Sememangnya dari masuk pukul dua petang tadi hinggalah habis duty pukul 10 malam, tangan saya tidak berhenti dari mengambil, scan, cop dan memulangkan semula pasport kecuali waktu rehat sahaja. Selama lapan jam
saya menahan lenguh bahu dan sakit pinggang menjalankan tanggungjawab. Bagi sesetengah orang yang melihat menganggap tugas kami terlalu senang. Tapi pernahkah mereka mengandaikan diri mereka melakukan tugas seperti kami tanpa henti selama lapan jam dan tidak mengular? Pernahkah mereka bayangkan bagaimana kami mengawal emosi andai berdepan dengan orang awam yang "no manners"? Bak pepatah inggeris, "Always put yourself in other people's shoes. If you feel that it hurts you, it probably hurts the person too."
Antara contoh kesesakan yang boleh dikatakan setiap hari berlaku |
Antara cabaran besar bagi kami di sini adalah untuk mengawal emosi dan sikap kami sendiri dalam berdepan dengan situasi dan sikap orang awam yang pelbagai ragam. Bermacam ragam dan sikap terpaksa kami hadapi. Bayangkanlah, masing-masing dalam keadaan penat dan lapar selepas seharian bekerja. Sampai sahaja di tempat pemeriksaan kami, terpaksa pula berebut dan beratur untuk diperiksa. Dengan kuantiti yang beratus-ratus malah ribuan orang dalam satu-satu masa tentunya mengambil sedikit masa untu diperiksa. Padahal, setiap penunggang dan pembonceng perlu menunggu dalam masa tidak sampai dua hingga tiga minit sahaja. Ada yang pendek akal suka menekan hon. Sedangkan kami di dalam kaunter sudah secepat yang boleh melakukan pemeriksaan ke atas pasport mereka.
Tindakan mereka ini sedikit sebanyak memberi tekanan kepada kami, sudahnya oleh kerana sikap segelintir dari mereka ini juga menyebabkan kami malas melayan kerenah mereka. Kami hanya melakukan pemeriksaan tanpa mempedulikan bunyi hon dan kesesakan yang berlaku. Tidak kurang juga ada yang bertindak agresif dan kadang-kadang bersikap kurang ajar dengan pegawai bertugas.
Saya sendiri pernah hampir-hampir dilanggar oleh penunggang motosikal yang sememangnya tidak menghormati malah tidak suka dengan kami yang bertugas. Itulah antara cabaran yang terpaksa kami hadapi dalam tugas seharian. Entahlah, sudah tidak ada sifat budi pekerti dan adab sopan rakyat Malaysia seperti mereka ini. Mereka yang hidup tanpa erti kehidupan yang mana hanya hidup untuk mengejar wang semata. Sikap mereka ini sedikit sebanyak mempengaruhi cara kami melayan mereka di kaunter. Baik mereka datang, baiklah layanannya. Jika datang dengan sikap yang kurang ajar dan mencabar kredibiliti kami, maka adalah habuannya untuk mereka. Bak kata orang, sabar pun ada hadnya juga.
Setiap hari beginilah keadaannya |
Cukuplah coretan untuk malam ini. Sudah masanya untuk merehatkan diri dan minda. Esok kena bangun pagi-pagi lagi. Berjumpa lagi di perkongsian akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan