saya akan kongsikan resepinta di sini ya. Mudah je. Jom kita tengok resepi ya.



Bahan-bahan:

(saya gunakan mug yang agak kecil, lebih kurang sukatan gelas)

Bahan A
1 tin susu cair
1 gelas susu manis (lebih kurang 1 tin yang kecil)
1 gelas gula (200gm)
1 gelas serbuk koko (40gm)
1 gelas minyak jagung/minyak masak pun boleh

Bahan B
3 biji telur grade B
2 gelas tepung (250 gm)
1 sudu esen vanila
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil soda bikarbonat

Bahan Cream Cheese
250gm cream cheese
1/2 tin susu manis (atau boleh rasa suka manis ke tidak)
Sedikit sunquick

Cara Penyediaan:

1. Satukan semua bahan A ke dalam periuk atau kuali. Kacau hingga sebati dan gula hancur. Tutup api dan biarkan seketika.

2. Pukul telur hingga agak kembang. Kemudian masukkan esen vanila dan campurkan dengan bahan A tadi. Pukul seketika kemudian masukkan tepung yang telah dicampurkan dengan serbuk penaik dan soda bikarbonat. Gaul sebati.

3. Panaskan air dalam periuk kukus sementara itu sediakan loyang yang sesuai. Kukuskan kek lebih kurang 40 minit hingga sejam atau sehingga kek masak. Sejukkan kek sebelum dihias.

4. Untuk krim pula. Campurkan semua bahan dan pul hingga gebu dan tidak berketul. Hiaskan mengikut kreativiti anda. (pastikan kek betul-sejuk ya). Sejukkan dalam peti sejuk sebelum dihidang.







---------------------------------------------------------------------
Iklan:
Akademi Bekerja Dari Rumah kini sudah mencapai lebih 350 blog dengan 13 guru online sedang bertugas.21  kelas secara online sedang berlangsung. Pendaftaran dibuka setiap hari. Anda ingin menulis blog? Sertai kami di sini untuk mempelajari asas membina blog penulisan dan bisnes.

1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page
3. Kelas penulisan kreatif
3. Kelas belajar iklan mudah.my
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus onlne dibuka
6. Kelas asas akaun bisnes kecl wahm/soho

Hubungi saya melalui ;
sms/whatsapps : 013-9288582; 
atau boleh juga PM saya di Facebook
Jom kita pakat jana pendapatan sampingan. Klik gambar untuk ke Page kami.
https://www.facebook.com/tepungmagikmama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan