Rabu, 30 Oktober 2013

Kesabaran Diuji

Teks : Siti Nadzifah
Imej : Google

Astaghfirullahaladzim...
Aku memohon keampunan-Mu Ya Allah...


Assalamu'alaikum. Salam ceria buat semua. Saya baru sahaja tamat tugas syif malam. Sambil menunggu basuhan siap, saya mengambil sedikit masa untuk berceloteh di sini. Mata sudah berat meminta untuk direhatkan. Sabarlah wahai mata, sekejap sahaja lagi kita akan berehat.

Malam tadi saya ditugaskan di bahagian kawalan motor keluar di mana merupakan salah satu tempat bertugas yang dianggap paling kritikal bagi duty malam. Ini kerana, kami yang bertugas di bahagian tersebut akan menghadap ribuan orang awam yang berpusu-pusu hendak ke tempat kerja di Singapura. Waktu klimaks adalah antara pukul 4 hingga 8 pagi. 50 buah kaunter yang beroperasi sepenuhnya tidak dapat menampung bilangan pekerja-pekerja ini pada waktu tersebut. Kami yang bertugas di kaunter pula melakukan kerja dengan cukup pantas selagi terdaya.

Lebih kurang empat jam bertugas tanpa henti, ditambah pula keadaan mata yang mengantuk dan badan yang letih, sangat-sangat menguji ketahanan mental dan fizikal kami semua. Bayangkan dalam keadaan tertekan begitu kami seboleh-bolehnya bersabar dan terpaksa buat tidak kisah dengan sikap ribuan orang awam yang pelbagai. Mereka ini hanya tahu hendak cepat sampai ke destinasi mereka sahaja. Sedang kan masa yang diambil untuk memproses pasport mereka tidak sampai 10 saat setiap pasport.

Kebanyakan mereka ini bersikap kurang ajar dan langsung tidak tahu menghormati kami di kaunter.

Passport Hilang?! Apa Nak Buat?

Teks : Siti Nadzifah
Imej : Google
Update :  Rabu, 07 Mac 2012 06:33 (http://www.imi.gov.my/index.php/ms/informasi/soalan-lazim/27-awam/soalan-lazim/mengenai-pasport-malaysia-antarabangsa/156-soalan-5)

Baca versi kemaskini terbaru (1 Nov 2013) di sini http://sitinadzifah.blogspot.com/2013/11/kes-kehilangan-passport-malaysia.html

Pernahkah anda menghadapi situasi seperti ini? Keadaan ketika itu mesti kelam-kabut dan haru-biru kan. Di sini ingin saya kongsikan, bagaimana anda perlu menghadapi situasi ini dan apa tindakan yang perlu diambil.



Mula-mula sekali anda haruslah bertenang dan cuba mengingat kembali di manakah sebenarnya anda meletakkan pasport itu. Setelah anda benar-benar pasti dan yakin bahawa pasport anda betul-betul sudah hilang, segeralah ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan kehilangan pasport. 

Kena buat laporan ke? Ya, kerana pasport itu bukan milik peribadi anda tetapi anda hanya diberi kelayakan untuk memegangnya dan menggunakan kemudahannya sahaja. Ingat, pasport bukanlah milik kita tetapi milik kerajaan.

Anda boleh mengikuti panduan di bawah ini jika kehilangan pasport:

Selasa, 29 Oktober 2013

Cabaran Suri Berkerjaya

Teks : Siti Nadzifah

Setiap wanita yang bergelar suri tidak kiralah suri rumah sepenuh masa atau suri berkerjaya, mestilah bijak menguruskan masa demi memastikan rumahtangga dan apa sahaja yang dilakukan sentiasa beres. Bezanya mungkin agak ketara antara pengurusan masa bagi suri rumah dan suri bekerja. Ada yang kata tugas suri rumah sepenuh masa lebih memenatkan dan tidak kurang juga yang mengatakan suri yang berkerjaya lebih mencabar. Kedua-duanya merupakan tugas yang memang mencabar dan memerlukan tahap kesabaran yang tinggi.

Tugas seorang suri rumah sememangnya sentiasa bersusun menunggu untuk disiapkan setiap hari dari celik mata hinggalah melelapkan mata semula. Begitulah setiap hari. Begitu juga kisahnya bagi suri yang bekerja, lebih-lebih lagi jika semuanya diuruskan sendiri tanpa bantuan pembantu rumah. Penatnya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Bayangkan sahaja,

Isnin, 28 Oktober 2013

Kamu Bekerja? Bila Tulis Blog?

Teks :Siti Nadzifah

Lebih kurang sebulan saya berblogging, ada seseorang bertanyakan soalan seperti itu pada saya. Jawapan saya, ya, saya masih bekerja sepenuh masa dan menulis blog hanya pada masa senggang sahaja. Soalan itu agak menghairankan saya pada mulanya. Tiba-tiba sahaja diajukan soalan seperti itu.
Namun soalan seterusnya merungkai maksud sebenar si penanya itu. Soalannya, kalau masih kerja bila awak menulis blog? Awak menulis waktu di pejabatkah? Tiap-tiap hari ada entri, mana dapat idea? Soalan ini agak menyentap perasaan saya, geram pun ada. Sesuka hati sahaja menyerkap jarang. Tetapi saya cuba mengawal perasaan dan menjelaskan pada beliau.

Ya, kadang-kadang ada juga saya menulis di pejabat,

Ahad, 27 Oktober 2013

Sertai Kelas Asas Blog Secara 100% Online

Teks : Siti Nadzifah
Imej : Google

Anda suka menulis?
Sudah ada blog tapi terbengkalai?
Blog tidak dikunjungi dan tidak ada followers?
Hendak menulis blog tapi tidak tahu bagaimana membina blog?  

Atau;

Anda ingin menjana pendapatan secara online?
Anda ingin berbisnes online tapi tidak tahu bagaimana?
Anda ada bisnes tapi tidak mempunyai Fanpage bisnes?

Sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah sekarang.
Tidak kira samada anda seorang surirumah sepenuh masa, berkerjaya, pelajar, peniaga atau siapa sahaja. Kelas kami yang sangat felksibel amat sesuai untuk sesiapa sahaja. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Jangan terlalu memberi alasan kerana anda juga yang akan menyesal nanti.

Akademi Bekerja Dari Rumah kini sudah mencapai lebih 150 blog dan pendaftaran kini, alhamdulillah setiap hari.
10 guru online sedang bertugas. 15 kelas secara online sedang berlangsung setiap hari. 



Kami menawarkan dua kelas online di bawah:

 
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page khusus untuk bisnes



Tanggungjawab Suri

Teks : Siti Nadzifah
Imej : Google

Salam hujung minggu buat semua.

الْحَمْدُ للهِ الَّذِي أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْرُ

“Segala puji hanya milik Allah yang telah menghidupkan kami setelah sebelumnya mematikan kami, dan hanya kepada-Nya-lah kita kembali.”
(Doa bangun dari tidur).

Sebangunnya saya pagi tadi, tapak kaki dan tumit terasa amat sakit disertai dengan bisa-bisa seluruh badan. Entah kenapa ya? Mungkin kerana semalam kurang rehat, ditambah pula malam tadi saya terlelap sekejap di lantai tanpa beralaskan tilam sebelum encik suami mengejutkan saya supaya tidur di bilik.

Aduh, sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu. Terhincut-hincut saya berjalan. Namun, terpaksa digagahkan juga demi tanggungjawab pada keluarga. Kalau hendak diikutkan hati dan badan yang sakit ini, alangkah sedapnya kalau berbaring dan diurut. Memikirkan belum ada lauk untuk makan tengahari, saya tetap memaksa diri ke dapur.

Sabtu, 26 Oktober 2013

Rahsia Kebahagiaan Hakiki

Teks : Siti Nadzifah
Imej : Google



Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah... Allahu Akbar...

Bersyukur bukan kerana bahagia, tetapi bahagia akan hadir dengan sendirinya apabila kita pandai bersyukur. Rahsia paling utama untuk merasai bahagia ialah sentiasa melatih diri dan hati kita bersyukur. Bersyukur bukan hanya di saat menerima nikmat kesenangan sahaja, malahan bersyukurlah juga di saat ujian melanda. Kerana setiap ujian dan dugaan yang diberikan-Nya kepada kita akan disertai dengan hikmah di sebaliknya. Biasakanlah lidah kita menyebut Alhamdulillah pada setiap apa yang kita lalui seharian. Di samping melahirkan rasa kesyukuran pada Yang Esa, kita juga pasti mendapat pahala berzikir, in shaa Allah.

Alhamdulillah, hari ini merupakan hari off yang ceria buat saya. Sepanjang perjalanan pulang dari tempat kerja pagi tadi hati saya berbunga riang. Sambil memandu saya menikmati suasana pagi yang ceria dan indah ini dengan alunan zikir munajat di sepanjang jalan. Masya-Allah. Betapa tenangnya hati saya. Begitu hebat penangannya bila kita mensyukuri nikmat yang diberikan-Nya. Saya juga tidak tahu kenapa hati saya begitu senang hari ini.

Jumaat, 25 Oktober 2013

Ulasan Kelas Online

Teks : Siti Nadzifah
Imej : Google

Assalamu'alaikum.
Salam ukhwah buat semua.


Pejam celik pejam celik rupanya sudah sebulan juga saya menyertai Kelas Asas Blog dan Penulisan di bawah kelolaan Puan Masayu Ahmad. Alhamdulillah, berjaya juga saya menyiapkan tugasan pertama yang diberikan. Seingat saya, saya mengetahui tentang kelas ini adalah melalui group kedai buku online network di mana saya menyertai program dropship dengan Puan Masayu Ahmad. Saya antara yang terawal juga yang diberikan peluang untuk menyertai kelas ini ketika beliau mula-mula menubuhkan kelas. Tetapi disebabkan kebimbangan yang timbul di hati saya membuatkan saya hanya menjadi pemerhati senyap sedangkan perasaan ingin turut serta membuak-buak.

Rasa seperti tidak percaya pun ada bila memikirkan kembali bagaimana saya boleh membina blog dan menulis catatan di blog hampir setiap hari memandangkan jadual saya sebagai seorang wanita berkerjaya sangat padat. Rupanya ada cara dan teknik tertentu yang boleh dilakukan bagi melatih diri supaya sentiasa konsisten dan sentiasa dihujani idea untuk menulis.

Semuanya diajar dan dibimbing oleh guru-guru kelas ini yang dijalankan 100% secara online. Pada mulanya saya tidak yakin saya dapat memberikan komitmen sepenuhnya untuk kelas ini. Bimbang kalau-kalau tidak menyiapkan tugasan dalam tempoh yang diberikan dan tidak mahu ketinggalan dalam kelas membuatkan saya takut untuk mendaftar. Disebabkan alasan itu, saya hanya memendam sahaja keinginan untuk belajar dan hanya memerhati sahaja perkembangan kelas ini.

Walaupun saya tidak menyertai kelas ini,

Khamis, 24 Oktober 2013

Catatan Sebelum Tidur

Teks : Siti Nadzifah
Imej : Google


Alhamdulillah.
Setelah lebih kurang sebulan saya menyertai kelas asas blog dan penulisan di bawah bimbingan Puan Masayu Ahmad, akhirnya berjaya juga saya menyiapkan tugasan pertama yang diberikan.
Sebagai permulaan kami diwajibkan menulis sebanyak 44 catatan iaitu sekurang-kurangnya satu catatan sehari. Ini adalah untuk membiasakan kami menulis di samping melatih kemahiran menulis kami.

Cara ini begitu berkesan pada saya. Apabila sudah terbiasa menulis setiap hari, saya akan rasa seperti kekurangan sesuatu sekiranya tidak berkesempatan untuk menulis pada hari-hari sibuk.
Contohnya seperti hari ini. Saya bertugas syif petang dan badan terlalu letih. Sepulangnya ke rumah saya tidak boleh melelapkan mata kerana asyik teringat yang saya belum menulis hari ini sedangkan banyak yang hendak saya coretkan.

Akhirnya, dapat juga saya coretkan sedikit catatan untuk hari ini sambil berbaring merehatkan badan. Syukurlah ada gajet yang cukup berguna dan banyak memudahkan kerja saya ni. Terima kasih kepada encik suami kerana menghadiahkan gajet ni pada saya lebih kurang setahun yang lepas. Untungnya orang zaman sekarang, semuanya di hujung jari dan boleh dibawa ke mana-mana.

Lepas ni barulah saya dapat melelapkan mata dengan tenang agaknya. Selamat malam semua. Semoga tidur kita semua dihiasi dengan mimpi yang indah. Jangan lupa berdoa dan memaafkan orang sebelum kita tidur. Semoga tidur ini menjadi satu ibadah, in shaa Allah..

Rabu, 23 Oktober 2013

Cara Memohon Pasport Kali Pertama

Teks : Siti Nadzifah
Imej : Google
Sumber : www.imi.gov.my
Proses permohonan passport
Mungkin ada yang tertanya bagaimana jika mahu memohon pasport. Atau apa yang diperlukan semasa proses permohonan? Berapa keping gambar? Berapa bayaran? Dan bermacam lagi soalan yang bermain di minda? Bagi yang ingin memohon pasport buat pertama kalinya bolehlah merujuk jadual di bawah. Teliti syarat dan prosedur yang telah ditetapkan. Sedikit sebanyak boleh dijadikan panduan bagi memudahkan urusan anda dengan pihak imigresen nanti.

Bagi maklumat bayaran dan gambar secara terperinci boleh lihat di sini.

Pemohon perlu mematuhi prosedur berikut:

a. Pemohon hadir sendiri di Pejabat Imigresen atau Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara
b. SEMUA permohonan kali pertama harus mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan di bawah :

Pasport Malaysia Antarabangsa

Teks : Siti Nadzifah
Imej : Google

Anda sudah ada pasport? Pasport Malaysia adalah satu Dokumen Perjalanan yang sah yang dikeluarkan kepada warganegara Malaysia bagi tujuan untuk ke luar negara. Bagaimana prosedur dan kelayakan bagi membuat pasport?

Kelayakan - Mestilah warganegara Malaysia.

Tempat Memohon - Kemukakan permohonan di semua Pejabat Imigresen Negeri di Malaysia dan Pejabat Perwakilan Malaysia seandainya berada di luar negara.

Tempoh Sah Laku - terdapat dua pilihan samada mahu membuat pasport yang sah laku selama dua tahun atau lima tahun sahaja dari tarikh dikeluarkan.

Spesifikasi Gambar Pasport Polikarbonat (Pasport Terbaru)

1.Kepingan gambar bersaiz 35mm x 50mm berlatar belakang PUTIH tanpa bayang
2.Saiz wajah pembawa passport berukuran minima 25-30mm (50% - 60% ukuran ruang gambar mengikut ICAO)
3.Lebihan ruang di antara kepala dan hujung kepingan gambar berukuran 10mm
4.Lebihan ruang antara dagu dengan hujung bawah kepingan gambar berukuran 10mm
5.Pakaian berwarna gelap serta menutupi bahu dan dada
6.Tiga suku profil tidak dibenarkan
7.Pemohon memandang tepat ke arah kamera
8.Mata perlu dalam keadaan terbuka dan mulut tertutup
9.Rambut tidak melindungi wajah
10.Tidak menutupi dahi bagi yang memakai tudung 

NOTA:  
Bagi Pejabat Imigresen Atase Yang Belum Mengaplikasikan Pasport Mukasurat Polikarbonat latar belakang  gambar pasport adalah berwarna biru.


Bayaran yang dikenakan bagi memproses pasport ialah:

Tips Menangani Stress

Teks : Siti Nadzifah
Imej : Google

Stress atau tekanan boleh menjadikan kehidupan kita tidak bahagia. Kadang-kadang hingga menyebabkan seseorang itu gila atau sakit mental. Banyak perkara yang boleh menjadi sebab kepada stress. Mungkin kerana dimarahi bos, mungkin kerja yang dilakukan tidak dapat memenuhi kehendak orang atasan, atau mungkin juga hubungan cinta, keluarga dan kewangan anda sedang dilanda badai.

 
Jika terlalu difikirkan ianya akan menjadikan hidup anda semakin tertekan. Namun masih tidak dapat mencari jalan penyelesaian. Sesiapa pun akan tertekan dan mengalami stress jika berada dalam situasi begini. Bagi anda yang sedang mengalami stress yang melampau, tidak kiralah kerana kerja, cinta, keluarga, orang sekeliling atau kewangan, tips di bawah ini mungkin boleh membantu anda bagi menguruskan stress dengan betul.

Imigresen 'vs' Kastam

Teks : Siti Nadzifah
Imej : Google

Sebut sahaja tentang kastam, semua sudah tahu bahawa kastam merupakan sebuah jabatan yang mengendalikan barang yang keluar dan masuk ke negara kita. Bagaimana pula kalau ditanya atau disebut tentang imigresen? Ramai yang tersalah anggap bahawa imigresen dan kastam adalah satu jabatan dan mempunyai fungsi yang sama.


Sebenarnya, kedua-dua jabatan ini merupakan dua jabatan yang berbeza.

Stress


Teks : Siti Nadzifah
Imej : Google
Apa itu stress?

Anda pernah merasa stress atau tertekan sangat-sangat? Stress ialah satu keadaan gangguan emosi, pemikiran dan fizikal seseorang. Dalam kehidupan seharian kita, pekerjaan, pembelajaran dan pengurusan rumahtangga adalah faktor utama yang boleh menyebabkan gejala kerunsingan sehingga keadaan ketegangan atau stress. Manusia sering mengadu bahawa ia mengalami stress, 'tension' atau tegang. Peningkatan gejala stress di kalangan pelajar seringkali dikaitkan dengan faktor persekitaran semasa khususnya menjelang musim peperiksaan. Stress di golongan bekerjaya pula berikutan tekanan di tempat kerja dan lambakan tugas yang terlalu banyak dan memenatkan. Ditambah pula persekitaran dan pergaulan di tempat kerja yang mungkin kurang serasi dengan diri seseorang pekerja. Tidak ketinggalan juga stress di kalangan ibu-ibu suri rumahtangga. Mereka juga mengalami tekanan mereka sendiri di mana tugasan rumahtangga yang memenatkan di samping menguruskan anak-anak dan suami. Pendek kata, tidak ada sesiapa pun yang terlepas dari gejala strees ini.

Senario ini serupa apabila kita menyatakan bahawa kita tiada 'mood', atau kita tiada minat untuk melakukan sesuatu tugasan. Bagi golongan dewasa, stress seringkali melanda kehidupan berikutan masalah kewangan dalam rumahtangga.

Pengenalan Jabatan Imigresen Malaysia

Teks : Siti Nadzifah
Imej : Google

Saya terpanggil untuk berkongsi mengenai Jabatan Imigresen di sini kerana saya dapati masih ramai yang kurang memahami tentang apa yang berkaitan dengan jabatan ini. Di bawah ini adalah sedikit pengenalan berkenaan fungsi dan bidang tugas jabatan ini. 


Jabatan Imigresen Malaysia merupakan salah satu agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri. Ia menyediakan perkhidmatan kepada Warganegara Malaysia, Penduduk Tetap dan Warga Asing yang berkunjung ke Malaysia. Berikut adalah fungsi Jabatan
  1. Mengeluarkan Pasport atau Dokumen Perjalanan kepada warganegara dan penduduk tetap
  2. Mengeluarkan Visa, Pas dan Permit kepada warganegara asing yang memasuki Malaysia
  3. Mengawalselia pergerakan keluar/masuk orang di pintu-pintu masuk yang diwartakan
  4. Menguatkuasa Akta Imigresen 1959/63, Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan Akta Pasport 1966
  5. Memberi perkhidmatan sokongan yang berkualiti dan efisien kepada pelanggan Jabatan    
Saya harap catatan ini sedikit sebanyak dapat membantu memperkenalkan Jabatan Imigresen  Malaysia kepada pembaca. Untuk mendapat maklumat yang lebih terperinci, bolehlah berkunjung ke website rasmi Jabatan Imigresen Malaysia.

Selasa, 22 Oktober 2013

Resepi Puding Roti Bakar - mudah dan sedap

Teks : Siti Nadzifah
Imej : Siti Nadzifah

Hari ni saya off. Baru habis syif malam pukul 7 pg tadi. Encik suami mengajak balik ke kampung sebab mertua kurang sihat. Lagipun kami dah agak lama tidak menjenguk mereka. Saya ambil masa untuk berehat dan melelapkan mata sekejap sebelum berkemas barang-barang yang akan di bawa nanti. Selepas bersarapan bersama encik suami dan Anis, saya ternampak roti yang dibeli dua hari lepas belum terusik. Tengok-tengok tarikh luputnya hari ni. Saya bercadang nak buat puding roti selepas bangun nanti.

Sedapnya layan mata. Tahu-tahu encik suami kejutkan saya masa nk pergi solat jumaat dah. Dia biarkan saya tidur puas-puas rupanya. Dalam fikiran saya, ingat sudah tidak sempat nak buat puding nampaknya. Terbuang la nampaknya roti tu. Masa saya keluar dari bilik, saya nampak encik suami dah tolong lipatkan kain baju rupanya. Alhamdulillah. Terima kasih ya encik suami, sebab tu sayang sangat-sangat. Nampaknya sempat juga lah saya buat puding roti ni. Bolehlah di jadikan oleh-oleh bawa balik kampung nanti. Di bawah ni saya kongsikan resepi puding roti bakar yang sangat simple, mudah, senang dan yang penting... Sedap.. Saya ambil masa sekejap sahaja nak siapkan masakan ni. Bile dah masuk oven, saya boleh tinggalkan untuk kemaskan baju ke dalam beg. Penyediaannya semudah 1,2,3 sahaja...


Pertama:
Masukkan bahan-bahan ni ke dalam blender;
3 biji telur A
1/2 tin susu cair @ susu segar
1/2 tin susu pekat manis
2 sudu makan butter @ marjerin
2 sudu makan gula
1 sudu kecil esen vanila
Secubit garam (kalau guna marjerin xperlu letak garam ya)

Kedua:
Selepas bahan tadi di blend. Masukkan ke dalam mangkuk atau bekas yang sesuai. Kemudian masukkan roti secukupnya ke dalam bancuhan telur tadi. Terpulang pada anda samada nak koyakkan roti tu atau pun suka letak sekeping-sekeping. Kalau saya lebih suka koyakkan sebab nanti senang nak susun dalam loyang. Biarkan roti mengembang seketika. Lepas tu bolehlah susunkan ke dalam loyang untuk di bakar.

Ketiga:
Panaskan oven pada suhu 180 darjah dan bakar  puding kita dengan menggunakan api atas dan bawah. Bakar lebih kurang 40 - 50 minit bergantung pada saiz puding. Kalau suka puding yg agak berkerak biarkan lama sikit.

Isnin, 21 Oktober 2013

Ibuku Sayang

Kasih sayang ibu dan ayah membawa ke syurga
Tarikh keramat hari ini kerana ia merupakan tarikh ulangtahun kelahiran umi saya. Selamat hari lahir buat umi tersayang. Hanya mampu kirimkan khabar dan ucapan melalui telefon sebagai penghubung bicara. Tahun ini genaplah usia umi 57 tahun, Along sentiasa mendoakan kesejahteraan umi dan abah di sana. Semoga Umi dan Abah sentiasa sihat dan sentiasa dalam rahmat Yang Esa. Aamiin.

Bersempena hari kelahiran umi saya, saya ingin mengajak anda semua bermuhasabah sekejap bersama saya. Mari kita senaraikan sebanyak  mungkin pengorbanan ibu kita bermula dari terbentuknya kita di dalam rahim beliau. Kenapa saya nak buat ini semua? Sebenarnya, kita sebagai anak kadang-kadang terlupa. Kita sering terlupa akan pengorbanan yang telah ibu dan ayah kita lakukan untuk kita. Kita terlupa bagaimana hendak membalas dan menghargai pengorbanan mereka. Kita terlupa kita adalah anak mereka yang bertanggungjawab menjaga hati dan perasaan mereka.

Ya, manusia mudah lupa. Kadang-kadang kita sebagai anak akan timbul juga rasa tidak puas hati terhadap orang tua kita. Ada masanya kita rasakan seolah-olah ibubapa kita tidak mengerti perasaan kita, tidak faham kehendak kita. Biasanya perasaan seperti sering hadir di kalangan anak-anak remaja yang baru belajar erti kehidupan.

Saya mengatakan sedemikian kerana saya sendiri pernah melalui fasa tersebut. Saya selalu merasakan yang ibubapa terlalu mengongkong kehidupan saya. Buat itu tak boleh, buat ini tak boleh. Semuanya dipantau dengan begitu rapi sekali oleh ibubapa. Mahu ke mana-mana abah akan hantarkan, tidak boleh pergi sendiri atau bersama teman. Mesti kenalkan kawan-kawan baru kepada mereka.

Kadang-kadang kita membuat kerja rumah dengan rela hati. Tetapi ada sahaja yang tidak kena

Resepi Tart Telur



Bahan-bahan:

Pastry

200g butter
80g gula aising
360g superfine flour
1 biji telur
1/2 sudu kecil esen vanila


Filling

1 cawan susu cair
4 biji telur
1 cawan gula
1 cawan air panas@suam
1 sudu besar tepung kastard
1/2 sudu kecil esen vanila
sedikit pewarna kuning

Cara-cara 

1. Pukul butter dengan gula hingga agak kembang atau hingga gula hancur.
2. Kemudian masukkan telur dan gaulkan.
3. Masukkan tepung dan gaulkan hingga menjadi doh dan tak melekat di tangan.
4. Ambil doh secukupnya dan tekankan ke dalam acuan..lebih kurang 1/2 cm tebal.
5. Cucukkan doh tadi dengan garfu atau lidi supaya doh tidak terlalu kembang semasa dibakar nanti.
6. Bakar selama 10-15 minit pada suhu 180 darjah mengikut kesesuaian saiz dan ketebalan crust anda.
7. Untuk filling pula senang je... kacau gula dalam air panas hingga larut..
8. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji..masukkan susu cair,esen vanila,tepung kastard dan sedikit pewarna kuning dan kacau sebati...
9. Untuk mengelakkan filling kita berketul-ketul, tapiskan adunan terlebih dahulu sebelum digunakan.
10. Kemudian ambil crust td dan masukkan fillng (jangan penuh sangat ye..lebih kurang 3/4 penuh sahaja). Kemudian, bakar lagi lebih kurang 10-15 minit atau sehingga masak...nak tahu tat dah masak atau tak..boleh la dicucuk dengan lidi atau pencungkil gigi..jika masih cair maknanya ia belum masak sepenuhnya..bakar lagi sehingga masak...
11. Tunggu sehingga tart betul-betul sejuk sebelum masukkan ke dalam peti sejuk. tat ini sedap dihidangkan sejuk..

atau...satu cara lagi camni...


  1. Campurkan telur dan gula di dalam satu bekas..lepas tu gaulkan dengan tangan sehingga sebati.
  2. Kemudian masukkan telur..gaulkan dan masukkan tepung..gaul sehingga menjadi doh dan x melekat di tangan.
  3. Lepas tu boleh di terapkan ke dalam acuan seperti cara di atas..cucukkan sedikit..
  4. Kemudian masukkan filling terus tanpa membakar crust tersebut.. (penyediaan filling sama je ea).
  5. Selepas tu bolehlah dimasukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan dan bakar selama  20 ke 25 minit pada suhu 180 darjah atau sehingga betul2 masak....
Selamat mencuba...

Ahad, 20 Oktober 2013

Sihatkah Kedudukan Kewangan Kita?

Teks : Siti Nadzifah
Imej : Google
Sumber : http://www.akpk.org.my/my/pembelajaran/tip-dan-artikel/articletype/articleview/articleid/579/merancang-kedudukan-kewangan-sihat



Sihatkah kedudukan kewangan keluarga kita? Adakah anda merancang kewangan anda dan keluarga? Bagaimanakah kita boleh mengetahui kedudukan sebenar kewangan kita, samada sihat atau tidak?

Mari kita semak berdasarkan panduan ini:

1) Adakah kita hidup dengan bergantung kepada hutang pengguna?

 Hutang pengguna adalah pinjaman yang dibuat untuk sesuatu yang nilainya akan berkurangan selepas membelinya (liabiliti). Contohnya membeli kereta, perabot, peralatan rumah, barang elektrik, gajet dan sebagainya melalui hutang, ansuran mudah atau sewa beli. Masa kini terlalu ramai yang bergantung kepada hutang untuk menyara hidup sehingga tidak mampu mempunyai simpanan walau sedikit pun untuk kecemasan. Duit gaji hanya cukup-cukup untuk membayar hutang piutang bahkan ada yang mempunyai hutang melebihi pendapatan hingga terpaksa bergilir-gilir membayar hutang yang ada. Ditambah lagi dengan memiliki kad kredit di mana ada yang menanggung hutang tertunggak dari bulan ke bulan. Hutang kad kredit merupakan antara hutang yang mempunyai kadar interest yang paling tinggi. Jadi, jika tidak mampu untuk melangsaikan hutang kad kredit lebih baik anda berusaha untuk memberhentikan sahaja penggunaan kad kredit anda.


2) Adakah kita berupaya memiliki rumah bebas hutang sebelum bersara atau dengan kata lain, hutang rumah kita langsai sebelum kita bersara?

Sabtu, 19 Oktober 2013

Bawang Goreng Homemade ( Cara Kampung 100% bawang tanpa campuran )

Bawang homemade yang rangup tanpa bahan tambahan
Biasa membeli bawang goreng yang sudah siap di dalam peket di kedai-kedai? Buat bawang goreng sendiri tidak rangup? Sekarang anda boleh dapatkan bawang goreng "fresh" yang rangup digoreng dan dipeketkan sendiri di rumah. Terjamin kebersihan dan kebebasan dari bahan pengawet dan sebagainya.

Sebenarnya bawang goreng ini dibuat dan dijual oleh kakak ipar saya sendiri. Beliau meminta saya tolong mempromosikan produk beliau ini. Jadi, jika ada yang berminat hendak mencuba bolehlah hubungi beliau sendiri di talian :

Puan As : 010 - 7136703
Lokasi : Kampung Parit Karjo, Batu Pahat


Terdapat dalam tiga saiz yang berbeza
Terdapat di dalam bekas bersaiz S, M, L. Berat lebih kurang 50g ++, 150g ++ dan juga 500g++.
Bolehlah membuat tempahan pada beliau sendiri atau melalui saya. Bagi yang berhampiran dengan lokasi beliau bolehlah walk-in atau meminta beliau hantar ke tempat anda ( kawasan Parit Raja, Batu Pahat sahaja ).

Perkembangan Positif Tepung Magik Mama

Teks : Siti Nadzifah
Imej : Siti Nadzifah

Alhamdulillah. Setakat hari ini sudah hampir tiga karton Tepung Magik terjual. Walaupun masih tidak dapat mencari ejen, saya sudah dibantu oleh ahli keluarga terdekat. Di samping niat ingin membantu mereka mendapatkan wang sampingan, mereka juga sebenarnya membantu saya dari segi jualan. Syukur Ya Allah. Mudah-mudahan niat saya untuk membantu adik-beradik dan keluarga dipermudahkan-Nya.

Stok Tepung Magik Kami

Terima kasih juga kepada kawan-kawan yang sudi membeli sekaligus juga memberi sokongan moral buat saya dan encik suami meneruskan jualan kami. Buat masa sekarang kami masih mencari cara untuk meluaskan jualan kami.

Kepada sesiapa yang berminat untuk cuba menjadi ejen boleh hubungi saya di :
Facebook : Siti Nadzifah atau
email : sitinadzifahabdrahad@gmail.com
Boleh kunjungi FB Page kami Tepung Magik Mama

WiFi Bermasalah

Teks : Siti Nadzifah
Imej : Google

Pagi tadi encik suami memberitahu saya YES sudah menghantar sms amaran kuota kami mencecah 80% penggunaan. Saya merasa agak hairan kerana hari ini baru bermula tarikh bil yang baru untuk bulan ini. Tak mungkin kami sudah menggunakan begitu banyak data. Lagipun malam tadi kami tidak banyak "online". Lagipun encik suami sudah menutup huddle kami sebelum tidur. Saya mula berfikiran negatif bila memikirkan adakah wifi kami digodam kerana sekarang sudah terdapat bermacam-macam aplikasi untuk mencuri kata laluan. Adik saya pun pernah ingatkan suruh tukar kata laluan yang susah sikit.

Selepas encik suami pergi kerja tadi, saya terus memulakan operasi untuk menukar kata laluan huddle kami. Selepas siap setkan kata laluan baru, lampu isyarat huddle ni asyik berkelip-kelip seperti isyarat tidak mendapat signal sedangkan saya letakkan huddle tu di tempat yang sama seperti selalu. Apa pula masalahnya ni. Saya agak risau dan mula malas nak belek lagi. Tetapi bila memikirkan perlu update blog dan tugasan lain terpaksa juga saya godek benda ni. Saya mula mencari maklumat di website tetapi maklumat agak terhad mungkin kerana masih tidak ramai pengguna YES 4G ni. Berjam-jam juga lah baru dapat. Rupanya saya taipkan kata laluan tidak sama. Patutlah tak dapat-dapat. Alhamdulillah, akhirnya dapat juga saya tukar kata laluan huddle wifi ni. Harap-harap lepas ni tak kena godam lagi lah.

Di sini ingin saya kongsikan bagaimana cara yang betul untuk tukar kata laluan bagi pengguna huddle YES 4G macam ni. Mana tahu ada yang kena masalah macam saya tadi kan.

Apakah Itu Inflasi

Teks : Siti Nadzifah
Imej : Google
Sumber: http://pemikirkaya.com/kewangan-peribadi/apa-itu-inflasi/

Biasa kita dengar orang ramai menyebut inflasi sifar. Tetapi tahukah anda apa yang dimaksudkan dengan inflasi? Inflasi secara mudah untuk difahami adalah merupakan keadaan ekonomi yang berlaku disebabkan oleh kenaikan harga kebanyakan barangan dan perkhidmatan secara berterusan sehingga mendatangkan kesan kepada kadar nilai wang semasa.

Maka tidak hairanlah pada zaman sekarang, terlalu ramai yang dapat menjadi jutawan dengan memiliki wang berjuta-juta jika dibandingkan dengan beberapa puluh tahun terdahulu. Ini kerana, jumlah wang yang sama banyak tetapi memiliki nilai yang lebih rendah disebabkan kadar inflasi yang semakin tinggi. Akan tetapi, jumlah wang yang sama banyak itu tidak dapat menjadikan pemiliknya hidup semewah jutawan

Jumaat, 18 Oktober 2013

Kenangan Terindah - De Rhu Beach Resort Di Pantai Balok Pahang

Selepas tak jadi check in hotel kat Pantai Teluk Chempedak. Akhirnya kami dapat juga check in kat Hotel De Rhu Beach Resort di kawasan Pantai Balok,Pahang.


Ini view dari tingkap bilik kami. Wow, tengok kolam die. Tak sabar rasanya nak pergi berendam. Siap ada permainan dalam air lagi. Dah macam water theme park pula rasanya.

Khamis, 17 Oktober 2013

Kalaulah Aku Tidak Bekerja...

Mataku terlalu berat dek kerana kesan ubat yang kutelan tadi barangkali. Si kecil Anis pula baru mula hendak bermain. Badan sudah terasa sihat sedikit agaknya selepas makan ubat dan terlena sekejap tadi. Bangun sahaja terus mengadu lapar dan minta disuapkan makan. Aku menjeling jam di dinding, pukul satu setengah pagi anak mama ajak bermain dan makan.


Memikirkan si kecil mama belum menjamah makanan dari siang tadi, digagahkan juga diri untuk bangun dan menyuapkannya makan walaupun badan terasa sangat lemah. Kepala pening berpusing-pusing seperti hendak pitam. Tak mengapalah, selagi mampu bertahan, mama sanggup semata-mata mahu melihat Anis makan. Baru sedikit sahaja masuk ke mulut, sudah tak mahu makan. Aku memujuk pula Anis makan biskut dan minum milo. Nasib baik nak juga dia makan walaupun terlalu sedikit. Tak apa lah, sekurang-kurangnya Anis makan juga.

Jam sudah menunjukkan hampir pukul 3 pagi. Kesayangan mama masih belum mahu tidur. Aduh sayang, esok mama kerja pagi. Kepala mama terasa berat sangat. Semalam mama sudah ambil cuti sakit, kalau boleh esok mama tak mahu ambil cuti kecemasan pula. Saat seperti inilah perasaan ingin berhenti kerja dan berada di rumah di samping anak-anak membuak-buak.

Kalaulah aku tidak bekerja, semestinya perhatianku untuk anak-anak dapat ditumpukan seratus peratus. Di saat kecemasan seperti ini aku tidak perlu risau akan waktu kerja dan tidak perlu memikirkan tentang bagaimana mahu mengambil cuti demi menjaga anak yang sakit. Ya, aku bebas mengatur waktu yang sesuai untuk menjaga anak-anak, rumahtangga dan waktu rehat untuk diriku. Betapa tenangnya hidupku andainya semua itu menjadi nyata.

Tiba-tiba kedengaran bunyi alunan muzik yang cukup kukenali, rupanya bunyi jam loceng dari telefonku. Sudah pukul lima pagi. Entah bila mataku terlelap tidak kusedari. Si kecil Anis terlena berbantalkan lenganku. Kesian anak mama, tertidur sendiri dia. Biasanya bila kebosanan kerana tiada sesiapa yang melayannya bermain barulah dia tidur. Pandai pula mengambil tangan mama dijadikan bantal.

Kurasakan badannya terlalu panas. Aku segera mengambil bacaan suhu badannya, lebih 39°celcius. Aku segara mengambil air untuk dilapkan ke badannya. Dia menangis, sejuk katanya. Aku cuba memujuk kerana bimbang suhunya terlalu tinggi. Aku tukarkan lampin dan cool fever yang dipakainya, membasahkan kepala dan meletakkan kain basah di pelipat-pelipat badan. Suhunya cuma turun sedikit. Tidak berani hendak meninggalkannya walau sekejap untuk bersiap ke tempat kerja. Bimbang takut anak mama terkena sawan.

Pantai Teluk Chempedak, Pahang

Tempat kami singgah semasa dalam perjalanan ke Kelantan hari tu ialah Pantai Teluk Chempedak. Konon-kononnya nak cari hotel di situ untuk satu malam. Tapi hotel yang best kat situ ter'over' bajet pula. Ada la hotel lain yang agak kecil, tapi kami sebolehnya nak cari yang dekat dengan pantai atau sekurang-kurangnya ada la kolam mandi. Jadi kami putuskan untuk survey hotel di tempat lain. 
Tapi saya nak juga cerita ssedikit berkenaan Pantai Teluk Chempedak ni. Apa yang saya perhatikan, kemudahan kawasan ni lengkap, ada KFC, McDonald siap drive through lagi. Terdapat juga 7eleven, Burger King dan banyak lagi gerai yang menjual pelbagai barang.
Oh ya, ada juga terdapat Restoran Tomyam kalau tak silap saya. Pantai nya cantik dan indah tapi masa kami pergi hari tu baru lepas hujan, ombak agak besar juga masa tu.


Pantai Teluk Chempedak, Pahang
Setakat ni sahaja review tentang Pantai Teluk Chempedak dari saya. Nak cerita banyak pun kami tak pusing habis sebab dah agak lewat nak cari hotel lain.

Rabu, 16 Oktober 2013

Bila Nikmat Kesihatan di Tarik Seketika

Kasihan puteri mama. Demam pula dia, mama ingat Anis cuma terlalu penat selepas bermain habis-habisan dengan sepupu di kampung. Tak sangka pula boleh melarat hingga demam macam ni.Maha Suci Allah. Sungguh baik aturan-Nya. Mungkin juga inilah hikmahnya saya mengalami cirit-birit.

Pagi tadi saya terbangun kerana perut memulas-mulas. Berulang ke tandas entah berapa kali hingga ke petang. Malam tadi encik suami yang sakit perut, selepas encik suami ke tempat kerja sakitnya seolah-olah berpindah pada saya pula. Badan jadi letih lesu dek kerana terlalu banyak air yang keluar dari badan.

Menjelang tengahari, perut saya masih meragam hingga encik suami menyarankan supaya saya mengambil cuti sakit sahaja hari ini. Lagipun badan Anis juga sudah mula panas. Akhirnya saya terpaksa akur untuk mengambil cuti sakit. Saya gagahkan diri untuk memandikan Anis kerana suhu badannya semakin tinggi. Alhamdulillah, selepas bermain air suhu badannya turun sedikit.

Kami menunggu encik suami pulang untuk ke klinik. Sedang kami bersiap-siap hendak keluar, Anis muntah pula. Terpaksalah siapkan Anis sekali lagi. Sudah hampir petang baru selesai urusan ke klinik. Kesian papa dapat tidur sekejap sahaja sebelum pergi kerja malam ni.

Malam ni tinggallah mama dengan Anis di rumah. Papa berat hati hendak meninggalkan dua orang ratunya yang tidak sihat di rumah. Tapi mama yakinkan papa, in shaa Allah mudah-mudahan semua akan baik-baik sahaja. Semoga Anis cepat baik dari demam. Alhamdulillah, perut mama dah beransur baik. Mudah-mudahan mama dapat jadi jururawat terbaik untuk puteri mama malam ni. Aamiin.

Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor,Tumpat Kelantan

Siapa pernah sampai ke Kelantan memang tak puas hati kalau tak pergi zon bebas cukai kan.Sah kan orang yang jarang-jarang sampai. Saya yang memang berasal dari sana pun tak akan melepaskan peluang untuk ke zon bebas cukai tiap kali balik kampung. Sesekali pergi memang shopping sakan la. Apa tak nya kalau harga barang di sana boleh dapat sampai separuh harga dari tempat tinggal kita kan. Terus terang saya cakap, saya kalau kat Johor ni susah sangat nak membeli terutamanya baju. Tapi kalau dah balik ke Kelantan, berpasang-pasang saya beli mengalahkan nak menyambut raya.



Ni gambar masa bulan dua tahun lepas, masa saya balik kampung sempat juga saya sampai ke Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor. Selalunya saya lebih suka pergi ke Zon Bebas Cukai Rantau Panjang, tapi  disebabkan kesuntukan masa kami pergi ke tempat yang lebih dekat sikit.

Selasa, 15 Oktober 2013

Salam Aidil Adha 2013

Salam Aidil Adha buat sahabat sekalian.


Alhamdulillah, mungkin ramai antara kita yang melakukan ibadah korban tahun ini. Semua dah merasa daging korban? Saya belum ada rezeki untuk merasa daging korban hari ini. In shaa Allah jika diizinkan Allah

Isnin, 14 Oktober 2013

Isnin Hari Mulia vs Monday Blues

Teks : Siti Nadzifah Abd Rahad
Rujukan :  http://rossacalla.blogspot.com/2013/01/rahsia-dan-kelebihan-hari-isnin-dalam.html#axzz2hdH5Og12

Salam pagi Isnin yang indah buat semua.
Jangan ada yang Monday Blues ya. Sepatutnya kita sebagai umat Islam sangat ternanti-nanti akan hari yang sangat mulia ini. Ramai antara kita yang sudah terikut-ikut dengan budaya Monday blues yang diwar-warkan oleh pihak barat, kebetulan pula kerana hari Isnin merupakan permulaan hari bekerja dan bersekolah yang mana semua orang kurang gemari.


Banyak kelebihan hari Isnin yang mungkin kita tidak tahu ataupun mungkin terlupa,

Resepi Roti Goreng Sosej

Kali ni saya nak kongsikan satu menu ringkas yang cukup senang dan cepat disediakan. Sesuai untuk sarapan, minum petang, hidangan ringkas untuk tetamu atau bekalan ke mana-mana. Resepi Roti Goreng Sosej ataupun Sosej Roll.

Ahad, 13 Oktober 2013

Nasihat Buat Adik-adik Baru Habis Belajar dan Baru Bekerja (Graduan Baru)

Musim konvokesyen masih lagi hangat tika ini. Adik saya sendiri ada dua orang yang baru sahaja lepas dan akan ke majlis konvokesyen. Tahniah buat kedua-dua adik Along kerana sudah berjaya menggenggam segulung ijazah dalam bidang pilihan masing-masing. Along, umi dan abah sangat berbangga atas kejayaan kalian berdua. Beberapa tahun akan datang dua atau tiga orang lagi adik saya yang akan melalui saat manis seperti ini juga. In Shaa Allah.

Tentunya selepas ini masing-masing akan sibuk mencari kerja malahan sudah ada yang mula bekerja sebaik sahaja habis belajar. Didoakan adik-adik Along akan mendapat pekerjaan yang bagus dan sesuai nanti.

Rasanya tidaklah terlalu awal untuk memberikan sedikit pesanan buat adik-adik yang bakal melangkah ke alam pekerjaan nanti. Lebih baik awal dari terlewat dan lebih baik terlewat dari tidak langsung. Biasa kita dengar tentang ramainya yang seolah-olah terkena kejutan budaya di mana pertama kali menerima wang gaji yang banyak hasil titik peluh sendiri.

Sabtu, 12 Oktober 2013

The 6 Jars & Teknik Sampul Surat

Mesti ada antara anda semua sudah biasa mendengar atau terbaca istilah The 6 Jars dan juga Teknik Sampul Surat kan. Atau mungkin juga sudah ramai antara anda semua yang sudah pun mengamalkan cara ini. Bagi yang sentiasa peka dengan pengurusan kewangan peribadi, istilah tersebut tentunya sudah sebati dengan anda.

Di sini saya ingin kongsikan berkenaan kedua-dua konsep ini mengikut kefahaman saya sendiri. Saya mempelajari teknik ini

Jumaat, 11 Oktober 2013

Peti Sejuk Tak Sejuk


Seperti biasa, bangun sahaja dari tidur saya akan keluarkan lauk-pauk dari peti sejuk beku sebelum mandi dan mula memasak. Pagi tadi saya kaget apabila melihat makanan dan ais dalam peti sejuk beku saya mencair. Nasib baik ayam dan ikan belum cair sepenuhnya. Kalau tidak alamatnya busuklah ayam dan ikan saya. Alhamdulillah masih ada rezeki kami untuk hari ini.

Saya memeriksa peti bahagian bawah pula, sama juga tidak sejuk seperti biasa. Saya mula risau kerana bahan mentah masih agak banyak.

Khamis, 10 Oktober 2013

Duit Gaji

Hari gaji
Hari ni dah gaji? Mesti ramai antara kita di kalangan kakitangan awam berasa risau bulan ini. Apa tidaknya, gaji masuk dua minggu awal daripada tarikh sepatutnya kerana ada perayaan iaitu Hari Raya Korban kurang seminggu dari sekarang.

Kenapa perlu risau sebenarnya? Tidak akan timbul masalah

Orang Kaunter

Ada yang tidak faham apa yang saya maksudkan dengan tajuk di atas? Itulah kerja saya. Saya bertugas sebagai pegawai di kaunter. Bertindak sebagai "frontliner" di sempadan negara. Pendek kata, setiap pelawat yang akan masuk atau keluar negara akan berjumpa dengan saya dan rakan-rakan sejawat dahulu.

Nampak macam senang sahaja kerja kami. Duduk di kaunter menunggu pelawat tiba untuk pemeriksaan. Ya, dari pandangan mata kasar memang nampak mudah dan nampak macam tak ada kerja. Tetapi,

Rabu, 9 Oktober 2013

Ajaibnya Sentuhan Ibu dan Ayah Pada Anak


Alhamdulillah. Baru berkesempatan melayan dan bergurau dengan si kecil Anis. Dia pun sudah pandai mengambil peluang untuk bermanja dan bermain dengan mama dan papa.

Anis sudah dapat membezakan hari papa kerja dan hari mama bekerja. Kalau hari papa bekerja dia akan mengambil peluang bermanja setelah papa pulang dari tempat kerja. Selalunya dia akan membuat pelbagai aksi dan suka berguling-guling di pangkuan papa. Riuh rendah rumah dibuatnya.
Hari ni mama kerja pagi dan malam. Selepas mama bangun dari tidur petang tadi, dia terus datang memeluk

Selasa, 8 Oktober 2013

Rutin Harian Bermula

Alhamdulillah. Kami sekeluarga selamat sampai ke Johor Bahru. Beberapa hari di kampung encik suami saya seakan terputus dengan dunia maya. Liputan rangkaian internat yang saya langgan tidak sampai ke kawasan rumah mertua. Ditambah pula dengan kesibukan bermacam urusan membuatkan saya gagal untuk menjengah ke blog.

Apa yang dapat saya lakukan hanyalah menaipkan kegiatan harian tanpa dapat memuat naik ke blog. Tak mengapa, janji saya membuat catatan sebelum terlupa. Sampai sahaja ke jalan besar, telefon saya bartalu-talu berbunyi.

Salah satu daripada mesej yang saya terima bertanyakan tentang Tepung Magik yang ditempah tempoh hari belum sampai ke tangan. Semuanya kerana kekalutan saya yang bermacam urusan. Saya berjanji akan menghantarkan Tepung Magik sebaik sahaja sampai ke kuarters.

Dari tempat parking, saya terus memanjat tangga ke rumahnya di blok sebelah bersama Anis. Alhamdulillah, lega bila dapat selesaikan amanah. Kemudian kami berjalan kaki ke rumah dan terpaksa memanjat lagi tangga ke tingkat tiga. Setelah berehat sebentar, saya menghidangkan makan malam untuk kami sekeluarga. Terima kasih kepada mak kerana membekalkan kami dengan nasi dan lauk.

Setelah siap makan, saya terus mencapai baju kerja encik suami dan saya sendiri untuk digosok. Sebelum itu, saya sudah memasuklan kain baju kotor ke dalam mesim basuh. Belum pun sempat menggosok baju, mata ni sudah rasa teramat berat. Tolonglah mata, bertahan sikit je lagi. Esok pagi-pagi lagi encik suami dah kena pergi kerja.

Isnin, 7 Oktober 2013

Kembali ke Rumah

Umi dan adik-adik sudah pun bertolak pulang ke Kelantan dengan menaiki kereta. Sekarang masih lagi dalam perjalalanan. Terasa sayu hati ini ketika melihat mereka berlalu. Hanya doa yang dapat dikirimkan menemani perjalanan mereka. Semoga perjalanan lancar dan selamat ke destinasi. Aamiin.

Sekarang giliran saya pula berkemas untuk pulang ke rumah. Esok sudah bermula rutin harian seperti biasa. Badan terasa sangat letih dan longlai. Namun terpaksa juga digagahkan untuk mengemas dan bertolak pulang ke Johor Bahru. Kesian pula pada encik suami, terpaksa memandu jauh lagi dalam keadaan penat dan mengantuk.

Kami tiada pilihan lagi kerana encik suami mula bertugas esok pagi manakala saya pula bertugas syif petang esok. Harapnya perjalanan kami juga akan lancar dan selamat. Aamiin.

Ahad, 6 Oktober 2013

Majlis Konvokesyen Adik

Sambil menunggu adik dan umi keluar dari dewan, sempat juga saya mencuri masa untuk  mencoretkan sedikit catatan untuk hari ini.

Rasanya sudah beberapa hari saya tidak berkesempatan untuk meluangkan masa menjengah blog. Memandangkan keluarga saya datang dari kampung dan bermalam di rumah, jadual saya sangat padat. Tidak ada ruang masa dapat saya selitkan sedikit untuk menulis.

Keseronokan menyambut tetamu lebih-lebih lagi ahli keluarga dan orang tua sendiri membuatkan saya lupa akan kepenatan dan kesakitan badan akibat terlalu letih. Cuti satu syif saya rasakan tidak cukup.

Alhamdulillah, hari ni semuanya berjalan dengan lancar. Walaupun masing-masing keletihan, tetapi tetap ceria meraikan hari istimewa angah. Didoakan semoga angah dimurahkan rezeki dan cepat dapat kerja. Aamiin.

Sabtu, 5 Oktober 2013

Bermalam di Rumah Besan

Eh, bukan saya yang bermalam di rumah besan. Anak pun baru je berusia dua tahun. Sebenarnya umi saya yang menumpang bermalam di rumah mertua saya di Batu Pahat.

Memandangkan rumah mertua berdekatan dengan tempat belajar adik saya iaitu UTHM Johor, mertua mempelawa umi dan adik-adik bermalam sahaja di rumah mereka. Abah pula tidak dapat ikut serta kerana salah seorang adik saya sedang menghadapi PMR. Kesian abah dan umi terpaksa bergilir-gilir kalau nak berjalan.

Hari ini saya dan encik suami membawa umi pulang ke rumah mertua. Umi akan bermalam di sana selama dua malam. Majlis konvokesyen angah bermula seawal 7.30 pagi (pendaftaran), sebab itulah kami mengambil keputusan untuk bertolak awal sehari ke Batu Pahat. Bimbang takut kelewatan pula kalau bertolak dari Johor Bahru. Sediakan payung sebelum hujan, tak salah kalau kita beringatkan.

Kami bertolak selepas solat asar, agak lambat juga kerana saya siapkan makan tengahari di rumah dan terpaksa menyediakan persiapan baju kerja selepas cuti nanti. Itu pun hanya sempat membasuh dan menyidai sahaja. Balik nanti barulah menggosok. Kami tidak sempat singgah di mana-mana memandangkan hari sudah lewat petang.

Jumaat, 4 Oktober 2013

Resepi Kek Coklat Cheese Kukus

Ini dia resepi Kek Coklat Cheese Kukus yang mudah senang dan simple dari saya. Saya pun dapat resepi kek ni dari internet juga tapi bila dah dicuba ade lah di ubah sikit-sikit mengikut citarasa dan cara saya. Biasalah kalau cara saya tu mestilah nak mudah dan cepat je la kan.

Bahan Kek A:
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak jagung (minyak masak pun boleh)

Bahan Kek B:
4 biji telur (biasa guna gred B je)
1 cawan tepung gandum (lebihkan setengah cawan pun ok jugak tp kalau nak moist 1 cawan je)
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil serbuk soda bikarbonat
1 sudu kecil esen vanila
Bahan Cheese:
250 gm cream cheese (cari yang ada logo halal tau)
60 gm gula aising (lebih kurang 3-4 sudu besar..terpulang anda suka manis ke tak..boleh rase kn)
1 sudu besar air
1 sudu besar tepung gandum
1 biji telur
sedikit sunquick (kalau nak ade rase sweet sour la. Kalau tak letak pun sedap juga )

Cara-cara:
    Panaskan bahan A dalam periuk..kacau hingga gula hancur dan sebati. Biarkan seketika. Jangan lupa panaskan air dalam periuk kukus tau.
    Blend bahan B hingga sebati. Kacau ngan senduk pun boleh.
    Campurkan bahan A dan B. Kacau sebati.Masukkan ke dalam loyang. Lapisan pertama masukkan lebih kurang 1/4 bahagian loyang atau separuh dari adunan tadi. Kukus lebih kurang 20 minit atau lapisan kek tu hampir masak.
    Sementara itu, kita sediakan adunan cheese pulak. Pukul cream cheese bersama gula aising hingga gebu. Kemudian masukkan telur,air, tepung gandum dan sunquick dan pukul lagi hingga sebati.
    Setelah lapisan pertama kek tadi dah agak keras bolehla kita masukkan lapisan cheese tadi. Sebelum tu anda bolehlah garukan sedikit permukaan atas kek tadi dengan garfu atau pisau. Tujuannya supaya lapisan kek dan cheese betul-betul melekat.. Kalau tak nanti jadi selapis selapis pulak kan. Kukus lagi lebih kurang 20 minit.
    Akhir sekali masukkan baki adunan kek tadi untuk lapisan ketiga dan kukus hingga masak lebih kurang 1 jam. Jangan lupa garukan sikit lapisan cheese tu yea.

Sila abaikan latar belakang ya. Tidak berkaitan.

Khamis, 3 Oktober 2013

Resepi Ayam Goreng Tepung Magik Ala-ala KFC


Baru sahaja selesai melayan Anis makan. Encik suami pula dah ke tempat kerja, hari ni saya off manakala encik suami pula kerja syif petang. Kami baru sahaja sampai dari kampung tengahari tadi, penat pun belum reda. Jadi, hari ni saya rasa nak kongsikan resepi mudah ini sahaja dengan sahabat semua. Bukan resepi sangat pun, rasanya lebih kepada cara penyediaan ayam goreng ala-ala KFC. Mari kita tengok bahan dan caranya.

Rabu, 2 Oktober 2013

Kerja Oh Kerja!!!


Kerja Oh Kerja!!!
Di kala sahabat semua enak di ulik mimpi, saya masih terkebil-kebil sendirian. Kerja syif malam lagi. Kami diberi waktu rehat selama dua jam untuk dimanfaatkan sepenuhnya bagi merehatkan badan.

Saya sememangnya susah nak melelapkan mata. Lebih-lebih lagi kalau badan terlampau penat.
Sementara belum tertidur, saya mengambil peluang untuk update blog sedikit. Saya rasa ramai yang tahu tentang keburukan bekerja syif malam dan juga kesan sampingan akibat kurang tidur. Mari kita sama-sama meneliti kesan-kesan jangka panjang bekerja syif malam.

Tidur yang tidak cukup dan terlalu sedikit boleh meningkatkan risiko mendapat penyakit kencing manis, sakit jantung dan pelbagai masalah kesihatan yang lain. Selain itu, masalah sampingan lain yang akan timbul seperti tekanan darah tinggi atau rendah, obesiti, kemurungan, masalah daya ingatan, sistem imun menjadi lemah malah boleh mengakibatkan masalah ketidaksuburan. Bagi sesetengah orang pula, mungkin akan menimbulkan sikap panas baran akibat kurang rehat dan kepenatan.

Pekerja yang bekerja syif malam juga amat berisiko untuk menjadi gemuk atau obesiti. Ini kerana, apabila kita berjaga pada waktu malam, perut kita mudah terasa lapar. Jadi kita akan mengambil makanan di luar waktu makan yang sepatutnya.

Selain itu, bekerja syif malam juga sangat mempengaruhi gaya hidup kita. Mengikut pengalaman saya sendiri, badan akan selalu rasa lemah dan tidak bermaya yang mana akan menyebabkan kita menjadi malas. Kalau diikutkan sahaja rasa letih lesu dan malas itu, lama kelamaan ia akan membentuk tabiat buruk pada diri kita.

Tag : kerja syif, kerja shift


Selasa, 1 Oktober 2013

Di Mana Ada Kemahuan, Di Situ Ada Jalan

Hari ni saya keje pagi dan malam. Alhamdulillah masih diberi kekuatan dan kesihatan untuk terus berkhidmat untuk negara.

Seperti biasa hari kedua bekerja merupakan hari yang paling sibuk dan memenatkan. Rutin harian yang biasa pun sudah cukup memerah tenaga apatah lagi kalau ada urusan penting yang perlu diselesaikan segera.

Petang tadi, sebaik pulang dari kerja dijemput oleh Encik Suami dan Anis kami terus menuju ke pejabat Skynet untuk mengambil barang yang sepatutnya sampai semalam. Disebabkan penghantaran yang agak lambat dan tiba setelah saya sudah pun berada di tempat kerja, terpaksalah kami pula yang pergi mengambilnya di pejabat Skynet.

Sebahagian daripada barang yang diterima semalam.

Alhamdulillah semua barang dalam keadaan baik dan memuaskan hati. Nasib baik selamat sampai ke tangan walaupun ada kesilapan pada ejaan nama saya. Masih ada rezeki saya, alhamdulillah.

Hilang segala penat badan yang baru pulang dari kerja. Selepas menjamu selera sambil melayan Anis bermain, kami balik ke rumah kerana saya perlukan rehat sebelum kembali bertugas syif malam. Penat tapi seronok dan puas. Di mana ada kemahuan, in shaa Allah akan dibukakan jalan. Apa yang penting usaha, doa dan tawakkal.