Teks : Siti Nadzifah
Imej : Siti Nadzifah
Zoo Negeri Johor terletak di tengah-tengah bandaraya Johor Bahru. Berada di sebelah laluan utama pesisir Pantai Lido berdekatan dengan Masjid Abu Bakar.
Bayaran masuk bagi dewasa hanyalah RM2 dan RM1 bagi kanak-kanak dua tahun ke atas. Di buka hingga jam enam petang setiap hari.
Memaparkan catatan dengan label Makan Angin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Makan Angin. Papar semua catatan
Ahad, 15 Disember 2013
Jumaat, 13 Disember 2013
Sungai Lurus, Senggarang, Batu Pahat, Johor
Teks : Siti Nadzifah
Imej : Siti Nadzifah
Indah sungguh pemandangan dalam gambar di bawah ni kan. Gambar ni saya ambil di tepian laut di Sungai Lurus, Senggarang Batu Pahat Johor. Saja jalan-jalan dengan keluarga encik suami sebelum bertolak balik ke Johor Bahru.
Jumaat, 18 Oktober 2013
Kenangan Terindah - De Rhu Beach Resort Di Pantai Balok Pahang
Selepas tak jadi check in hotel kat Pantai Teluk Chempedak. Akhirnya
kami dapat juga check in kat Hotel De Rhu Beach Resort di kawasan Pantai
Balok,Pahang.
Khamis, 17 Oktober 2013
Pantai Teluk Chempedak, Pahang
Tempat kami singgah semasa dalam perjalanan ke Kelantan hari tu
ialah Pantai Teluk Chempedak. Konon-kononnya nak cari hotel di situ
untuk satu malam. Tapi hotel yang best kat situ ter'over' bajet pula. Ada la hotel lain yang agak kecil, tapi kami sebolehnya nak
cari yang dekat dengan pantai atau sekurang-kurangnya ada la kolam mandi. Jadi kami
putuskan untuk survey hotel di tempat lain.
Tapi saya nak juga cerita ssedikit berkenaan Pantai Teluk Chempedak
ni. Apa yang saya perhatikan, kemudahan kawasan ni lengkap, ada
KFC, McDonald siap drive through lagi. Terdapat juga 7eleven, Burger King dan
banyak lagi gerai yang menjual pelbagai barang.
Oh ya, ada juga terdapat
Restoran Tomyam kalau tak silap saya. Pantai nya cantik dan indah
tapi masa kami pergi hari tu baru lepas hujan, ombak agak besar juga masa tu.
![]() |
| Pantai Teluk Chempedak, Pahang |
Rabu, 16 Oktober 2013
Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor,Tumpat Kelantan
Siapa pernah sampai ke Kelantan memang tak puas hati kalau tak pergi zon bebas cukai kan.Sah kan orang yang jarang-jarang sampai. Saya yang memang berasal dari sana pun tak akan melepaskan peluang untuk ke zon bebas cukai tiap kali balik kampung. Sesekali pergi memang shopping sakan la. Apa tak nya kalau harga barang di sana boleh dapat sampai separuh harga dari tempat tinggal kita kan. Terus terang saya cakap, saya kalau kat Johor ni susah sangat nak membeli terutamanya baju. Tapi kalau dah balik ke Kelantan, berpasang-pasang saya beli mengalahkan nak menyambut raya.
Ni gambar masa bulan dua tahun lepas, masa saya balik kampung sempat juga saya sampai ke Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor. Selalunya saya lebih suka pergi ke Zon Bebas Cukai Rantau Panjang, tapi disebabkan kesuntukan masa kami pergi ke tempat yang lebih dekat sikit.
Langgan:
Catatan (Atom)






