Ahad, 29 September 2013

Bermula Tugas Suri - Multitasking Mom

Alhamdulillah syukur atas segala nikmat dan kesempatan yang diberikan Nya. Bertemankan segelas milo panas, dapat juga saya mengadap komputer pagi ni.

Sesampai sahaja ke rumah dan menukar pakaian, saya menyidai pakaian yang saya cuci sebelum pergi kerja malam tadi. Encik suami tak perasan saya membasuh agaknya, biasanya dia rajin menolong saya menyidai baju. Selesai menyidai, satu basuhan baru pula di masukkan ke dalam mesin basuh. Sambil menunggu basuhan siap,
bolehlah saya menjenguk blog ni sekejap.

Sebelum itu, saya baru sahaja selesai memasak nasi untuk santapan tengahari nanti, lauk saya dah beli di kedai tadi. Hari ni saya tak sempat memasak. Encik suami mengajak pulang ke kampungnya untuk menjenguk mak dan abah. Dah lama juga rasanya kami tak pulang ke kampung. Sebulan dua ni jadual kami terlalu padat dengan urusan keluarga sebelah saya. Setiap bulan, kami ambil cuti atas urusan menghantar dua orang adik saya melaporkan diri ke universiti. Minggu depan dan hujung bulan depan pula, 2 orang lagi adik saya konvo. Sebagai kakak sulung, saya bertanggungjawab membantu dan menguruskan mereka bagi pihak umi dan abah saya. Bagus juga sebenarnya, boleh dijadikan terapi stress.

Google Image
Sementara menunggu untuk menyidai kain, saya ambil kesempatan untuk membuat "shopping list" bulanan kami. Sudah menjadi kebiasaan saya setiap bulan kena buat keje "part time" sebagai menteri kewangan keluarga. Sebelum gaji masuk, saya dah siapkan bajet untuk bulan depan termasuklah "shopping list" mengikut stok barang keperluan rumah dan keluarga. Biasanya hari "off" pertama selepas gaji merupakan hari untuk kami berbelanja barang keperluan, kecuali kalau ada jualan murah pada tarikh-tarikh tertentu. Tapi ingat, belanja barang keperluan sahaja tau, jangan berbelanja mengikut keinginan nafsu. Nanti hujung bulan, diri sendiri juga yang susah.

Apa pun, yang paling penting ialah asingkan dulu wang untuk simpanan kita. Nanti saya kongsikan cara yang berkesan untuk menyimpan yang saya dah cuba amalkan. Mungkin masih ada antara kita yang masih tercari-cari cara yangboleh memaksa diri untuk menyimpan. Duit gaji asyik habis je, tak cukup lagi, macam mana nak ada simpanan. Itulah keluhan yang biasa kita dengar kan. Ada caranya, cuma terpulanglah pada kita untuk ikut atau tidak.

Nampaknya mesin dah berhenti, masa untuk menyidai kain. Lepas tu bolehla saya melelapkan mata sekejap. Selepas Zuhur nanti nak bertolak ke kampung pula, dapat berehat sekejap jadi lah, nanti di rumah mertua dah segan nak tidur siang. Selamat berhujung minggu semua. ^_^


Tiada ulasan:

Catat Ulasan