Isnin, 25 November 2013

Hari Ni Dah Gaji!

Teks : Siti Nadzifah
Imej : Google

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah.

25 haribulan. Hari ini merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh hampir semua penjawat awam seperti saya. Setelah hampir dua bulan berhempas pulas menguruskan perbelanjaan dengan sebaik mungkin kerana gaji bulan lepas yang terlalu awal.

Mungkin ada di antara kita yang tidak tergugat dengan keadaan ini, namun begitu, saya rasa terlalu ramai yang kecundang dalam pengurusan wang gaji mereka dalam situasi begini. Begitu juga saya, orang kata kalau duit sudah di tangan, faham-faham sahajalah kan.


Sebab itulah kita kena pandai merancang bagaimana menguruskan wang gaji kita dengan sebaik mungkin. Kita boleh merancang awal bajet kita untuk sebulan mengikut kemampuan pendapatan masing-masing. Biasanya kita boleh memeriksa jumlah gaji kita dengan melihat slip gaji melalui website. Jadi, apa kata kita cuba merancang bajet bulanan kita sebelum gaji masuk.


Dengan cara ini, kita tidak akan membelanjakan wang gaji sesuka hati kerana sudah sedia maklum akan keperluan wajib yang perlu dibelanjakan pada bulan tersebut. Sekurang-kurangnya kita mestilah mendahulukan wang gaji tersebut kepada sedikit simpanan dan membayar segala bil dan hutang yang perlu dijelaskan setiap bulan. Kemudian, dengan baki yang ada, belajarlah untuk berbelanja keperluan harian mengikut kemampuan bukan mengikut kehendak.

Bagaimana hendak buat bajet? Mungkin anda boleh rujuk di sini untuk mendapatkan sedikit gambaran. Saya selalu amalkan cara ini. Alhamdulillah, setakat ini kami sekeluarga dapat menguruskan kewangan dengan lebih baik dari sebelumnya dan sudah mula menyimpan. Ilmu kewangan sangat penting dalam meneruskan kehidupan yang serba mencabar kini. Walaupun bukan seorang yang pakar, saya tetap ingin kongsikan di sini kerana tanpa ilmu kewangan, ramai antara kita yang kerugian kerana membazir.

Pandai-pandailah menguruskan wang gaji masing-masing. Jangan sampai kita menyesal pula suatu hari nanti di atas kelewatan menyedari betapa pentingnya menguruskan kewangan dengan baik dan terancang. Sama-samalah kita berubah ke arah kebaikan. Jauhi pembaziran kerana membazir amalan syaitan.




---------------------------------------------------------------------
Iklan:
Akademi Bekerja Dari Rumah kini sudah mencapai lebih 350 blog dengan 13 guru online sedang bertugas.21  kelas secara online sedang berlangsung. Pendaftaran dibuka setiap hari. Anda ingin menulis blog? Sertai kami di sini untuk mempelajari asas membina blog penulisan dan bisnes.

1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page
3. Kelas penulisan kreatif
3. Kelas belajar iklan mudah.my
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus onlne dibuka
6. Kelas asas akaun bisnes kecl wahm/soho

Hubungi saya melalui ;
sms/whatsapps : 013-9288582; 
atau boleh juga PM saya di Facebook
Jom kita pakat jana pendapatan sampingan. Klik gambar untuk ke Page kami.
https://www.facebook.com/tepungmagikmama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan