Review: Kata Tak Suka Blogging...
Teks: Ain Akib
Guru Online: Khairunnisa Hamzahara (Nisa Nua)
Jujurnya, saya
tidak faham mengapa orang berblogging. Apa yang menariknya pun tak
tahulah. Tambah pula sekarang banyak penggunaan bahasa singkatan yang
menambahkan pening untuk membacanya. Ok, ini pemikiran saya sebelum ini,
waktu minda masih diselaputi ion-ion negatif dan tidak mahu berfikir
jauh, hoho.
Kasihan saya,
saya silap rupanya. Hanya memandang sebelah mata dan menafikan
kepentingan blog. Walhal setiap kali membuat carian di google pasti
akan tertera naik alamat-alamat blog dan jaringan yang menjawab semua
persoalan saya. Masih lambat perasan dan buta perasaan, maafkan saya,
hehe.
Sejak menggunakan telefon pintar (smartphone),
saya ada mengikuti blog beberapa penulis yang saya minati. Dengan
kemudahan mobil ini, akses ke internet semakin mudah dan pantas,
alhamdulillah. Pada masa yang sama akses ke mukabuku juga hanya di
hujung jari dan bila-bila masa sahaja.
Terdetik saya untuk berblog adalah selepas beberapa kali membaca penulisan sahabat sekolah saya, Puan Khairunnisa Hamzah.
Promosi yang dibuat oleh beliau pada mulanya hanya menjadi tatapan saya
sehinggalah suatu ketika terdetik untuk merisik khabar. Bahasanya yang
santai mengajak orang lain untuk turut sama belajar dalam Kelas Belajar Asas Membuat Blog dan Menulis dengan
panduan daripadanya membuatkan saya rasa terpanggil untuk mencuba. Saya
mempunyai minat untuk menulis walaupun tiada arah tuju yang tetap, jadi
saya mendaftarkan diri untuk kelas ini.
Setelah
'bertemu' dengan Nisa di mukabuku dan hingga saat ini, alhamdulillah,
Allah memberi Nisa kekuatan untuk tidak jemu menabur ilmu dan dengan
sabar melayan kerenah protege-protegenya yang pelbagai, ;). Saya dipandu
sedikit demi sedikit dan langkah demi langkah. Kami di follow up dari
semasa ke semasa. Alhamdulillah, perkongsian bersama dengan rakan lain
dalam kelas ini juga membantu, :). Alhamdulillah, Allah beri juga saya
kekuatan untuk terus menulis berkongsi rasa di sini.
UNTUNGNYA?
Blog
membolehkan kita mempunyai ruang sendiri bagi meraih pembaca dengan
akses yang lebih luas berbanding mukabuku. Tidak dinafikan bahawa ruang
ini mampu menjadi platform yang lebih baik dan konsisten dalam kita
menawarkan khidmat/produk/ilmu kepada orang ramai. Kalau nak tahu,
cubalah! Sesiapa juga mampu belajar! Klik sahaja di Kelas Belajar Asas Membuat Blog dan Menulis, :).
Walaupun
saya masih dalam proses menawarkan khidmat mengedit video, pada masa
yang sama saya dapat melatih diri untuk menulis dan menyampaikan apa
yang saya harap, buah ilmu. Jujurnya, saya berharap ilmu yang dikongsi
ini menjadi saham saya di akhirat dan sebagai pelaksanaan tanggungjawab
saya sebagai khalifahNya, :).
Moga Allah, Ya Mujeeb, berkati dan bimbing kami sentiasa, ameen.. :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan