Sabtu, 23 November 2013

Senarai Tugasan Membantu Tugas Suri

Teks : Siti Nadzifah

Alhamdulillah.

Tamat tugas malam di hujung minggu ini disambut dengan hujan renyai yang mendamaikan. Walaupun suasana indah permai ini dicemari oleh pelbagai pencemaran udara dan bunyi yang agak melemaskan, namun saya tetap gembira kerana hari ini saya sudah 'off'.

Sambil menunggu encik suami datang menjemput, sempatlah saya berceloteh sedikit di pagi hari ni. Sudah terbayang-bayang katil dan bantal di rumah. Sedapnya tidur hujan-hujan begini. Harapnya tidak terlajaklah, banyak tugasan yang menunggu untuk diselesaikan. Tinggal satu syif sahaja lagi untuk mula bercuti panjang.

Maknanya saya kena siapkan serba sedikit keperluan yang hendak dibawa semasa bercuti nanti. Rumah pun kenalah dikemaskan juga sebelum ditinggalkan selama hampir dua minggu bercuti. Banyak juga tugasan yang menanti saya ni. Nampaknya saya kena merancang senarai tugasan bagi memudahkan saya menguruskan semuanya nanti.


Dengan adanya senarai tugasan, senang bagi saya menyelesaikan satu persatu tugasan mengikut kepentingan tanpa memeningkan kepala atau bimbang kalau ada yang terlupa. Di samping senarai tugasan, saya juga kena menyediakan senarai barang yang perlu dibawa bersama nanti. Bukan apa, kadang-kadang terlupa juga. Maklumlah terlalu banyak yang perlu diuruskan. Silap hari bulan, kena keluarkan belanja lebih untuk membeli lagi barang yang tertinggal. Membazir pula kan.

Nampaknya encik suami dan si kecil mama dah sampai. Sampai berjumpa lagi di entri akan datang. In shaa Allah.





---------------------------------------------------------------------
Iklan:
Akademi Bekerja Dari Rumah kini sudah mencapai lebih 350 blog dengan 13 guru online sedang bertugas.21  kelas secara online sedang berlangsung. Pendaftaran dibuka setiap hari. Anda ingin menulis blog? Sertai kami di sini untuk mempelajari asas membina blog penulisan dan bisnes.

1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page
3. Kelas penulisan kreatif
3. Kelas belajar iklan mudah.my
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus onlne dibuka
6. Kelas asas akaun bisnes kecl wahm/soho

Hubungi saya melalui ;
sms/whatsapps : 013-9288582; 
atau boleh juga PM saya di Facebook
Jom kita pakat jana pendapatan sampingan. Klik gambar untuk ke Page kami.
https://www.facebook.com/tepungmagikmama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan