Isnin, 14 Oktober 2013

Resepi Roti Goreng Sosej

Kali ni saya nak kongsikan satu menu ringkas yang cukup senang dan cepat disediakan. Sesuai untuk sarapan, minum petang, hidangan ringkas untuk tetamu atau bekalan ke mana-mana. Resepi Roti Goreng Sosej ataupun Sosej Roll.




Bahan-bahan:

Roti keping (saya biasa guna gardenia)
Sosej
Telur
Secubit garam dan gula
Sedikit tepung gandum/tepung beras
Sedikit soda bikarbonat (agen perangup)
Sedikit tepung gandum (untuk dijadikan gam dicampurkan sedikit ke dlm telur)

Cara-cara:


    1.Potong sosej mengikut selera anda. Jika potong sosej kepada 2, roti pun bahagi kepada dua. Kalau potong 3, roti pun bahagi kepada 3 bahagian. Biasanya saya potong 3, tak lah besar sangat dapat pun banyak. Oh ya, sebelum roti dipotong, tekan atau penyekkan sedikit roti tu atau boleh juga gunakan penggelek untuk memadatkan roti tu. Tujuannya adalah untuk mengelakkan roti terlalu kembang masa dicelup ke dalam telur dan juga mengelakkan roti menyerap minyak berlebihan ketika digoreng. Jangan risau kerana roti akan mengembang semula ketika digoreng.

    2.Selepas dipenyekkan, potong roti dan gulungkan sosej yang dipotong tadi dengan roti. Kemudian dihujung roti tersebut, gamkan dengan tepung yang dibancuh dengan sedikit air. Jangan terlalu cair ya, nanti tak lekat pula. Selepas dilekatkan biarkan sekejap sementara kita siapkan telur.

    3.Pecahkan telur. Masukkan tepung, soda bikarbonat, garam dan gula. Pukul sehingga sebati dan agak kembang atau kalau nak senang masuk blender je. Lepas tu celupkan roti tadi dan terus goreng dengan menggunakan minyak yang banyak dan panas.
    4. Setelah agak keperangan, angkat dan toskan minyak atas tisu dapur.Siap untuk dihidang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan