Sabtu, 12 Oktober 2013

The 6 Jars & Teknik Sampul Surat

Mesti ada antara anda semua sudah biasa mendengar atau terbaca istilah The 6 Jars dan juga Teknik Sampul Surat kan. Atau mungkin juga sudah ramai antara anda semua yang sudah pun mengamalkan cara ini. Bagi yang sentiasa peka dengan pengurusan kewangan peribadi, istilah tersebut tentunya sudah sebati dengan anda.

Di sini saya ingin kongsikan berkenaan kedua-dua konsep ini mengikut kefahaman saya sendiri. Saya mempelajari teknik ini
hasil carian saya berkenaan pengurusan kewangan peribadi di internet juga. Saya terpanggil untuk menghuraikan konsep ini di sini bila ada di antara kenalan saya meminta pendapat tentang bagaimana hendak menguruskan kewangan mereka khususnya wang gaji dan perbelanjaan keluarga.

Konsep ini lebih kurang sahaja. Tetapi saya suka aplikasikan kedua-dua konsep ini kepada dua bahagian besar dan kecil. Bagaimana?

Saya jadikan konsep The 6 Jars sebagai kumpulan pertama iaitu bahagian yang besar-besar. Keseluruhan wang gaji dikategori atau dibahagikan kepada enam bahagian mengikut peratusan yang kita rasakan sesuai mengikut jumlah gaji masing-masing. Biasanya dicadangkan seperti di bawah ini;

THE 6 JARS

1- FFA ( Financial Freedom Account) = 10%
2- LTSS ( Long Term Saving For Spending) = 10%
3- Education Fund = 10%
4- Necessities = 55%
5- Play = 10%
6- Give = 5%

Dari enam bahagian yang besar ini, saya bahagikan pula kepada bahagian yang lebih kecil menggunakan konsep sampul surat pula. Dengan konsep sampul surat ini, saya khususkan lagi bajet untuk perbelanjaan mengikut kategori yang lebih kecil pula. Biasanya bahagian ini banyak menyentuh bahagian Necessities dari konsep di atas.

KONSEP SAMPUL SURAT

Konsep Sampul Surat


1- Senaraikan segala jenis perbelanjaan kita dari bahagian simpanan, hutang, bil, perbelanjaan isi rumah dan segala jenis perbelanjaan kita setiap bulan mengikut kategori.

2- Sediakan sampul surat dan labelkan mengikut kategori yang sudah kita senaraikan serta tuliskan jumlah bajet untuk setiap perbelanjaan.

3- Bahagikan bajet kita mengikut kategori tadi dan masukkan ke dalam sampul yang sepatutnya.

Dengan cara ini, perbelanjaan di luar kawalan dapat dikurangkan kerana kita sudah tahu wang tersebut adalah peruntukan untuk perbelanjaan wajib yang tertentu. Apa yang penting, langsaikan segala bayaran dan simpanan dahulu. Kemudian pandai-pandailah berjimat-cermat menggunakan wang yang ada untuk perbelanjaan seharian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan