Bertemu kembali sahabat semua. Moga kita semua sentiasa dalam rahmat dan redha-Nya, aamiin.
Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa tajuk entri saya kali ni macam tu kan? Sebenarnya salah seorang rakan sekerja saya ada menegur. Katanya dia dah baca blog saya. Wah, seronok saya mendengarnya. Tapi, alamak ada tapi lak. Hehe. Takpe-takpe. Bagus juga kalau ada yang nak bagi teguran, untuk kebaikan bersama.
Katanya blog saya ok tapi macam serius sangat. Eh, yeke? Entahlah, saya rasa macam santai-santai je. Mungkin saya ni memang jenis yang serius kot. Jarang buat lawak dan memang kurang suka cakap merapu dan sembang kosong. Hehe. Saya biasanya bercakap atau bercerita bila saya rasa perlu dan penting sahaja. Tapi, kalau dah buka mulut, habislah... Susah nak berhenti bercerita.
Apa pun, in shaa Allah saya akan cuba perbaiki lagi apa yang perlu. Mungkin cara saya menulis buatkan pembaca bosan atau menyampah. Mohon teguran ya sahabat semua. Saya masih dalam proses belajar lagi. Sampai bila-bila pun saya tetap akan belajar. Saya sangat hargai jika ada sahabat yang sudi memberi teguran positif dan membina.
Ilmu tak akan habis dituntut. Semakin kita menuntut ilmu, semakin banyak yang kita tidak tahu. Ilmu juga boleh dituntut dari pelbagai cara dan dari sesiapa sahaja. Yang penting kita sanggup menuntut ilmu dan mendengar nasihat. " Well, I love to learn! ".
Sampai berjumpa lagi. (^_^)
---------------------------------------------------------------------
Iklan:
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page
3. Kelas penulisan kreatif
3. Kelas belajar iklan mudah.my
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus onlne dibuka
6. Kelas asas akaun bisnes kecl wahm/soho
2. Kelas asas blog dan fan page
3. Kelas penulisan kreatif
3. Kelas belajar iklan mudah.my
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus onlne dibuka
6. Kelas asas akaun bisnes kecl wahm/soho
Tiada ulasan:
Catat Ulasan