Memaparkan catatan dengan label Imigresen. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Imigresen. Papar semua catatan

Rabu, 27 November 2013

Spesifikasi Gambar Bagi Memohon Pasport Antarabangsa Malaysia

Teks : Siti Nadzifah
Rujukan : Laman Web Jabatan Imigresen Malaysia

Antara syarat paling penting semasa permohonan pasport ialah anda perlu menyediakan gambar berukuran pasport. Mungkin ada antara kita yang kurang pasti tentang spesifikasi gambar yang sepatutnya dan menepati syarat bagi memohon pasport. 

Bagi memudahkan proses dan menjimatkan masa, semak dahulu spesifikasi gambar yang telah ditetapkan oleh pihak Imigresen. Ini akan membantu mempercepatkan proses dan dapat mengelakkan anda mengalami kerugian jika tersalah membawa gambar yang tidak menepati syarat. 

Ahad, 10 November 2013

Permohonan Gantian Pasport / Memperbaharui Passport

Teks : Siti Nadzifah
Imej : Google

Anda sudah memiliki passport tetapi passport anda mungkin akan tamat tempoh atau mungkin juga akan kehabisan muka surat? Anda boleh memohon passport baru bagi menggantikan pasport anda itu.


Permohonan bagi membuat passport baru boleh dikemukakan melalui kaunter di Pejabat Imigresen berdekatan anda. Buku passport yang baru akan dikeluarkan bagi menggantikan passport anda.

Jika anda ingin memohon Pasport baru menggantikan Pasport yang belum tamat tempoh sahlakunya, baki tempoh sahlaku pasport anda yang boleh dipindahkan ke pasport baru hanyalah enam bulan sahaja walaupun pasport anda masih berlaku lebih dari enam bulan (had maksima 6 bulan sahaja). Baki tempoh sahlaku hanya boleh dipindahkan ke dalam pasport baru jika memenuhi syarat-syarat berikut:

Sabtu, 9 November 2013

Passport Rosak

Teks : Siti Nadzifah
Imej Google


Eh, ada ke passport rosak? Ya, passport akan dikategorikan sebagai rosak jika :
  • basah
  • diconteng / terconteng
  • dikoyak / terkoyak
  • dibakar / terbakar
  • dimakan anai-anai / serangga
  • gambar pudar / luntur
  • butiran dalam passport dipinda
  • mukasurat passport kurang / hilang
  • rosak akibat kebakaran (perlu laporan pihak bomba)
 Jadi, jagalah passport anda baik-baik ya. Jangan biarkan anak-anak anda bermain dengan passport anda. Elakkan dari terkena hujan atau air. Kalau menaiki motosikal, tolonglah simpan passport anda baik-baik dan jangan sampai basah terkena hujan.

Kami di pintu kawalan keluar masuk sudah geli dengan passport yang berkulat dan hapak kerana lembap. Ada juga sesetengah pelawat yang bekerja sebagai buruh di Singapura tidak menjaga passport mereka dengan baik. Kebanyakan passport mereka diselaputi dengan serbuk simen dan bermacam kotoran lagi.

Permohonan gantian pasport yang rosak

Jumaat, 8 November 2013

Kes Kehilangan Passport Malaysia Antarabangsa

Teks : Siti Nadzifah
Imej : Google
Update terbaru :  1 Nov 2013 (www.imi.gov.my)


Pada entri yang lepas saya ada kongsikan apa yang perlu dibuat jika anda kehilangan passport. Entri tersebut berpandukan maklumat yang saya perolehi dari website rasmi Jabatan Imigresen Malaysia yang mana dikemaskini pada tarikh 7 Mac 2012.

Di sini saya akan kongsikan prosedur baru tentang apa yang perlu anda lakukan jika berlaku kehilangan Passport Malaysia Antarabangsa mengikut maklumat yang telah dikemaskinikan di website imigresen bertarikh 1 Nov 2013.

Ahad, 3 November 2013

Senaraihitam Oleh Jabatan Imigresen

Apa yang boleh menyebabkan seseorang itu disenaraihitamkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia? Seseorang yang telah disenaraihitamkan (blacklisted) oleh Jabatan Imigresen Malaysia akan menghadapi masalah untuk memohon pasport. Bagi yang sudah memiliki pasport pula, kemudahan untuk ke luar negara akan disekat.



Sila dapatkan maklumat daripada pegawai yang menerima permohonan pasport tersebut kenapa nama anda telah disenaraihitamkan oleh Jabatan Imigresen.

Rabu, 30 Oktober 2013

Passport Hilang?! Apa Nak Buat?

Teks : Siti Nadzifah
Imej : Google
Update :  Rabu, 07 Mac 2012 06:33 (http://www.imi.gov.my/index.php/ms/informasi/soalan-lazim/27-awam/soalan-lazim/mengenai-pasport-malaysia-antarabangsa/156-soalan-5)

Baca versi kemaskini terbaru (1 Nov 2013) di sini http://sitinadzifah.blogspot.com/2013/11/kes-kehilangan-passport-malaysia.html

Pernahkah anda menghadapi situasi seperti ini? Keadaan ketika itu mesti kelam-kabut dan haru-biru kan. Di sini ingin saya kongsikan, bagaimana anda perlu menghadapi situasi ini dan apa tindakan yang perlu diambil.



Mula-mula sekali anda haruslah bertenang dan cuba mengingat kembali di manakah sebenarnya anda meletakkan pasport itu. Setelah anda benar-benar pasti dan yakin bahawa pasport anda betul-betul sudah hilang, segeralah ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan kehilangan pasport. 

Kena buat laporan ke? Ya, kerana pasport itu bukan milik peribadi anda tetapi anda hanya diberi kelayakan untuk memegangnya dan menggunakan kemudahannya sahaja. Ingat, pasport bukanlah milik kita tetapi milik kerajaan.

Anda boleh mengikuti panduan di bawah ini jika kehilangan pasport:

Rabu, 23 Oktober 2013

Cara Memohon Pasport Kali Pertama

Teks : Siti Nadzifah
Imej : Google
Sumber : www.imi.gov.my
Proses permohonan passport
Mungkin ada yang tertanya bagaimana jika mahu memohon pasport. Atau apa yang diperlukan semasa proses permohonan? Berapa keping gambar? Berapa bayaran? Dan bermacam lagi soalan yang bermain di minda? Bagi yang ingin memohon pasport buat pertama kalinya bolehlah merujuk jadual di bawah. Teliti syarat dan prosedur yang telah ditetapkan. Sedikit sebanyak boleh dijadikan panduan bagi memudahkan urusan anda dengan pihak imigresen nanti.

Bagi maklumat bayaran dan gambar secara terperinci boleh lihat di sini.

Pemohon perlu mematuhi prosedur berikut:

a. Pemohon hadir sendiri di Pejabat Imigresen atau Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara
b. SEMUA permohonan kali pertama harus mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan di bawah :

Pasport Malaysia Antarabangsa

Teks : Siti Nadzifah
Imej : Google

Anda sudah ada pasport? Pasport Malaysia adalah satu Dokumen Perjalanan yang sah yang dikeluarkan kepada warganegara Malaysia bagi tujuan untuk ke luar negara. Bagaimana prosedur dan kelayakan bagi membuat pasport?

Kelayakan - Mestilah warganegara Malaysia.

Tempat Memohon - Kemukakan permohonan di semua Pejabat Imigresen Negeri di Malaysia dan Pejabat Perwakilan Malaysia seandainya berada di luar negara.

Tempoh Sah Laku - terdapat dua pilihan samada mahu membuat pasport yang sah laku selama dua tahun atau lima tahun sahaja dari tarikh dikeluarkan.

Spesifikasi Gambar Pasport Polikarbonat (Pasport Terbaru)

1.Kepingan gambar bersaiz 35mm x 50mm berlatar belakang PUTIH tanpa bayang
2.Saiz wajah pembawa passport berukuran minima 25-30mm (50% - 60% ukuran ruang gambar mengikut ICAO)
3.Lebihan ruang di antara kepala dan hujung kepingan gambar berukuran 10mm
4.Lebihan ruang antara dagu dengan hujung bawah kepingan gambar berukuran 10mm
5.Pakaian berwarna gelap serta menutupi bahu dan dada
6.Tiga suku profil tidak dibenarkan
7.Pemohon memandang tepat ke arah kamera
8.Mata perlu dalam keadaan terbuka dan mulut tertutup
9.Rambut tidak melindungi wajah
10.Tidak menutupi dahi bagi yang memakai tudung 

NOTA:  
Bagi Pejabat Imigresen Atase Yang Belum Mengaplikasikan Pasport Mukasurat Polikarbonat latar belakang  gambar pasport adalah berwarna biru.


Bayaran yang dikenakan bagi memproses pasport ialah:

Imigresen 'vs' Kastam

Teks : Siti Nadzifah
Imej : Google

Sebut sahaja tentang kastam, semua sudah tahu bahawa kastam merupakan sebuah jabatan yang mengendalikan barang yang keluar dan masuk ke negara kita. Bagaimana pula kalau ditanya atau disebut tentang imigresen? Ramai yang tersalah anggap bahawa imigresen dan kastam adalah satu jabatan dan mempunyai fungsi yang sama.


Sebenarnya, kedua-dua jabatan ini merupakan dua jabatan yang berbeza.

Pengenalan Jabatan Imigresen Malaysia

Teks : Siti Nadzifah
Imej : Google

Saya terpanggil untuk berkongsi mengenai Jabatan Imigresen di sini kerana saya dapati masih ramai yang kurang memahami tentang apa yang berkaitan dengan jabatan ini. Di bawah ini adalah sedikit pengenalan berkenaan fungsi dan bidang tugas jabatan ini. 


Jabatan Imigresen Malaysia merupakan salah satu agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri. Ia menyediakan perkhidmatan kepada Warganegara Malaysia, Penduduk Tetap dan Warga Asing yang berkunjung ke Malaysia. Berikut adalah fungsi Jabatan
  1. Mengeluarkan Pasport atau Dokumen Perjalanan kepada warganegara dan penduduk tetap
  2. Mengeluarkan Visa, Pas dan Permit kepada warganegara asing yang memasuki Malaysia
  3. Mengawalselia pergerakan keluar/masuk orang di pintu-pintu masuk yang diwartakan
  4. Menguatkuasa Akta Imigresen 1959/63, Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan Akta Pasport 1966
  5. Memberi perkhidmatan sokongan yang berkualiti dan efisien kepada pelanggan Jabatan    
Saya harap catatan ini sedikit sebanyak dapat membantu memperkenalkan Jabatan Imigresen  Malaysia kepada pembaca. Untuk mendapat maklumat yang lebih terperinci, bolehlah berkunjung ke website rasmi Jabatan Imigresen Malaysia.