Khamis, 24 Oktober 2013

Catatan Sebelum Tidur

Teks : Siti Nadzifah
Imej : Google


Alhamdulillah.
Setelah lebih kurang sebulan saya menyertai kelas asas blog dan penulisan di bawah bimbingan Puan Masayu Ahmad, akhirnya berjaya juga saya menyiapkan tugasan pertama yang diberikan.
Sebagai permulaan kami diwajibkan menulis sebanyak 44 catatan iaitu sekurang-kurangnya satu catatan sehari. Ini adalah untuk membiasakan kami menulis di samping melatih kemahiran menulis kami.

Cara ini begitu berkesan pada saya. Apabila sudah terbiasa menulis setiap hari, saya akan rasa seperti kekurangan sesuatu sekiranya tidak berkesempatan untuk menulis pada hari-hari sibuk.
Contohnya seperti hari ini. Saya bertugas syif petang dan badan terlalu letih. Sepulangnya ke rumah saya tidak boleh melelapkan mata kerana asyik teringat yang saya belum menulis hari ini sedangkan banyak yang hendak saya coretkan.

Akhirnya, dapat juga saya coretkan sedikit catatan untuk hari ini sambil berbaring merehatkan badan. Syukurlah ada gajet yang cukup berguna dan banyak memudahkan kerja saya ni. Terima kasih kepada encik suami kerana menghadiahkan gajet ni pada saya lebih kurang setahun yang lepas. Untungnya orang zaman sekarang, semuanya di hujung jari dan boleh dibawa ke mana-mana.

Lepas ni barulah saya dapat melelapkan mata dengan tenang agaknya. Selamat malam semua. Semoga tidur kita semua dihiasi dengan mimpi yang indah. Jangan lupa berdoa dan memaafkan orang sebelum kita tidur. Semoga tidur ini menjadi satu ibadah, in shaa Allah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan