Jumaat, 8 November 2013

Kes Kehilangan Passport Malaysia Antarabangsa

Teks : Siti Nadzifah
Imej : Google
Update terbaru :  1 Nov 2013 (www.imi.gov.my)


Pada entri yang lepas saya ada kongsikan apa yang perlu dibuat jika anda kehilangan passport. Entri tersebut berpandukan maklumat yang saya perolehi dari website rasmi Jabatan Imigresen Malaysia yang mana dikemaskini pada tarikh 7 Mac 2012.

Di sini saya akan kongsikan prosedur baru tentang apa yang perlu anda lakukan jika berlaku kehilangan Passport Malaysia Antarabangsa mengikut maklumat yang telah dikemaskinikan di website imigresen bertarikh 1 Nov 2013.


Mengikut prosedur yang terbaru ini, jika berlaku kehilangan passport, anda tidak perlu lagi membuat laporan polis. Sebaliknya anda boleh terus mengemukakan permohonan gantian bagi passport yang hilang terus di mana-mana pejabat Imigresen yang berdekatan anda.

Dokumen yang perlu disediakan ialah:
  • Kad pengenalan (KPT)
  • Sijil Lahir
  • 2 keping gambar bersaiz 35mm x 50mm berlatar belakang putih tanpa bayang
  • Borang Soal Selidik Kehilangan Passport (IMM.42c) - boleh dimuat turun daripada laman web rasmi imigresen atau boleh didapati di Pejabat Imigresen dan telah diperakui oleh Suruhanjaya Sumpah / Mahkamah.
Namun begitu, kelulusan permohonan gantian Passport yang telah hilang adalah bergantung kepada keputusan Ketua Pengarah Imigresen dan keputusan siasatan akan dimaklumkan dalam tempoh lima hari dari tarikh permohonan diterima.


Kehilang passport dikategorikan seperti berikut:

1) Kehilangan akibat bencana alam (tsunami, gempabumi, banjir dan seumpamanya)
* bukti bencana alam (surat Pegawai Daerah / Penghulu / Ketua Kampung / Perwakilan Malaysia di luar Negara atau Pihak Berkuasa Negara terlibat dan seumpamanya)


2) Kehilangan / rosak akibat kebakaran
*Perlu laporan pihak bomba


Rujukan : http://www.imi.gov.my/index.php/ms/perkhidmatan-utama/pasport/pasport-malaysia-antarabangsa 
Telah Dikemaskini pada Jumaat, 01 November 2013 09:13

Iklan :
Akademi Bekerja Dari Rumah kini sudah mencapai lebih 200 blog dengan 7 guru online sedang bertugas. 17 kelas secara online sedang berlangsung. Pendaftaran dibuka setiap hari. Sertai kami di sini untuk mempelajari asas membina blog penulisan dan bisnes. Hubungi saya melalui 
 email : sitinadzifahabdrahad@gmail.com 
sms/whatsapps : 013-9288582; 
atau boleh juga PM saya di Facebook

1 ulasan:

  1. betul ke tak payah nak buat laporan polis? boleh bagi link tak sbb namapk kat imi.gov.my, kene buat laporan polis & angkat sumpah.

    BalasPadam