Rabu, 23 Oktober 2013

Stress


Teks : Siti Nadzifah
Imej : Google
Apa itu stress?

Anda pernah merasa stress atau tertekan sangat-sangat? Stress ialah satu keadaan gangguan emosi, pemikiran dan fizikal seseorang. Dalam kehidupan seharian kita, pekerjaan, pembelajaran dan pengurusan rumahtangga adalah faktor utama yang boleh menyebabkan gejala kerunsingan sehingga keadaan ketegangan atau stress. Manusia sering mengadu bahawa ia mengalami stress, 'tension' atau tegang. Peningkatan gejala stress di kalangan pelajar seringkali dikaitkan dengan faktor persekitaran semasa khususnya menjelang musim peperiksaan. Stress di golongan bekerjaya pula berikutan tekanan di tempat kerja dan lambakan tugas yang terlalu banyak dan memenatkan. Ditambah pula persekitaran dan pergaulan di tempat kerja yang mungkin kurang serasi dengan diri seseorang pekerja. Tidak ketinggalan juga stress di kalangan ibu-ibu suri rumahtangga. Mereka juga mengalami tekanan mereka sendiri di mana tugasan rumahtangga yang memenatkan di samping menguruskan anak-anak dan suami. Pendek kata, tidak ada sesiapa pun yang terlepas dari gejala strees ini.

Senario ini serupa apabila kita menyatakan bahawa kita tiada 'mood', atau kita tiada minat untuk melakukan sesuatu tugasan. Bagi golongan dewasa, stress seringkali melanda kehidupan berikutan masalah kewangan dalam rumahtangga.


Menurut pandangan Islam, punca   stress itu bukan dari tekanan mental semata-mata bahkan punca tekanan itu sebenarnya  berpunca dari kecelaruan dan kelemahan hati , roh, nafsu  dan akal. Kelemahan hati yang menyebabkan rapuhnya hubungan individu itu dengan Allah SWT
menyebabkan kehidupannya menjadi sempit, seolah-olah tiada jalan keluar dari setiap masalah. Hati yang baik mempunyai unsur yang sangat halus ( latifah ), ketuhanan ( rabbaniah ) dan kerohanian (rohaniah).


Stress itu sebenarnya ujian dari Allah SWT untuk menguji keimanan kita. Bagaimana kita menguruskan stress dan tekanan kita. Jadi, salah satu pendekatan untuk mengurangkan stress adalah dengan mendekatkan diri kita kepada Yang Hak dan perbanyakkan solat, mengaji, berzikir dan sebagainya. Mudah-mudahan kita mendapat pertolongan dari-Nya dalam melalui kehidupan kita yang penuh cabaran ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan