Hari ini kami akan bertolak ke Nilai. Tapi sebelum itu kami akan pergi rewang di rumah pengantin sekali lagi. Rasa bersalah kerana tidak dapat hadir ke majlis membuatkan kami seboleh-bolehnya membantu ketika rewang.
Kami ke rumah pengantin selepas bersarapan dan mengemaskan barang-barang yang akan dibawa semasa bercuti. Sementara itu, umi bersama seorang adik lelaki saya sudah selamat sampai ke Nilai dan akan ke homestay terlebih dahulu.
Kami bertolak ke Nilai selepas encik suami balik dari menunaikan solat jumaat dan berehat sekejap.
Alhamdulillah, kami sampai di homestay lebih kurang enam petang. Homestay yang kami sewa menyediakan empat bilik dengan kelengkapan lengkap termasuk peralatan memasak, mesin basuh dan pelbagai kemudahan lain. Saya sangat-sangat berpuas hati dengan homestay tersebut.
Hari pertama di Nilai kami tidak melakukan apa-apa aktiviti. Masing-masing kepenatan dan hanya mahu berehat.
---------------------------------------------------------------------
Iklan:
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page
3. Kelas penulisan kreatif
3. Kelas belajar iklan mudah.my
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus onlne dibuka
6. Kelas asas akaun bisnes kecl wahm/soho
2. Kelas asas blog dan fan page
3. Kelas penulisan kreatif
3. Kelas belajar iklan mudah.my
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus onlne dibuka
6. Kelas asas akaun bisnes kecl wahm/soho
Tiada ulasan:
Catat Ulasan