Eh, bukan saya yang bermalam di rumah besan. Anak pun baru je berusia dua tahun. Sebenarnya umi saya yang menumpang bermalam di rumah mertua saya di Batu Pahat.
Memandangkan rumah mertua berdekatan dengan tempat belajar adik saya iaitu UTHM Johor, mertua mempelawa umi dan adik-adik bermalam sahaja di rumah mereka. Abah pula tidak dapat ikut serta kerana salah seorang adik saya sedang menghadapi PMR. Kesian abah dan umi terpaksa bergilir-gilir kalau nak berjalan.
Hari ini saya dan encik suami membawa umi pulang ke rumah mertua. Umi akan bermalam di sana selama dua malam. Majlis konvokesyen angah bermula seawal 7.30 pagi (pendaftaran), sebab itulah kami mengambil keputusan untuk bertolak awal sehari ke Batu Pahat. Bimbang takut kelewatan pula kalau bertolak dari Johor Bahru. Sediakan payung sebelum hujan, tak salah kalau kita beringatkan.
Kami bertolak selepas solat asar, agak lambat juga kerana saya siapkan makan tengahari di rumah dan terpaksa menyediakan persiapan baju kerja selepas cuti nanti. Itu pun hanya sempat membasuh dan menyidai sahaja. Balik nanti barulah menggosok. Kami tidak sempat singgah di mana-mana memandangkan hari sudah lewat petang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan