Rabu, 30 Oktober 2013

Passport Hilang?! Apa Nak Buat?

Teks : Siti Nadzifah
Imej : Google
Update :  Rabu, 07 Mac 2012 06:33 (http://www.imi.gov.my/index.php/ms/informasi/soalan-lazim/27-awam/soalan-lazim/mengenai-pasport-malaysia-antarabangsa/156-soalan-5)

Baca versi kemaskini terbaru (1 Nov 2013) di sini http://sitinadzifah.blogspot.com/2013/11/kes-kehilangan-passport-malaysia.html

Pernahkah anda menghadapi situasi seperti ini? Keadaan ketika itu mesti kelam-kabut dan haru-biru kan. Di sini ingin saya kongsikan, bagaimana anda perlu menghadapi situasi ini dan apa tindakan yang perlu diambil.



Mula-mula sekali anda haruslah bertenang dan cuba mengingat kembali di manakah sebenarnya anda meletakkan pasport itu. Setelah anda benar-benar pasti dan yakin bahawa pasport anda betul-betul sudah hilang, segeralah ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan kehilangan pasport. 

Kena buat laporan ke? Ya, kerana pasport itu bukan milik peribadi anda tetapi anda hanya diberi kelayakan untuk memegangnya dan menggunakan kemudahannya sahaja. Ingat, pasport bukanlah milik kita tetapi milik kerajaan.

Anda boleh mengikuti panduan di bawah ini jika kehilangan pasport:

1) Buat laporan polis di Balai Polis berhampiran

2) Sila ke pejabat imigresen untuk mendapatkan borang soal selidik kehilangan Pasport Malaysia (IM.42C) dan Borang Permohonan Pasport Malaysia (IM.42-Pin 1/97) atau boleh juga memuat turun sahaja dari laman web rasmi Jabatan Imigresen Malaysia.

3) Lengkapkan borang tersebut dan sila dapatkan pengesahan di Suruhanjaya, Sumpah/Mahkamah.

4) Sertakan dokumen-dokumen sokongan (asal dan salinan) seperti berikut

    i) Kad Pengenalan (MYKAD)
   ii) Sijil Lahir
  iii) 2 keping gambar terbaru berukuran 3.5cm x 5.0cm dan berlatar belakang putih tanpa bayang (pasport terbaru)
  iv) 1 salinan laporan polis
   v) Borang soal selidik (lengkap diisi)
  vi) Salinan pasport yang hilang (jika ada)


Diharap perkongsian ini dapat membantu proses permohonan pasport baru anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan