Sabtu, 16 November 2013

Apa Itu Blog?



Teks : Siti Nadzifah
Imej : Akademi Bekerja Di Rumah

Anda suka membaca blog? Atau istilah popularnya dipanggil “blog–walking”. Mungkin ada antara kita yang masih tertanya-tanya, apa yang dimaksudkan dengan perkataan blog? Selalu membaca atau mendengar orang bercerita tentang blog, tetapi  apa sebenarnya blog? Blog boleh dianggap seperti sebuah jurnal versi online. Apa pula jurnal? 

Baiklah, secara mudahnya blog atau jurnal online ini merupakan satu cara seseorang itu berkongsi atau menulis tentang apa sahaja pendapat peribadi, artikel tentang sesuatu perkara  atau topik. Konsep blog ini seolah-olah sebuah diari yang akan dikemaskinikan setiap hari oleh penulisnya.
Blog tidak sama seperti sebuah website. Blog sebenarnya lebih senang diuruskan dan lebih mudah dibaca. Artikel terbaru dalam sesebuah blog akan berada di atas (reverse chronological order) setiap kali dikemaskini. Mudah bagi pembaca setia sesebuah blog untuk mengikuti cerita terbaru dari penulis blog kegemaran mereka.

Sesiapa sahaja boleh memiliki dan menulis blog kerana untuk membina blog tidak memerlukan pengetahuan teknikal yang tinggi. Lebih-lebih lagi terdapat aplikasi yang sudah tersedia bagi memudahkan sesiapa sahaja membina blog sendiri. Contoh aplikasi blog yang popular adalah seperti Blogger dan juga Wordpress yang telah dilengkapi dengan pelbagai fungsi yang mesra pengguna.


Membina blog memang tidak rumit, tetapi untuk menghasilkan sebuah blog yang berkualiti dan digemari oleh pembaca ada cara dan tekniknya juga. Anda boleh mendapatkan banyak info dari internet terutamanya dari blog.



Iklan :

Ingin menceburi bidang penulisan diblog? Sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah sekarang.
Akademi Bekerja Dari Rumah kini sudah mencapai lebih 200 blog dengan 7 guru online sedang bertugas. 17 kelas secara online sedang berlangsung. Pendaftaran dibuka setiap hari. Sertai kami di sini untuk mempelajari asas membina blog penulisan dan bisnes. Hubungi saya melalui 
 email : sitinadzifahabdrahad@gmail.com 
sms/whatsapps : 013-9288582; 
atau boleh juga PM saya di Facebook


Tiada ulasan:

Catat Ulasan