Ahad, 29 Disember 2013

Berat Hati Ke Tempat Kerja

Teks : Siti Nadzifah

Kerja syif malam lagi. Semakin hari semakin berat hati ini nak meninggalkan rumah untuk pergi kerja syif malam. Rasa sayu sangat bila Anis meminta mama jangan pergi kerja.

" Mama yayah je," katanya sambil menarik uniform saya merayu agar mamanya tinggal di rumah bersamanya dan papa.

Hati ibu mana yang tidak tersentuh bila anak sekecil itu merayu sebegitu. Kadang-kadang dia sengaja buat perangai seolah-olah mencari jalan agar mama tidak jadi pergi kerja. Nak mandi dengan mama, nak makan dengan mama, nak mama buatkan susu dan macam-macam lagi akalnya.

Hai anak, janganlah seksa jiwa mama ni sayang. Mama bekerja untuk masa depan Anis juga. In shaa Allah, jika diizinkan Allah suatu hari nanti mama akan tinggal di rumah sepenuhnya bersama Anis dan keluarga kita sayang. Mama sedang berusaha mempersiapkan diri ke arah itu.


Begitulah situasi saya setiap kali hendak melangkah kaki ke tempat kerja terutamanya bila bertugas syif malam. Kadang-kadang kerenah Anis menimbulkan rasa marah dihati saya terutamanya kalau sudah lewat ke tempat kerja. Sudahnya, kerap kali juga saya menangis di kereta bagi menenangkan diri sebelum memandu ke tempat kerja.

Pernah juga saya terfikir untuk mengambil cuti panjang lagi. Cuti tanpa gaji, tetapi kasihan pula pada encik suami. Rakan-rakan juga ramai yang menasihati, rugi jika berbuat demikian kerana akan menjejaskan senioriti saya dalam pergerakan gaji dan kenaikan pangkat.

Ya, dulu memang saya amat menitikberatkan soal itu semua. Saya bercita-cita tinggi untuk mendapatkan kenaikan pangkat secepat yang boleh. Namun tidak lagi sekarang. Sejak bergelar ibu, cita-cita saya hanya satu, iaitu mahu menjadi suri rumah sepenuh masa bagi membesarkan anak-anak dengan tangan dan didikan sendiri sepenuhnya.

Walaupun begitu, saya tetap menginginkan yang terbaik buat kehidupan dan masa depan keluarga kami. Oleh kerana itulah saya bertahan sebagai seorang ibu yang bekerjaya hingga sekarang. Di samping masih bekerja, saya juga berusaha mencari ilmu dan peluang bagi persiapan untuk saya menjadi suri rumah sepenuh masa nanti.

Alhamdulillah, saya menemui rangkaian Akademi Bekerja di Rumah ini. Saya menjadikan kejayaan sifu saya iaitu Puan Masayu Ahmad yang berjaya sebagai WAHM sebagai dorongan dan contoh untuk saya menggapai impian saya itu suatu hari nanti, in shaa Allah.




---------------------------------------------------------------------
Iklan:
Akademi Bekerja Dari Rumah kini sudah mencapai lebih 350 blog dengan 13 guru online sedang bertugas.21  kelas secara online sedang berlangsung. Pendaftaran dibuka setiap hari. Sertai kami di sini untuk mempelajari asas membina blog penulisan dan bisnes.

1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page
3. Kelas penulisan kreatif
3. Kelas belajar iklan mudah.my
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus onlne dibuka
6. Kelas asas akaun bisnes kecl wahm/soho

Hubungi saya melalui ;
sms/whatsapps : 013-9288582; 
atau boleh juga PM saya di Facebook

Tiada ulasan:

Catat Ulasan