Selasa, 8 Oktober 2013

Rutin Harian Bermula

Alhamdulillah. Kami sekeluarga selamat sampai ke Johor Bahru. Beberapa hari di kampung encik suami saya seakan terputus dengan dunia maya. Liputan rangkaian internat yang saya langgan tidak sampai ke kawasan rumah mertua. Ditambah pula dengan kesibukan bermacam urusan membuatkan saya gagal untuk menjengah ke blog.

Apa yang dapat saya lakukan hanyalah menaipkan kegiatan harian tanpa dapat memuat naik ke blog. Tak mengapa, janji saya membuat catatan sebelum terlupa. Sampai sahaja ke jalan besar, telefon saya bartalu-talu berbunyi.

Salah satu daripada mesej yang saya terima bertanyakan tentang Tepung Magik yang ditempah tempoh hari belum sampai ke tangan. Semuanya kerana kekalutan saya yang bermacam urusan. Saya berjanji akan menghantarkan Tepung Magik sebaik sahaja sampai ke kuarters.

Dari tempat parking, saya terus memanjat tangga ke rumahnya di blok sebelah bersama Anis. Alhamdulillah, lega bila dapat selesaikan amanah. Kemudian kami berjalan kaki ke rumah dan terpaksa memanjat lagi tangga ke tingkat tiga. Setelah berehat sebentar, saya menghidangkan makan malam untuk kami sekeluarga. Terima kasih kepada mak kerana membekalkan kami dengan nasi dan lauk.

Setelah siap makan, saya terus mencapai baju kerja encik suami dan saya sendiri untuk digosok. Sebelum itu, saya sudah memasuklan kain baju kotor ke dalam mesim basuh. Belum pun sempat menggosok baju, mata ni sudah rasa teramat berat. Tolonglah mata, bertahan sikit je lagi. Esok pagi-pagi lagi encik suami dah kena pergi kerja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan