Khamis, 2 Januari 2014

Buat Apa Sambut Tahun Baru?

Teks : Siti Nadzifah
Imej : Google

Tahun baru 2014.


Semasa saya bertugas semalam, ramai pelawat yang menyapa saya dengan ucapan selamat tahun baru. Mereka semua kelihatan gembira dan teruja dengan kedatangan tahun baru. Saya pula hanya membalas ucapan mereka sekadar untuk mengambil hati dan berbasa-basi. Tak jawab kang dikata sombong pula kan.

Dalam pada sibuk melayan pelawat yang tidak putus-putus, tiba-tiba terdetik persoalan di benak saya. Kenapa nak sambut tahun baru? Kenapa mereka semua gembira dengan kedatangan tahun baru? Apa kaitan tahun baru dengan kita? Apakah sambutan tahun baru ada kaitan dengan sesuatu agama dan kepercayaan? Kenapa ada pihak yang sanggup mengeluarkan perbelanjaan sehingga jutaan ringgit semata-mata untuk sambutan tahun baru? Apakah pula hukumnya?

Alamak, tidak satu pun dari soalan itu dapat saya jawab. Apa lagi, tanyalah pakcik Google kan.Hasilnya, saya temui beberapa jawapan yang dapat meyakinkan saya bahawa; sebagai seorang Islam, tidak perlulah kita menyambut kedatangan tahun baru secara keterlaluan kerana ia boleh mendatang hukum haram jika salah caranya. Na'uzubillah.

Pada saya, kedatangan tahun baru sama sahaja seperti pergantian hari-hari biasa. Bezanya, angka yang menunjukkan tahun sahaja bertambah. Bila difikirkan lagi, bila bertambahnya tahun, usia kita semakin bertambah, ajal kita semakin dekat. Sudah bersediakah kita menyambut ketibaannya yang tidak kita ketahui bila datangnya?


Cuba bayangnya kalau ajal kita tiba di saat sedang terkinja-kinja menari atau bersesak-sesak antara lelaki dan perempuan di tempat sambutan tahun baru itu. Lebih sadis lagi kalau ajal menjemput di saat kita berada dalam lingkungan penganut agama yang mengagungkan sambutan tahun baru mengikut fahaman mereka. Tahukah anda yang sebenarnya sambutan tahun baru ini sebenarnya meraikan apa dan disambut oleh penganut agama apa?

Astaghfirullah... Kita ni terlalu mudah terikut dengan apa sahaja tanpa usul periksa. Zaman semakin canggih tetapi manusia yang hidup di zaman serba canggih ini tidak pandai menilai dan menggunakan apa yang mereka ada. Mereka hanya tahu mengikut apa sahaja yang dirasakan hebat. Apa yang pada pandangan mata mereka, macam elok je, macam syok je. Tapi soal hukum dan agama langsung tidak diendahkan.

Tidak salah jika mahu menyambut tahun baru. Tetapi pertama sekali perbetulkan niat kita. Sambut dengan cara yang dianjurkan dalam Islam bukan dengan menghadiri parti atau majlis yang diadakan oleh kaum yang mahu menyesatkan kita. Ingatlah, Allah s.w.t. menyebut dalam ayat 120 Surah Al-Baqarah :

'Wa Lan Tardha Anka' Yahudu Wa Lan Nasoro Hatta Tattabi'a Millatahum'
(Dan tidak sekali-kali Yahudi akan redha pada kamu juga Nasrani(Kristian)
sehinggalah kamu mengikut agama mereka). - Surah Al-Baqarah , Ayat : 120

Tahukah anda bahawa tahun baru Masihi diraikan untuk menyambut kelahiran Jesus?
Tahukah anda siapa Jesus di kalangan masyarakat Nasrani atau Kristian?
Justeru, mengapa kita perlu sibuk-sibuk untuk sambut tarikh lahir Jesus, yang entah ya entahkan tidak tarikhnya, sumbernya autentik atau tidak, betul-betul kelahiran Nabi Isa atau cuma rekaan orang-orang yang mengaku menjadi pengikut baginda?

HUKUM SAMBUTAN TAHUN BARU MASIHI

Ustaz Zaharuddin menyatakan hukumnya adalah HARUS secara bersyarat, iaitu;

a) Sambutan tersebut dilakukan atas asas ‘Uruf atau ‘Adat dan bukannya di anggap sebagai suatu upacara keagamaan.
b) Tiada percampuran rambang lelaki dan wanita yang bukan mahramyang dikebiasaan membawa kepada maksiat
c) Tidak dicampur adukkan dengan hiburan-hiburan yang bertentangan dengan kehendak Islam.
d) Kandungan majlis sambutan ini juga mestilah bertepatan dengan kehendak syara’ – anjurkan majlis ilmu.

Namun hakikat hari ini sambutan tahun baru tidak lengkap kalau tiada konsert-konsert hiburan, samada di kaca TV ataupun di tempat sambutan tahun baru. Justeru itu ia lebih membawa keburukan apabila berlakunya pergaulan bebas, ada yang mabuk dan bertindak liar merosakkan harta benda awam serta mengancam petugas-petugas keselamatan yang berkawal.  Sehubungan itu, lebih baik kita mengelakkan diri daripada terlibat dalam sambutan tahun baru yang diketahui bercampur aduk dengan program-program maksiat dan HARAM.

Berdasarkan sedikit huraian di atas, kita sebagai umat Islam kenalah pandai-pandai menyesuaikan apa juga perkara dengan pandangan dan hukum dalam Islam sebelum mengikut secara membuta tuli sahaja. Jangan sampai terlalu mengikut trend hingga menjejaskan akidah. Na'uzubillah...




---------------------------------------------------------------------
Iklan:
Akademi Bekerja Dari Rumah kini sudah mencapai lebih 350 blog dengan 13 guru online sedang bertugas.21  kelas secara online sedang berlangsung. Pendaftaran dibuka setiap hari. Anda ingin menulis blog? Sertai kami di sini untuk mempelajari asas membina blog penulisan dan bisnes.

1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page
3. Kelas penulisan kreatif
3. Kelas belajar iklan mudah.my
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus onlne dibuka
6. Kelas asas akaun bisnes kecl wahm/soho

Hubungi saya melalui ;
sms/whatsapps : 013-9288582; 
atau boleh juga PM saya di Facebook
Jom kita pakat jana pendapatan sampingan. Klik gambar untuk ke Page kami.
https://www.facebook.com/tepungmagikmama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan