Khamis, 28 November 2013

Percutian Bermula

Teks : Siti Nadzifah
 
Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Semalam kami sudah mula bercuti dan pulang ke kampung suami terlebih dahulu. Kemudian kami akan ke Nilai dan terus ke Kelantan. Jadual cuti panjang kami kali ini memang agak padat dengan pelbagai aktiviti.

Sesudah makan tengahari dan menunaikan solat, kami ke rumah sepupu encik suami yang akan mengadakan kenduri untuk 'rewang' bersama keluarga dan jiran sekampung.

Sesampainya di rumah pengantin, saya ditugaskan untuk membantu menghias pelamin memandangkan tuan punya majlis membuat pelamin sendiri. Erk, pandai ke saya nak menghias pelamin ni? Cuba je lah kan. Hehe.

Selesai menghias pelamin, saya membantu ibu mertua mengisi telur ke dalam bunga telur pula. Yelah, saya mana pernah pergi rewang. Ikut je lah apa yang disuruh. Kebetulan tengah bercuti, kalau tak, dapat hadir ke kenduri pun dah kira beruntung. Kali ini terbalik pula, dapat pergi rewang tapi kenduri pula tak dapat hadir kerana kami akan menghadiri majlis konvokesyen adik perempuan saya di nilai pada tarikh yang sama.

Malamnya saya dan Anis menemani encik suami pergi gunting rambut dan membeli bekalan susu Anis pula. Ok, setakat ini sahaja untuk hari ini. Kami kena tidur awal sebab esok pagi kena sambung rewang sebelum bertolak ke Nilai.


---------------------------------------------------------------------
Iklan:
Akademi Bekerja Dari Rumah kini sudah mencapai lebih 350 blog dengan 13 guru online sedang bertugas.21  kelas secara online sedang berlangsung. Pendaftaran dibuka setiap hari. Anda ingin menulis blog? Sertai kami di sini untuk mempelajari asas membina blog penulisan dan bisnes.

1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page
3. Kelas penulisan kreatif
3. Kelas belajar iklan mudah.my
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus onlne dibuka
6. Kelas asas akaun bisnes kecl wahm/soho

Hubungi saya melalui ;
sms/whatsapps : 013-9288582; 
atau boleh juga PM saya di Facebook

Tiada ulasan:

Catat Ulasan