Teks : Siti Nadzifah
Imej : Google
Alhamdulillah. Sedapnya bila dapat berbaring merehatkan badan yang letih. Nikmatnya tidak dapat digambarkan. Saya baru sahaja balik dari kerja petang. Masuk petang tadi hinggalah tamat tugas pukul 10 malam tadi.
Saya bertugas di bahagian penumpang bas hari ini. Dari mula masuk kaunter pukul 2.45 petang (hari Jumaat kami mula syif petang lewat sedikit) hinggalah balik tadi pelawat tidak putus-putus. Bermula pukul 8 malam barisan di setiap kaunter sudah tidak nampak hujungnya.
Pada setiap hujung minggu, begitulah meriahnya tempat pemeriksaan kami dipenuhi dengan pelbagai ragam manusia dari seluruh pelosok dunia. Macam-macam bangsa ada. Kadang-kadang boleh terjumpa pelawat dengan pasport yang nama negaranya pun saya tidak pernah dengar. Masih cetek lagi pengetahuan ni rupanya.
Esok pula hari cuti umum sempena perayaan deepavali, saya bertugas syif pagi dan malam. Biasanya setiap tahun, inilah waktu kemuncak kesesakan di setiap bahagian pemeriksaan di tempat kami. Biasanya dari masuk kerja pagi hingga ke petang, lepas tu sambung lagi syif malam. Memang makan jammed tak habis-habis.
Saya masih ingat lagi,
deepavali 2010. Waktu itu saya sedang mengandungkan Anis. Masuk kerja syif pagi, saya bertugas di bahagian penumpang bas masuk. Manakala encik suami pula bertugas di bahagian penumpang bas keluar. Sejak masuk kaunter jam tujuh pagi lagi barisan penumpang yang beratur sudah panjang di setiap kaunter.
Selepas rehat pukul sebelas lebih, saya diserang sakit kepala yang teruk. Untunglah encik suami juga bertugas di bahagian bersebelahan sahaja. Oleh kerana saya sudah tidak mampu meneruskan tugas, kami meminta kebenaran penyelia untuk bertukar tempat.
Akhirnya encik suami mengambil alih tempat saya manakala saya pula menggantikan tempat encik suami. Waktu itu bahagian penumpang bas keluar langsung tidak sibuk. Terima kasih sangat-sangat buat suamiku yang sanggup berkorban. Itulah secebis memori yang masih segar di ingatan hingga sekarang.
Esok hari entah macamana lah agaknya. Mudah-mudahan saya diberi kekuatan fizikal dan mental untuk menghadapi segala kemungkinan yang akan terjadi esok. In shaa Allah. Harap-harap tak teruklah kerja esok. Sekarang masa untuk merehatkan diri dan kumpul tenaga secukupnya. Jom kita tidur.
Sampai berjumpa lagi. Selamat malam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan