Isnin, 30 Disember 2013

Adakah Kita Isteri Solehah?

Teks : Siti Nadzifah
Imej : Google

Mari kita hayati lirik lagu Isteri Solehah dendangan Soff-One di bawah ini;


Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran
Di rumah dia isteri, di jalanan kawan
Di waktu kita buntu, dia penunjuk jalan
Pandangan kita diperteguhkan
Menjadikan kita tetap pendirian
Ilmu yang diberi dapat disimpan
Kita lupa, dia mengingatkan
Nasihat kita dijadikan pakaian
Silap kita, dia betulkan
Penghibur di waktu kesunyian
Terasa ramai bila bersamanya
Dia umpama tongkat si buta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan

Itu dia, lirik yang begitu membawa makna dalam mendefinisikan ciri-ciri seorang isteri yang solehah. Namun begitu, pada masa sekarang pelbagai jenis orang dan ragam di dunia ini. Isteri yang baik atau wanita solehah, adalah harta yang terbaik bagi seorang suami. Mudah-mudahan kita semua tergolong dalam golongan wanita dan isteri solehah in shaa Allah.

Rasulullah Sallallahu' alaihi Wasallam bersabda, " Mahukah kamu ku beritahu suatu harta simpanan (perhiasan) yang sangat baik? Iaitu wanita solehah, yang apabila kamu melihatnya, ia menyeronokkan. Apabila kamu perintah, dia patuh. Dan apabila ditinggal pergi, dia selalu menjaga diri dan harta suaminya. " (Riwayat Abu Dawud)

Ya Allah, betapa seronoknya jika dihayati riwayat tersebut. Betapa manisnya jika dapat menjadi seorang isteri seperti yang digambarkan.


Namun begitu jika sebaliknya, bila seseorang wanita itu mendatangkan kesusahan bagi suaminya maka dia bukanlah lagi perhiasan buat seorang suami. Malahan boleh menimbulkan rasa tidak senang bagi si suami untuk bersamanya. Antara sifat-sifat buruk yang tidak sepatutnya ada pada seorang wanita bergelar isteri :

Ahad, 29 Disember 2013

Berat Hati Ke Tempat Kerja

Teks : Siti Nadzifah

Kerja syif malam lagi. Semakin hari semakin berat hati ini nak meninggalkan rumah untuk pergi kerja syif malam. Rasa sayu sangat bila Anis meminta mama jangan pergi kerja.

" Mama yayah je," katanya sambil menarik uniform saya merayu agar mamanya tinggal di rumah bersamanya dan papa.

Hati ibu mana yang tidak tersentuh bila anak sekecil itu merayu sebegitu. Kadang-kadang dia sengaja buat perangai seolah-olah mencari jalan agar mama tidak jadi pergi kerja. Nak mandi dengan mama, nak makan dengan mama, nak mama buatkan susu dan macam-macam lagi akalnya.

Hai anak, janganlah seksa jiwa mama ni sayang. Mama bekerja untuk masa depan Anis juga. In shaa Allah, jika diizinkan Allah suatu hari nanti mama akan tinggal di rumah sepenuhnya bersama Anis dan keluarga kita sayang. Mama sedang berusaha mempersiapkan diri ke arah itu.

Khamis, 26 Disember 2013

Permulaanku Bersama Shaklee

Teks : Siti Nadzifah
Imej : Google
Alhamdulillah.

Setelah mengambil masa yang begitu lama untuk membuat keputusan bagi menyertai keluarga Shaklee ini, akhirnya saya telah sah bergelar Shaklee Independent Distributor. Sejak dari bangku sekolah lagi saya biasa mendengar tentang produk Shaklee ini. Apa yang saya tahu ianya merupakan satu produk kesihatan yang agak mahal dan merupakan satu syarikat yang menjalankan program Multi Level Marketing.

Disebabkan beberapa faktor tersebut, saya menjadi tidak berminat untuk mengambil tahu tentang Shaklee. Sehinggalah pada suatu ketika, saya mula perasan yang produk ini mula mendapat tempat di pasaran online dan sudah ramai kenalan saya yang menyertainya telah berjaya bersama Shaklee. Saya mula berminat untuk mendekati produk-produk kesihatan yang ditawarkan oleh Shaklee.

Pada mulanya saya masih menganggap produk ini agak mahal dan tidak sesuai bagi golongan seperti saya. Namun begitu, saya tetap mengkaji dan mengikuti perkembangan sahabat-sahabat yang berkecimpung dalam bisnes Shaklee ini. Lama-kelamaan saya mula teruja untuk mencuba produk ini. Dari situ saya mula menghubungi sahabat yang menjadi pengedar Shaklee untuk bertanyakan tentang produk. Setelah mendapat penerangan, saya memilih untuk mendaftar sebagai ahli dengan bayaran sebanyak RM65 dan mendapat keistimewaan-keistimewaan yang ditawarkan sebagai pengedar.

Pada mulanya, tujuan saya mendaftar adalah semata-mata untuk membeli produk ini dengan harga ahli, di mana pada pendapat saya lebih murah berbanding membeli tanpa harga ahli.
baca di sini...

Rabu, 25 Disember 2013

Alamak, Serius Sangat Ke?

Teks: Siti Nadzifah

Bertemu kembali sahabat semua. Moga kita semua sentiasa dalam rahmat dan redha-Nya, aamiin.
Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa tajuk entri saya kali ni macam tu kan? Sebenarnya salah seorang rakan sekerja saya ada menegur. Katanya dia dah baca blog saya. Wah, seronok saya mendengarnya. Tapi, alamak ada tapi lak. Hehe. Takpe-takpe. Bagus juga kalau ada yang nak bagi teguran, untuk kebaikan bersama.

Katanya blog saya ok tapi macam serius sangat. Eh, yeke? Entahlah, saya rasa macam santai-santai je. Mungkin saya ni memang jenis yang serius kot. Jarang buat lawak dan memang kurang suka cakap merapu dan sembang kosong. Hehe. Saya biasanya bercakap atau bercerita bila saya rasa perlu dan penting sahaja. Tapi, kalau dah buka mulut, habislah... Susah nak berhenti bercerita.

Rabu, 18 Disember 2013

BR1M 2014

Sumber : (Copy paste)
http://www.astroawani.com/news/show/permohonan-br1m-2014-dibuka-dari-23-dis-hingga-31-jan-27124

KUALA LUMPUR: Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014 akan dibuka dari Isnin ini sehingga 31 Jan depan, menurut Kementerian Kewangan dalam kenyataan di sini Selasa.
Menurut kenyataan itu penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar lagi, tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank.

"Bagi pemohon baharu pula boleh mendaftar secara dalam talian atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2014 secara percuma mulai tarikh tersebut," kata kenyataan itu.
Borang permohonan BR1M 2014 boleh didapati di pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Pembangunan Persekutuan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau dimuat turun melalui laman web LHDN di www.hasil.gov.my.

Ahad, 15 Disember 2013

Zoo Negeri Johor

Teks : Siti Nadzifah
Imej : Siti Nadzifah

Zoo Negeri Johor terletak di tengah-tengah bandaraya Johor Bahru. Berada di sebelah laluan utama pesisir Pantai Lido berdekatan dengan Masjid Abu Bakar.

Bayaran masuk bagi dewasa hanyalah RM2 dan RM1 bagi kanak-kanak dua tahun ke atas. Di buka hingga jam enam petang setiap hari.




Sabtu, 14 Disember 2013

Mencari Kembali Momentum Yang Hilang

Teks : Siti Nadzifah

Aduh, salah saya sendiri kerana terleka semasa bercuti tempoh hari. Bukan tidak ada masa, bukan juga masalah internet. Hanya terlalu mengikutkan rasa badan yang letih. Terlalu membenarkan otak untuk menjadi malas dan terlebih rehat.

Mentang-mentanglah bercuti untuk merehatkan badan dan minda, semuanya turut bercuti. Sehinggakan tugasan menulis setiap hari juga diponteng. Nah, sekarang tanggung sendirilah akibatnya. Saya kembali merangkak untuk mendapatkan kembali momentum dalam menulis blog ni. Rasa macam 'blur' je lagi ni.

Jumaat, 13 Disember 2013

Sungai Lurus, Senggarang, Batu Pahat, Johor

Teks : Siti Nadzifah
 Imej : Siti Nadzifah

Subhanallah. Maha suci Allah pencipta sekalian alam. Alhamdulillah kerana kita masih diberi rezeki untuk menikmati nikmat udara yang bersih, negara yang aman dan terpelihara dari bencana alam.

Indah sungguh pemandangan dalam gambar di bawah ni kan. Gambar ni saya ambil di tepian laut di Sungai Lurus, Senggarang Batu Pahat Johor. Saja jalan-jalan dengan keluarga encik suami sebelum bertolak balik ke Johor Bahru.




Banyak lagi gambar di bawah.

Khamis, 12 Disember 2013

Hari Malas

Teks : Siti Nadzifah

Salam ukhwah.

Bertemu kembali kita setelah beberapa hari merangkap ke minggu saya kurang menulis entri  di sini. Niat dan idea banyak tetapi otak dan minda yang sudah diset untuk bercuti dan berehat betul-betul menjadi malas dan lemau untuk mencurah idea.

Bukan begitu, sebenarnya saya tidak dapat memfokuskan fikiran untuk ditumpukan pada penulisan. Nama sahaja bercuti, tapi terlalu banyak urusan yang menunggu. Mahu tidak mahu terpaksa dipendamkan sahaja niat untuk mencatat.

Selasa, 10 Disember 2013

Esok Dah Kerja? Kalaulah Saya Suri Rumah...

Teks : Siti Nadzifah
 
Esok dah mula kerja? Seperti tidak percaya dan mahu diundurkan semula masa ke beberapa hari ke belakang. Hari ini hari terakhir saya bercuti. Malam tadi baru sampai ke rumah. Badan masih kepenatan lagi. Pakaian kotor pun belum habis dicuci.

Ah, malasnya nak ke tempat kerja dan menempuh rutin hari-hari bekerja yang amat mencabar kesabaran dan ketahanan diri. Niat di hati mahu mengemas rumah serba sedikit hari ini. Nampaknya saya lebih selesa merehatkan badan sementara ada masa bermalas-malasan sebelum kembali bekerja.

Alangkah seronoknya jika saya tidak perlu pergi bekerja. Tidak sabar menunggu saat bergelar suri rumah yang entah bila akan tiba. Mungkin hanya menjadi mimpi indah buat saya. Sungguh, saya cukup cemburu dengan wanita-wanita yang bergelar suri rumah.

Selasa, 3 Disember 2013

Resepi Kek Coklat Moist Kukus - Mudah Dan Cepat

Teks : Siti Nadzifah
Imej : Siti Nadzifah

 Malam ni nak buat kek coklat moist atas permintaan umi untuk dijadikan pemanis mulut bagi jamuan esok. Sekarang "on the way" nak pergi beli bahan-bahan kek, sambil-sambil ambil "mood" dan ingatkan resepi eloklah saya kongsikan di sini bagi rujukan sahabat yang ingin membuat kek ni sendiri pula ya.
 

Inilah hasilnya.