Teks : Siti Nadzifah
Imej : Google
Mari kita hayati lirik lagu Isteri Solehah dendangan Soff-One di bawah ini;
Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran
Di rumah dia isteri, di jalanan kawan
Di waktu kita buntu, dia penunjuk jalan
Pandangan kita diperteguhkan
Menjadikan kita tetap pendirian
Ilmu yang diberi dapat disimpan
Kita lupa, dia mengingatkan
Nasihat kita dijadikan pakaian
Silap kita, dia betulkan
Penghibur di waktu kesunyian
Terasa ramai bila bersamanya
Dia umpama tongkat si buta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan
Itu dia, lirik yang begitu membawa makna dalam mendefinisikan ciri-ciri seorang isteri yang solehah. Namun begitu, pada masa sekarang pelbagai jenis orang dan ragam di dunia ini. Isteri yang baik atau wanita
solehah, adalah harta yang terbaik bagi seorang suami. Mudah-mudahan kita semua tergolong dalam golongan wanita dan isteri solehah in shaa Allah.
Rasulullah Sallallahu' alaihi Wasallam bersabda, " Mahukah kamu
ku beritahu suatu harta simpanan (perhiasan) yang sangat baik? Iaitu
wanita solehah, yang apabila kamu melihatnya, ia menyeronokkan. Apabila
kamu perintah, dia patuh. Dan apabila ditinggal pergi, dia selalu
menjaga diri dan harta suaminya. " (Riwayat Abu Dawud)
Ya Allah, betapa seronoknya jika dihayati riwayat tersebut. Betapa manisnya jika dapat menjadi seorang isteri seperti yang digambarkan.
Namun begitu jika sebaliknya, bila seseorang wanita itu mendatangkan kesusahan bagi suaminya maka dia bukanlah lagi perhiasan buat seorang suami. Malahan boleh menimbulkan rasa tidak senang bagi si suami untuk bersamanya. Antara sifat-sifat buruk yang tidak sepatutnya ada pada seorang wanita bergelar isteri :