Imej :Puan Masayu Ahmad
Apa yang anda akan dapat melalui kelas asas blog dan penulisan ini?
Anda akan dapat membina blog peribadi untuk berkongsi minat, pengalaman dan kepakaran anda.
Anda juga akan dapat membina rangkaian sendiri di samping menambah followers dan pembaca setia.
Kita semua tentunya mempunyai keunikan masing-masing, anda boleh berkongsi pengalaman dan menyerlahkan bakat anda dengan menulis di blog.
Anda ingin berblogging tetapi tidak mahir menulis?
Jangan risau, kami akan bantu dan pantau perkembangan penulisan anda dari semasa ke semasa.
Anda akan mendapat pendedahan dan mempelajari cara bagaimana membina blog yang disukai pembaca.
Anda juga akan dapat membina jaringan dan pengaruh sebagai penulis blog. Anda juga akan didedahkan bagaimana membina penjenamaan dalam carian google.
Antara kelebihan yang anda akan perolehi melalui kelas asas blog dan penulisan ini ialah:
- Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini merupakan salah satu cara untuk menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.
- Membina tapak awal bagi memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.
- Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum bagi memastikan anda akan sentiasa ada idea untuk menulis dan mengemaskini blog.
- Mempelajari teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.Bergabung dengan lebih ramai blogger di mana sekarang terdapat lebih kurang 200 blog dalam akademi, bagi membantu aliran trafik ke blog.
- Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
- Mempelajari teknik menulis yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan