Rabu, 27 November 2013

Spesifikasi Gambar Bagi Memohon Pasport Antarabangsa Malaysia

Teks : Siti Nadzifah
Rujukan : Laman Web Jabatan Imigresen Malaysia

Antara syarat paling penting semasa permohonan pasport ialah anda perlu menyediakan gambar berukuran pasport. Mungkin ada antara kita yang kurang pasti tentang spesifikasi gambar yang sepatutnya dan menepati syarat bagi memohon pasport. 

Bagi memudahkan proses dan menjimatkan masa, semak dahulu spesifikasi gambar yang telah ditetapkan oleh pihak Imigresen. Ini akan membantu mempercepatkan proses dan dapat mengelakkan anda mengalami kerugian jika tersalah membawa gambar yang tidak menepati syarat. 


Spesifikasi Gambar Pasport Polikarbonat

spec
  • Kepingan gambar bersaiz 35mm x 50mm berlatar belakang PUTIH tanpa bayang
  • Saiz wajah pembawa passport berukuran minima 25-30mm (50% - 60% ukuran ruang gambar mengikut ICAO)
  • Lebihan ruang di antara kepala dan hujung kepingan gambar berukuran 10mm
  • Lebihan ruang antara dagu dengan hujung bawah kepingan gambar berukuran 10mm
  • Pakaian berwarna gelap serta menutupi bahu dan dada
  • Tiga suku profil tidak dibenarkan
  • Pemohon memandang tepat ke arah kamera
  • Mata perlu dalam keadaan terbuka dan mulut tertutup
  • Rambut tidak melindungi wajah 
  • Tidak menutupi dahi bagi yang memakai tudung 

Diharap sedikit perkongsian akan membantu anda dalam proses permohonan pasport. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila berhubung terus dengan pihak Imigresen.


 Kemaskini pada Jumaat, 22 November 2013 02:11




---------------------------------------------------------------------
Iklan:
Akademi Bekerja Dari Rumah kini sudah mencapai lebih 350 blog dengan 13 guru online sedang bertugas.21  kelas secara online sedang berlangsung. Pendaftaran dibuka setiap hari. Anda ingin menulis blog? Sertai kami di sini untuk mempelajari asas membina blog penulisan dan bisnes.

1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page
3. Kelas penulisan kreatif
3. Kelas belajar iklan mudah.my
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus onlne dibuka
6. Kelas asas akaun bisnes kecl wahm/soho

Hubungi saya melalui ;
sms/whatsapps : 013-9288582; 
atau boleh juga PM saya di Facebook

Tiada ulasan:

Catat Ulasan