Rabu, 23 Oktober 2013

Imigresen 'vs' Kastam

Teks : Siti Nadzifah
Imej : Google

Sebut sahaja tentang kastam, semua sudah tahu bahawa kastam merupakan sebuah jabatan yang mengendalikan barang yang keluar dan masuk ke negara kita. Bagaimana pula kalau ditanya atau disebut tentang imigresen? Ramai yang tersalah anggap bahawa imigresen dan kastam adalah satu jabatan dan mempunyai fungsi yang sama.


Sebenarnya, kedua-dua jabatan ini merupakan dua jabatan yang berbeza.
Persamaannya hanya kerana kedua-dua jabatan ini bertanggungjawab menjaga sempadan negara, tetapi skop yang berbeza di mana Jabatan Imigresen hanya mengawal kemasukan pelawat dan pelancong manakala Jabatan Kastam pula bertanggungjawab mengawal selia proses keluar masuk barang-barang import eksport.

Selain mengawal selia kemasukan pelawat dan pelancong di sempadan negara, Jabatan Imigresen juga bertanggungjawab dalam proses pengeluaran Passport Malaysia Antarabangsa, Visa dan Pas dan juga urusan pengambilan pekerja asing. Jabatan ini juga bertanggungjawab membanteras dan menangkap pendatang-pendatang tanpa izin dan pendatang yang tidak mempunyai dokumen perjalan yang sah.

Untuk mendapatkan gambaran dan info yang lebih jelas tentang kedua-dua jabatan ini, anda bolehlah melayari website rasmi jabatan berkenaan.

Jabatan Imigresen Malaysia
Jabatan Kastam Diraja Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan