Teks : Siti Nadzifah
Imej : Google
Sumber: http://pemikirkaya.com/kewangan-peribadi/apa-itu-inflasi/
Biasa kita dengar orang ramai menyebut inflasi sifar. Tetapi tahukah anda apa yang dimaksudkan dengan inflasi? Inflasi secara mudah untuk difahami adalah merupakan keadaan ekonomi yang berlaku disebabkan oleh kenaikan harga kebanyakan barangan dan perkhidmatan secara berterusan sehingga mendatangkan kesan kepada kadar nilai wang semasa.
Maka tidak hairanlah pada zaman sekarang, terlalu ramai yang dapat menjadi jutawan dengan memiliki wang berjuta-juta jika dibandingkan dengan beberapa puluh tahun terdahulu. Ini kerana, jumlah wang yang sama banyak tetapi memiliki nilai yang lebih rendah disebabkan kadar inflasi yang semakin tinggi. Akan tetapi, jumlah wang yang sama banyak itu tidak dapat menjadikan pemiliknya hidup semewah jutawan
pada zaman dahulu.
Andaikan dengan contoh yang lebih mudah, sepuluh tahun yang lepas, dengan wang bernilai seringgit kita dapat membeli dua hingga tiga biji kuih beserta air teh'o' panas. Tetapi hari ini, secawan teh 'o' panas sahaja sudah berharga seringgit tanpa dapat membeli kuih. Dahulu, nilai ratusan ribu ringgit sudah dapat memiliki rumah umpama istana. Sedangkan sekarang, rumah kos rendah pun sudah menjangkau ratusan ribu ringgit. Itupun rumah lama.
Apakah Punca Inflasi? Antara punca yang menyebabkan berlakunya inflasi dalam ekonomi sesebuah negara adalah seperti berikut:
1) Permintaan melebihi bekalan barangan dan perkhidmatan yang disediakan di mana pengeluar tidak dapat memenuhi permintaan pada masa-masa tertentu menyebabkan peniaga mengambil kesempatan mengenakan harga yang tinggi.
2) Kos pengeluaran sesuatu barangan meningkat.
3) Bekalan wang meningkat melebihi bekalan barangan dan perkhidmatan dalam pasaran. Inflasi ini biasanya berlaku semasa peperangan. Wang yang banyak dicetak untuk membiayai perbelanjaan peperangan.
4) Terdapat hanya sebuah syarikat atau sedikit sahaja syarikat yang membekalkan barangan dan perkhidmatan di mana membolehkan mereka meletakkan harga sesuka hati. Apabila kos bahan-bahan mentah, barang siap atau perkhidmatan yang
diimport dari luar negara meningkat, ia akan menyebabkan harga barangan
dan perkhidmatan di pasaran tempatan meningkat tanpadisedari.
5) Juga faktor-faktor barangan dan perkhidmatan yang diimport dari luar negara.
Inflasi merupakan salah-satu sebab yang menjadikan pengurusan kewangan semakin mencabar dari sehari ke sehari. Kita semua seharusnya peka dan bijak dalam menguruskan kewangan masing-masing.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan