Rabu, 23 Oktober 2013

Pasport Malaysia Antarabangsa

Teks : Siti Nadzifah
Imej : Google

Anda sudah ada pasport? Pasport Malaysia adalah satu Dokumen Perjalanan yang sah yang dikeluarkan kepada warganegara Malaysia bagi tujuan untuk ke luar negara. Bagaimana prosedur dan kelayakan bagi membuat pasport?

Kelayakan - Mestilah warganegara Malaysia.

Tempat Memohon - Kemukakan permohonan di semua Pejabat Imigresen Negeri di Malaysia dan Pejabat Perwakilan Malaysia seandainya berada di luar negara.

Tempoh Sah Laku - terdapat dua pilihan samada mahu membuat pasport yang sah laku selama dua tahun atau lima tahun sahaja dari tarikh dikeluarkan.

Spesifikasi Gambar Pasport Polikarbonat (Pasport Terbaru)

1.Kepingan gambar bersaiz 35mm x 50mm berlatar belakang PUTIH tanpa bayang
2.Saiz wajah pembawa passport berukuran minima 25-30mm (50% - 60% ukuran ruang gambar mengikut ICAO)
3.Lebihan ruang di antara kepala dan hujung kepingan gambar berukuran 10mm
4.Lebihan ruang antara dagu dengan hujung bawah kepingan gambar berukuran 10mm
5.Pakaian berwarna gelap serta menutupi bahu dan dada
6.Tiga suku profil tidak dibenarkan
7.Pemohon memandang tepat ke arah kamera
8.Mata perlu dalam keadaan terbuka dan mulut tertutup
9.Rambut tidak melindungi wajah
10.Tidak menutupi dahi bagi yang memakai tudung 

NOTA:  
Bagi Pejabat Imigresen Atase Yang Belum Mengaplikasikan Pasport Mukasurat Polikarbonat latar belakang  gambar pasport adalah berwarna biru.


Bayaran yang dikenakan bagi memproses pasport ialah:

a. RM100.00 untuk 2 Tahun
b. RM300.00 untuk 5 Tahun

Bagi warga emas berumur 60 tahun ke atas dan juga kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah pula adalah:

     a. RM80.00 untuk 2 Tahun
     b. RM150.00 untuk 5 Tahun

Juga terdapat bayaran separuh harga yang dikenakan pada remaja yang belum mencapai usia 21 tahun dengan syarat sedang belajar di luar negara atau menerima serta mengemukakan bukti telah menerima tawaran melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi di luar negara semasa membuat permohonan pasport.

Pengecualian Bayaran / Percuma (Gratis)
Golongan orang kurang upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan mengemukakan Kad Pendaftaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai bukti.

Bayaran boleh dibuat secara tunai atau wang pos atau bank draf yang dipalang. Sebarang cek persendirian atau syarikat adalah tidak diterima. 

  • Malaysia - Atas nama KETUA PENGARAH IMIGRESEN MALAYSIA atau PENGARAH IMIGRESEN NEGERI dimana permohonan dikemukakan.
  • Luar Negara - Atas nama SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA/PENOLONG SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA/KEDUTAAN BESAR MALAYSIA/KONSULAT JENDERAL MALAYSIA (di mana berkaitan).

Maklumat Am
 
a. Penggunaan perkataan anak lelaki (A/L) dan anak perempuan (AP/) bagi kaum India dan bukan Islam di mukasurat utama Pasport Malaysia telah dimansuhkan tetapi dinyatakan pada mukasurat 'PEMERHATIAN'/'OBSERVATION'.

b. Jika pemohon dibawah usia 18 tahun, kad pengenalan ibu atau bapa diperlukan.

c. Pasport Malaysia yang tidak dituntut selepas tiga (3) bulan dari tarikh kutipan yang dinyatakan pada resit bayaran akan dibatalkan dan dilupuskan. Pemohon yang pasportnya telah dibatalkan jika memerlukan pasport hendaklah mengemukakan permohonan baru mengikut proses biasa beserta bayaran.

d. Tiada lagi kemudahan memasukkan butir-butir kanak-kanak dalam pasport ibu atau bapa. Kanak-kanak (termasuk bayi yang baru dilahirkan) perlu memohon secara berasingan dan ibu bapa boleh memohon untuk menukar gambar setelah bayi meningkat usia 2 tahun ke atas disertai dengan 2 keping gambar bersaiz 35mm x 50mm berlatar belakang putih tanpa bayang., Sijil Lahir dan hadir bersama-sama anak berkenaan di Pejabat Imigresen.

e. Berdasarkan Akta Penjagaan Kanak-Kanak (Guardianship Act 1961- Pind 1999), ibu kini boleh seperti bapa membuat pengesahan bagi permohonan anak bawah 18 tahun.


Maklumat lanjut boleh layari : www.imi.gov.my
Rujukan : Laman web rasmi Jabatan Imigresen Malaysia
Kemaskini : 27 Nov 2013


---------------------------------------------------------------------
Iklan:
Akademi Bekerja Dari Rumah kini sudah mencapai lebih 200 blog dengan 7 guru online sedang bertugas. 17 kelas secara online sedang berlangsung. Pendaftaran dibuka setiap hari. Sertai kami di sini untuk mempelajari asas membina blog penulisan dan bisnes.
Hubungi saya melalui ;
sms/whatsapps : 013-9288582; 
atau boleh juga PM saya di Facebook

Tiada ulasan:

Catat Ulasan