1. Puan Masayu Ahmad (Pengasas Akademi Bekerja Dari Rumah)
Matlamat Akademi Bekerja Dari Rumah
Teks : Masayu Ahmad (Pengasas Akademi Bekerja Di Rumah)
Sejak
bermula sebagai suri bekerja dari rumah, penghujung 2008. Saya adalah
wanita yang dahulunya bekerja di luar rumah, kemudian bertukar status
bekerja di rumah.
Pada
masa tersebut, tidak banyak sumber dan buku sebagai panduan. Sejak dari
itu saya memulakan blog saya pertama, masayuahmad.blogspot dan catatan
harian di naufalsayang.blogspot. Iaitu catatan awal bekerja dari rumah
dan mula berkongsi tentang panduan bekerja dari rumah.
Penulisan
adalah fokus utama dan sudah tentu pencarian bahan penulisan sangat
berkaitan dengan bisnes dari rumah, bisnes skala kecil juga motivasi
wanita. Ini tema utama dalam buku, ebook dan manuskrip yang saya
hasilkan.
Dua sumber utama pendapatan adalah
pendapatan aktif dan pendapatan pasif. Segalanya bermula dari blog.
pendapatan aktif dan pendapatan pasif. Segalanya bermula dari blog.
Sejak
itu juga blog saya selalu disinggah pembaca dari kalangan suri rumah,
suri berkerjaya, juga sesiapa sahaja yang mencari peluang bekerja dari
rumah.
Mulakan dengan apa yang ada.
Saya
selalu berkongsi konsep mulakan dengan apa yang ada atau menggunakan
modal minima. Mulakan dengan secara sambila sebelum mengambil keputusan
bekerja sepenuh masa. Atas usaha inilah saya kumpulkan maklumat, bahan
dan juga kisah-kisah dari wanita yang sudah berjaya, wanita bergelar
suri rumah, wanita yang sudah pun berstatus usahawan dari rumah.
2. Cikgu Aishah Hussein
Teks : Aishah Hussein
Sejak
2, 3 hari lalu, ramai juga yang bertanya saya sudah berapa lama
berhenti kerja dan berkecimpung di dalam bisnes online. Saya tidak
sedar sebenarnya sudah 5 bulan, atau patut kah saya sebut baru 5 bulan.
Bagi saya sendiri, saya rasa seolah-olah seperti sudah lama.
Kenapa saya kata kan begitu. Saya tidak rasa seperti saya tidak
bekerja, sebenarnya. Walau saya berada di rumah sama seperti saya masih
bekerja. Yang beza adalah saya lebih bebas untuk menyusun masa saya
sendiri dengan bekerja dari rumah. Tiada istilah bosan walaupun saya
berada sepanjang masa di rumah.
Ketika saya membuat keputusan untuk berhenti kerja, saya tidak tahu apa
yang akan saya buat untuk mengisi lapang apabila duduk di rumah nanti.
Apa yang saya boleh lakukan untuk menjana pendapatan untuk membantu
suami.
Alhamdulillah, Allah Maha mendengar doa dan rintihan saya. DIA buka kan
jalan bagi saya untuk bertemu dengan pengasas Akademi Bekerja Dari
Rumah di alam maya. Bermula dengan mendaftar di kelas asas blog secara
online, saya juga mula didedahkan dengan ilmu bisnes dropship. Memang
sangat bersesuaian dengan keadaan saya yang baru berhenti kerja dan
tidak mempunyai modal untuk mulakan bisnes. Sambil menyiapkan blog
untuk memenuhi kriteria Akademi Bekerja Dari Rumah, saya diberi peluang
untuk menjadi pembantu Kelas Asas blog. Sambil belajar sambil
mengajar. Semuanya secara online.
Akademi ketika itu bermula dengan hanya 10 orang peserta. Kami saling
bekerjasama berbincang tentang tugasan yang diberikan untuk kelas. Dari
situ, latihan mengajar dengan tersendirinya terbentuk pada para
peserta. Walaupun peserta-peserta ini datang dari pelbagai
latarbelakang pengalaman dan pekerjaan, mereka dapat bersatu di dalam
akademi sebagai suri rumah yang bekerja dari rumah. Ini menjadikan
akademi sebagai satu kolam untuk kami berkongsi ilmu dan pendapat.
Kini akademi ini telah mempunyai lebih dari 100 peserta dan sudah ada 7
guru online. Alhamdulillah, saya kini aktif sebagai salah seorang guru
online. Mengajar peserta secara online, tidak pernah terlintas di
fikiran saya sebelum ini. Tetapi itu lah yang memberi peluang kepada
saya untuk menjana pendapatan dari rumah, di samping menjalankan
bisnes-bisnes lain.
Sebagai seorang guru online tidak bermaksud saya tidak boleh bergerak ke
mana-mana. Jadual kelas adalah fleksibel. Peserta hanya berhubung
dengan guru melalui message di facebook. Nota untuk kelas semua
diberikan di dalam kelas online. Peserta hanya perlu baca dan rajin
berhubung dengan guru jika ada soalan yang ingin diajukan kepada guru.
Mudahnya kelas online begini kerana peserta dengan guru boleh berhubung
melalaui online. Bemaksud, hanya perlu ada kelengkapan gajet, kelas
boleh terus bermula. Gajet tidak perlu yang canggih-manggih. Gajet
wajib adalah talian internet atau broadband dan laptop atau PC.
Telefon bimbit yang canggih akan memberi kelebihan kepada peserta untuk
membuat tugasan walau di mana mereka berada. Malah ada pelajar saya
yang hanya menggunakan telefon sehingga kini untuk membuat tugasan di
blog beliau. Sekali- sekala beliau akan ke perpustakaan awam
menggunakan komputer di sana untuk membetulkan layout blog. Di mana ada
usaha di situ ada jalan.
Peserta di dalam kelas saya juga bukan hanya yang berada di Selangor,
malah ada peserta yang datang dari Kelantan dan sejauh Sabah. Jadi
jarak bukan penghalang untuk sesiapa sahaja untuk menyertai kelas ini.
Yang penting minat dan semangat dari peserta sendiri.
Kami guru online di akademi sentiasa berbincang dengan pengasas untuk
menambaik Akademi Bekerja Dari Rumah. Moga niat kami untuk menyediakan
platform buat suri rumah di luar sana menjana pendapatan tambahan buat
keluarga masing-masing diberkati Allah hendaknya.
3. Cikgu Iryani Ahmad
Teks : Iryani Ahmad
Teringat dahulu semasa berada di alam kanak-kanak, selalu ditanyakan tentang cita-cita.
" Dah besar mahu jadi apa? "
Cita-cita yang disebut
seringkali berubah pada setiap tahun malah pada setiap hari juga. Jelas,
faktor yang selalu mendorong adalah apa yang selalu dilihat pada mata
kanak-kanak lalu menjadi impian mereka.
Cita-cita menjadi
seorang pendidik antara yang menjadi pilihan utama saya. Bonda saya
menjadi idola utama kerana beliau adalah seorang pendidik di sekolah
rendah. Setiap hari melihat beliau berada di sekolah sebagai guru tetapi
pulang ke rumah sebagai ibu. Sungguh mulia tugas tersebut kerana
menyampaikan ilmu dan mentarbiah anak-anak kecil di sekolah dengan
akhlak mulia. Banyak pahala mengalir di situ, insyaAllah.
Guru Online
Semasa
pulang ke kampung pada hari raya, saya selalu disoal oleh saudara-mara
yang berkunjung ke rumah. Sudah bekerja makan gaji di mana? Menjawat
jawatan apa? Dengan tak segan silunya saya akan menjawab, bekerja di
rumah sahaja sebagai seorang guru. Menjadi guru online
Melopong
mulut makcik-pakcik dan nenek-nenek saudara yang mendengar. Saya hanya
tersenyum simpul sambil mengangguk-anggukkan kepala sambil menoleh ke
arah bonda.
Akademi Bekerja di Rumah
Saya
berasa sedikit bangga apabila bonda dan ayahanda kemudiannya
menjelaskan bahawa pekerjaan pada zaman sekarang tidak terikat untuk
berada di pejabat atau di luar rumah. Berada di rumah tetapi masih dapat
bekerja mengikut masa yang sesuai. Tidak terikat dengan masa. Guru yang
menentukan pada masa bilakah beliau mahu masuk ke kelas untuk mengajar.
Istimewanya pekerjaan ini, kita dapat menjaga anak sendiri di rumah dan
menguruskan urusan rumahtangga yang lain.
Selain
itu, guru juga berhak untuk menentukan berapa gaji yang mahu diterima
pada setiap bulan. Mahu sedikit atau banyak. Ada salah seorang guru di
akademi bekerja di rumah pernah mendapat gaji sehingga RM15K sebulan.
Tiada had juga dalam soal gaji! Dalam bisnes ini, tiada siapa yang akan
menjadi muflis! Tukar kepakaran yang ada pada anda menjadi duit dalam
akademi ini! Kepandaian anda adalah modal terbaik untuk menjadi guru
dalam bidang masing-masing. Tidak diperlukan apa-apa kelulusan tertinggi
samada SPM, Diploma, Degree, Master atau PhD. Cipta strategi bisnes
Laut Biru anda!
Kerja Berkumpulan
Budaya
bekerja dalam akademi ini dilakukan secara berkumpulan. Sudah lebih 100
orang yang menyertai kami. Kebanyakan mereka terdiri daripada
surirumah, ibu bekerjaya dan sedikit kaum adam. Kami tidak pernah
berjumpa di antara satu sama lain tetapi kami mempunyai matlamat, misi
dan gol yang sama. Namun, demi mencapai target iaitu mahu bekerja dari
rumah dan menyampaikan ilmu, kami dapat melakukan bersama-sama.
Guru Online
Semasa pulang ke kampung
pada hari raya, saya selalu disoal oleh saudara-mara yang berkunjung ke
rumah. Sudah bekerja makan gaji di mana? Menjawat jawatan apa? Dengan
tak segan silunya saya akan menjawab, bekerja di rumah sahaja sebagai
seorang guru. Menjadi guru online.
Pada awal penyertaan,
ada di antara kami yang menyertai akademi bekerja dari rumah mempunyai
pelbagai tujuan pada asalnya. Ada yang mahu menjana pendapatan melalui
internet, ada yang mahu belajar teknik penulisan berpengaruh, ada yang
mahu belajar cara menulis di blog, ada yang mahu menghasilkan blog
berpengaruh tinggi dan ada yang mahu menyampaikan ilmu dan berkongsi
ilmu sebagai amal jariah di kemudian hari. Alhamdulillah, setelah diri
ini diasah dan dicungkil melalui akademi ini, kini saya sudah kenal apa
bakat yang ada dalam diri saya dan seterusnya terjumpa pula modal untuk
dijadikan sumber rezeki.
Bagai kata pepatah, mahu
seribu daya tak mahu seribu dalih. Teringat kata-kata guru kelas saya
semasa berada di Tingkatan 5, orang yang berjaya bukan dilihat pada
banyaknya A yang dia dapat dalam peperiksaan. Bukan juga dilihat pada
tingginya gaji yang diperolehi dalam bank. Bukan juga dilihat pada
besarnya rumah dan kereta yang dimiliki. Orang yang berjaya adalah
sejauh mana dia cuba melepaskan dirinya daripada cengkaman penjajah di
dalam dirinya. Menjadi merdeka pada diri sendiri adalah pekerjaan yang
paling susah dilakukan di dunia. Merdeka daripada menjadi hamba kepada
dunia. Tuan Punya Dunia ini sudah memberi jaminan bahawa kehidupan di
dunia ini hanya sekadar senda gurau dan main-main belaka. Kehidupan di
akhirat itulah kehidupan yang sebenar dan kekal.
Maksud firman Allah dalam surah Al-Ankabut, ayat 64 :
Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui.
Ubah
Saya tak sekali-sekali
mahu mengajar-ngajar pembaca apa yang perlu dilakukan. Saya hanya mahu
berkongsi apa yang terbuku dan terpendam di dada. Penulis
buku Sheikh Abdullah Nasih Ulwan ada menyatakan dalam bukunya yang
bertajuk Pendidikan Awal Kanak-Kanak, bahawa ibu itu adalah laksana
sekolah bagi anak-anaknya. Maksud penulis adalah ibu itu seperti sekolah
yang akan menghasilkan umat yang baik keturunannya. Penulis sentiasa
mengingatkan tentang pentingnya peranan seorang ibu dalam hal mendidik
anak-anaknya.
Setelah
menyedari betapa pentingnya peranan seorang ibu untuk berada di
rumahnya, saya sudah tidak berasa sedih sangat seperti ketika mula-mula
dahulu menjadi surirumah.
Penulis
buku Muhammad Lili Nur Aulia menjelaskan dalam bukunya yang bertajuk
Persembahan Cinta Isteri Hasan Al-Banna, tugas sebenar bagi seorang
isteri adalah berada di rumahnya. Itulah jihad yang sebenarnya bagi
seorang wanita yang bergelar isteri dan ibu. Itulah persembahan cinta
seorang isteri dan ibu yang boleh membawa dia masuk ke syurga melalui
mana-mana pintu yang disukainya. Lebih seronok lagi, selain menjadi
surirumah kita juga dapat berkongsi ilmu atau bakat yang dimiliki dan
seterusnya menjana pendapatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan