Teks : Siti Nadzifah
Imej : Google
Alhamdulillah.
Setelah mengambil masa yang begitu lama untuk membuat keputusan bagi
menyertai keluarga Shaklee ini, akhirnya saya telah sah bergelar Shaklee
Independent Distributor. Sejak dari bangku sekolah lagi saya biasa
mendengar tentang produk Shaklee ini. Apa yang saya tahu ianya merupakan
satu produk kesihatan yang agak mahal dan merupakan satu syarikat yang
menjalankan program Multi Level Marketing.
Disebabkan beberapa faktor tersebut, saya menjadi tidak berminat untuk
mengambil tahu tentang Shaklee. Sehinggalah pada suatu ketika, saya mula
perasan yang produk ini mula mendapat tempat di pasaran online dan
sudah ramai kenalan saya yang menyertainya telah berjaya bersama
Shaklee. Saya mula berminat untuk mendekati produk-produk kesihatan yang
ditawarkan oleh Shaklee.
Pada mulanya saya masih menganggap produk ini agak mahal dan tidak
sesuai bagi golongan seperti saya. Namun begitu, saya tetap mengkaji dan
mengikuti perkembangan sahabat-sahabat yang berkecimpung dalam bisnes
Shaklee ini. Lama-kelamaan saya mula teruja untuk mencuba produk ini.
Dari situ saya mula menghubungi sahabat yang menjadi pengedar Shaklee
untuk bertanyakan tentang produk. Setelah mendapat penerangan, saya
memilih untuk mendaftar sebagai ahli dengan bayaran sebanyak RM65 dan
mendapat keistimewaan-keistimewaan yang ditawarkan sebagai pengedar.
Pada mulanya, tujuan saya mendaftar adalah semata-mata untuk membeli
produk ini dengan harga ahli, di mana pada pendapat saya lebih murah
berbanding membeli tanpa harga ahli.
baca di sini...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan