Khamis, 7 November 2013

Resepi Sosej Roll Tepung Magik

Teks : Siti Nadzifah
Imej : Siti Nadzifah

Hari ini baru berkesempatan nak memasukkan resepi ni kat blog. Baru je balik dari jalan-jalan sempena hari off. Jom layan resepi mudah, cepat dan sedap ni.

Sosej Roll Tepung Magik dah siap sedia dalam bekas bekalan
Bahan-bahan :

 Roti keping
 Sosej
 Telur
 Sedikit gula
 Sedikit Tepung Magik
Sedikit tepung gandum dibancuh dengan air untuk dijadikan gam




Cara Penyediaan :

1. Mula-mula sekali penyekkan roti. Boleh juga digelekkan atau ditekan-tekan sahaja dengan jari. Tujuannya ialah bagi mengelakkan roti menyerap minyak terlalu banyak.
Kemudian potong kepada 2 atau 3 bahagian mengikut kesukaan.

2. Potong sosej mengikut saiz yang sesuai dengan roti. Saya suka belah 2 atau 4 menjadi kecil sedikit.
Selain nak cepat masak, boleh dapat banyak.

3. Gulungkan sosej ke dalam roti dan gamkan dengan bancuhan tepung gandum.

4. Pukul telur yang telah dicampurkan dengan sedikit Tepung Magik dan gula.

5. Celupkan roti yang digulung dengan sosej tadi ke dalam telur dan goreng dengan minyak yang telah dipanaskan terlebih dahulu.

6. Goreng hingga masak. Angkat dan toskan. Sedia untuk dihidang.



Iklan :
Akademi Bekerja Dari Rumah kini sudah mencapai lebih 200 blog dengan 7 guru online sedang bertugas. 17 kelas secara online sedang berlangsung. Pendaftaran dibuka setiap hari. Sertai kami di sini untuk mempelajari asas membina blog penulisan dan bisnes. Hubungi saya melalui 
 email : sitinadzifahabdrahad@gmail.com 
sms/whatsapps : 013-9288582; 
atau boleh juga PM saya di Facebook

Tiada ulasan:

Catat Ulasan