Jumaat, 15 November 2013

Sakit Kepala - Aduh Migrain Lagi!!!

Teks : Siti Nadzifah
Imej : Google

Kepala masih terasa berat berdenyut-denyut. Mata terasa senak bagaikan ada yang memicit-micit urat mata ni. Terpaksa gagahkan diri untuk bangun dan siapkan makan tengahari. Sampai bila nak terbaring je. Kasihan buah hati mama berdua yang mungkin sudah kelaparan.

Malam tadi terpaksa cuti sakit lagi. Entahlah, sekarang boleh dikatakan hampir setiap bulan ada sahaja waktunya nikmat kesihatan saya ditarik sekejap. Anggap sahaja ujian bagi saya dan saya redha. Mungkin saya ada melakukan kesilapan dan berharap agar dosa-dosa kecil terhapus bila diturunkan ujian kesakitan begini. Aamiin.

Mujurlah encik suami sangat memahami dan setia menemani saya saat saya sangat memerlukannya. Ubat paling mujarab bagi saya saat menahan kesakitan begini ialah adanya kekasih hati saya ni di sebelah. Bila dipicit sahaja kepala dan tengkuk, saya rasa separuh dari kesakitan yang ditanggung itu hilang. Alhamdulillah. Aku amat bersyukur atas nikmat kasih-sayang Mu Ya Allah. Aku bersyukur dikurniakan seorang suami yang penyayang dan memahami ini. Terima kasih Ya Allah.


Ada tak di kalangan sahabat semua yang selalu mengalami sakit kepala seperti saya? Marilah kita sama-sama amalkan ayat yang dikatakan dapat melegakan migrain dan sakit kepala ni. Mudah-mudahan kita semua beroleh manfaat dari amalan yang baik dan keyakinan kepada Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. In shaa Allah.









---------------------------------------------------------------------
Iklan:
Akademi Bekerja Dari Rumah kini sudah mencapai lebih 350 blog dengan 13 guru online sedang bertugas.21  kelas secara online sedang berlangsung. Pendaftaran dibuka setiap hari. Anda ingin menulis blog? Sertai kami di sini untuk mempelajari asas membina blog penulisan dan bisnes.

1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page
3. Kelas penulisan kreatif
3. Kelas belajar iklan mudah.my
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus onlne dibuka
6. Kelas asas akaun bisnes kecl wahm/soho

Hubungi saya melalui ;
sms/whatsapps : 013-9288582; 
atau boleh juga PM saya di Facebook
Jom kita pakat jana pendapatan sampingan. Klik gambar untuk ke Page kami.
https://www.facebook.com/tepungmagikmama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan