Teks : Siti Nadzifah
Salam Jumaat buat semua sahabat.
Sudah beberapa hari saya tidak berceloteh di sini. Hanya sempat mengemaskini blog sahaja serba sedikit. Ada yang rindu saya tak? Hehe. Perasan pula saya kan. Sebenarnya, hati ini sangat rindu untuk berkongsi cerita dan ilmu di sini. Namun apakan daya, tahap ketahanan badan mental dan fizikal tidak mengizinkan.
Tidak sabar rasanya menunggu hujung bulan ini. Setiap hari yang berlalu dirasakan sangat perlahan. Mungkin ada yang fikir, tunggu hari gaji lah tu. Iyalah, gaji kerajaan bulan lepas kan terlalu awal manakala bulan ini pula gaji seperti biasa. Terlalu jauh jaraknya. Seolah-olah dua bulan tidak bergaji. Mungkin juga ada sesetengah rakan sejawat yang sudah "kering" poketnya kan? Tapi bagi yang bijak menguruskan wang gaji mereka pula mungkin tidak terlalu terkesan dengan keadaan ini.
Ya, siapa yang tidak tertunggu-tunggu hari dapat duit gaji kan. Tidak kiralah kerja kerajaan atau swasta. Cuma orang yang bekerja sendiri sahaja boleh aturkan bila-bila mereka hendak dapat gaji. Begitu juga saya. Memang agak tertunggu-tunggu juga hari tersebut. Tetapi apa yang lebih ditunggu-tunggu oleh kami sekeluarga ialah hari selepas itu kerana kami akan bercuti panjang. Horey! Tidak sabar rasanya ingin keluar dari Bandaraya Johor Bahru yang penuh sesak dengan warga asing. Tidak sabar juga untuk meninggalkan bandaraya yang sangat menguji kesabaran ini.
Walaupun bercuti, sebenarnya program kami agak padat dan memerlukan perancangan yang agak teliti. Aktiviti cuti kami bermula dengan rewang untuk kenduri kahwin sepupu encik suami, sayangnya kami tidak dapat tunggu sehingga majlis kerana perlu menemani umi ke majlis konvokesyen adik keempat saya pula. Kemungkinan kami akan berada di Nilai selama 3 hari sebelum menyambung perjalanan ke kampung saya di Kelantan pula.
Jadual aktiviti semasa di kampung pula belum difikirkan lagi. Setakat ke Nilai pun saya sudah rasa tertekan dan sakit kepala. Biarlah dahulu. Mudah-mudahan segala perancangan dan perjalanan kami dipermudahkan dan di Rahmati oleh Ya Rahman Ya Rahim. Aamiin. Semoga semuanya berjalan lancar nanti. In shaa Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan