Kerja Oh Kerja!!! |
Saya sememangnya susah nak melelapkan mata. Lebih-lebih lagi kalau badan terlampau penat.
Sementara belum tertidur, saya mengambil peluang untuk update blog sedikit. Saya rasa ramai yang tahu tentang keburukan bekerja syif malam dan juga kesan sampingan akibat kurang tidur. Mari kita sama-sama meneliti kesan-kesan jangka panjang bekerja syif malam.
Tidur yang tidak cukup dan terlalu sedikit boleh meningkatkan risiko mendapat penyakit kencing manis, sakit jantung dan pelbagai masalah kesihatan yang lain. Selain itu, masalah sampingan lain yang akan timbul seperti tekanan darah tinggi atau rendah, obesiti, kemurungan, masalah daya ingatan, sistem imun menjadi lemah malah boleh mengakibatkan masalah ketidaksuburan. Bagi sesetengah orang pula, mungkin akan menimbulkan sikap panas baran akibat kurang rehat dan kepenatan.
Pekerja yang bekerja syif malam juga amat berisiko untuk menjadi gemuk atau obesiti. Ini kerana, apabila kita berjaga pada waktu malam, perut kita mudah terasa lapar. Jadi kita akan mengambil makanan di luar waktu makan yang sepatutnya.
Selain itu, bekerja syif malam juga sangat mempengaruhi gaya hidup kita. Mengikut pengalaman saya sendiri, badan akan selalu rasa lemah dan tidak bermaya yang mana akan menyebabkan kita menjadi malas. Kalau diikutkan sahaja rasa letih lesu dan malas itu, lama kelamaan ia akan membentuk tabiat buruk pada diri kita.
Tag : kerja syif, kerja shift
Tiada ulasan:
Catat Ulasan