Hari gaji |
Kenapa perlu risau sebenarnya? Tidak akan timbul masalah
jika kita pandai menguruskan perbelanjaan kita. Lagi senang kalau buat-buat lupa gaji dah masuk. Berbelanjalah mengikut bajet sedia ada iaitu hanya menggunakan duit gaji bulan lepas. Nanti sudah sampai masanya, barulah menggunakan duit gaji yang baru mengikut masa yang sepatutnya.
Ya, saya faham. Tidak semua orang boleh bertahan untuk tidak menggunakan duit yang sudah ada di tangan. Tetapi, cuba anda andaikan gaji bulan ini belum masuk, sedangkan anda memerlukan wang dalam kadar segera. Apa yang anda lakukan. Andai kata wang itu diperlukan atas sebab kecemasan memang tidak boleh dielakkanlah. Sebaliknya jika hanya kerana nafsu anda yang sentiasa hendak berbelanja dan membeli belah, nampaknya anda akan sentiasa mengalami masalah kewangan. Seeloknya, belajarlah mengawal diri anda dari berbelanja sesuka hati dan membeli barang yang tidak perlu.
Satu lagi langkah selamat yang saya ingin cadangkan, alang-alang duit gaji sudah masuk. Apa kata anda bayar dulu semua bil dan hutang yang sepatutnya seperti hutang kereta dan rumah. Beli stok barang keperluan untuk bulan depan yang boleh disimpan contohnya susu anak, pampers, keperluan dapur dan rumah serta barang-barang yang wajib beli setiap bulan. Kita semestinya sudah ada senarai tetap setiap bulan kan. Kemudian buat bajet duit belanja harian yang diperlukan sehingga gaji seterusnya. Simpan berasingan wang yang telah disediakan untuk bajet belanja harian. Tapi ingat, yang ini kena disiplin lah ya, jangan pula gatal-gatal tangan korek buat beli baju idaman pula. Jadi, jika ada baki dari segala perbelanjaan wajib dan simpanan tadi, barulah anda boleh belanja sakan.
Andainya dapat berjimat lagi bagus. Belajarlah untuk hidup di bawah kemampuan bukan mengikut kemampuan. Selagi anda berbelanja sesuka hati selagi itulah anda akan pening kepala setiap hujung bulan. Belum seminggu gaji masuk poket sudah kosong. Fikir-fikirkanlah.
Baru beberapa hari gaji masuk |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan