Khamis, 12 Disember 2013

Hari Malas

Teks : Siti Nadzifah

Salam ukhwah.

Bertemu kembali kita setelah beberapa hari merangkap ke minggu saya kurang menulis entri  di sini. Niat dan idea banyak tetapi otak dan minda yang sudah diset untuk bercuti dan berehat betul-betul menjadi malas dan lemau untuk mencurah idea.

Bukan begitu, sebenarnya saya tidak dapat memfokuskan fikiran untuk ditumpukan pada penulisan. Nama sahaja bercuti, tapi terlalu banyak urusan yang menunggu. Mahu tidak mahu terpaksa dipendamkan sahaja niat untuk mencatat.


Hari ini saya off selepas kembali bekerja untuk syif yang pertama. Walaupun baru sahaja mula bekerja untuk syif yang pertama selepas bercuti panjang, badan ini terasa amat letih mungkin sebab dah lama tak bekerja syif malam.

Cadangnya nak bawa Anis dan pakciknya jalan-jalan ke zoo petang ini. In shaa Allah kalau cuaca elok. Sebelum tu nak singgah ke Tabung haji dan pejabat pos sekejap, ada sedikit urusan di sana sebelum akaun tahun ini ditutup.

Sampai berjumpa lagi di lain masa. Nak bersiap dulu sementara encik suami dan adik belum pulang dari masjid. Jom Anis kita bersiap dulu.






---------------------------------------------------------------------
Iklan:
Akademi Bekerja Dari Rumah kini sudah mencapai lebih 350 blog dengan 13 guru online sedang bertugas.21  kelas secara online sedang berlangsung. Pendaftaran dibuka setiap hari. Sertai kami di sini untuk mempelajari asas membina blog penulisan dan bisnes.

1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page
3. Kelas penulisan kreatif
3. Kelas belajar iklan mudah.my
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus onlne dibuka
6. Kelas asas akaun bisnes kecl wahm/soho

Hubungi saya melalui ;
sms/whatsapps : 013-9288582; 
atau boleh juga PM saya di Facebook

Tiada ulasan:

Catat Ulasan