Khamis, 3 Oktober 2013
Resepi Ayam Goreng Tepung Magik Ala-ala KFC
Baru sahaja selesai melayan Anis makan. Encik suami pula dah ke tempat kerja, hari ni saya off manakala encik suami pula kerja syif petang. Kami baru sahaja sampai dari kampung tengahari tadi, penat pun belum reda. Jadi, hari ni saya rasa nak kongsikan resepi mudah ini sahaja dengan sahabat semua. Bukan resepi sangat pun, rasanya lebih kepada cara penyediaan ayam goreng ala-ala KFC. Mari kita tengok bahan dan caranya.
Bahan-bahan:
Ayam (bersih dan toskan)
Tepung Magik
Telur secukupnya
Cara-cara:
1) Perapkan ayam dengan sedikit Tepung Magik. Biarkan seketika untuk membiarkan rempah dari Tepung Magik tu meresap.
2) Pecahkan telur dan pukul sedikit. Sementara itu panas minyak di dalam kuali.
3) Ambil ayam yang sudah siap diperap tadi, celupkan ke dalam telur kemudian lumurkan ke dalam tepung magik lagi.. Golek-golekkan ayam tu di dalam tepung magik yang kering. Ketepikan.
4) Gorengkan dengan minyak yang sudah betul-betul panas menggunakan api yang sederhana. Goreng hingga masak. Seeloknya sehingga tepungnya mula bertukar keperang-perangan mengikut saiz ayam.
5) Angkat dan toskan. Seeloknya alaskan dengan kitchen towel untuk serapkan minyak.Siap dan sedia untuk dihidang. Enak dimakan panas-panas.
Selamat mencuba.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan