Ahad, 17 November 2013

Resepi Sardin Special Mama

Teks :Siti Nadzifah
Imej :Siti Nadzifah

Siapa suka makan sardin? Biasa saya dengar orang tak suka makan sardin sebab hanyir katanya. Keluarga suami saya pun kurang gemar makan sardin termasuklah encik suami saya sendiri.

Di awal perkahwinan kami dulu, encik suami tak suka makan sardin. Tapi sekarang dah boleh makan, sardin mama sedap katanya. Tak macam yang biasa dia makan. Hehe. Rahsianya? Nanti saya kongsikan ya. Tak adalah rahsia sangat, mungkin orang lain pun masak sardin macam saya juga tapi saya nak kongsikan juga di sini. Mana tahu ada yang ingin mencuba, kan.

Sebenarnya saya sendiri kurang menggemari lauk sardin dalam tin, sebab tu saya olahkan sikit resepinya. Biasanya kebanyakan orang memasak sardin sekadar menumis bawang dan cili sahaja sebelum memasukkan sardin kan. Cara saya ni ada kelainan sikitla. Jom kita tengok resepinya ya.

Sambal sardin bersama sosej

Bahan-bahan:

Sardin dalam tin
Bawang putih
Bawang besar
Bawang merah
Halia
Cili kering kisar atau boleh juga guna cili boh
Cili api atau cili besar
Air asam jawa
Garam dan gula
Air

Cara-cara:

1. Hiriskan bawang putih, bawang besar dan cili. Kemudian tumiskan hingga naik bau.

2. Kisar atau tumbukkan sedikit bawang merah, bawang putih dan halia. Tumiskan bahan yang dikisar ni dengan sedikit cili kisar bersama bawang yang ditumis tadi. Biarkan seketika hingga agak garing dan terbit minyak.

3. Masukkan ikan sardin biarkan ikan tersebut seketika sebelum menuangkan kuah yang tersedia di dalam tin. Biarkan mendidih dan masukkan sedikit air asam jawa dan air secukupnya.

4. Akhir sekali tambahkan perasa garam dan gula secukup rasa. Siap untuk dihidang.





---------------------------------------------------------------------
Iklan:
Akademi Bekerja Dari Rumah kini sudah mencapai lebih 350 blog dengan 13 guru online sedang bertugas.21  kelas secara online sedang berlangsung. Pendaftaran dibuka setiap hari. Anda ingin menulis blog? Sertai kami di sini untuk mempelajari asas membina blog penulisan dan bisnes.

1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page
3. Kelas penulisan kreatif
3. Kelas belajar iklan mudah.my
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus onlne dibuka
6. Kelas asas akaun bisnes kecl wahm/soho

Hubungi saya melalui ;
sms/whatsapps : 013-9288582; 
atau boleh juga PM saya di Facebook
Jom kita pakat jana pendapatan sampingan. Klik gambar untuk ke Page kami.
https://www.facebook.com/tepungmagikmama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan