Isnin, 11 November 2013

Ulasan Kelas Online - Ain Akib

Review: Kata Tak Suka Blogging...



Teks: Ain Akib
Guru Online: Khairunnisa Hamzahara (Nisa Nua)
Jujurnya, saya tidak faham mengapa orang berblogging. Apa yang menariknya pun tak tahulah. Tambah pula sekarang banyak penggunaan bahasa singkatan yang menambahkan pening untuk membacanya. Ok, ini pemikiran saya sebelum ini, waktu minda masih diselaputi ion-ion negatif dan tidak mahu berfikir jauh, hoho.
Kasihan saya, saya silap rupanya. Hanya memandang sebelah mata dan menafikan kepentingan blog. Walhal setiap kali membuat carian di google pasti akan tertera naik alamat-alamat blog dan jaringan yang menjawab semua persoalan saya. Masih lambat perasan dan buta perasaan, maafkan saya, hehe.


Sejak menggunakan telefon pintar (smartphone), saya ada mengikuti blog beberapa penulis yang saya minati. Dengan kemudahan mobil ini, akses ke internet semakin mudah dan pantas, alhamdulillah. Pada masa yang sama akses ke mukabuku juga hanya di hujung jari dan bila-bila masa sahaja.


MULA BERBLOG


Terdetik saya untuk berblog adalah selepas beberapa kali membaca penulisan sahabat sekolah saya, Puan Khairunnisa Hamzah. Promosi yang dibuat oleh beliau pada mulanya hanya menjadi tatapan saya sehinggalah suatu ketika terdetik untuk merisik khabar. Bahasanya yang santai mengajak orang lain untuk turut sama belajar dalam Kelas Belajar Asas Membuat Blog dan Menulis dengan panduan daripadanya membuatkan saya rasa terpanggil untuk mencuba. Saya mempunyai minat untuk menulis walaupun tiada arah tuju yang tetap, jadi saya mendaftarkan diri untuk kelas ini.
Setelah 'bertemu' dengan Nisa di mukabuku dan hingga saat ini, alhamdulillah, Allah memberi Nisa kekuatan untuk tidak jemu menabur ilmu dan dengan sabar melayan kerenah protege-protegenya yang pelbagai, ;). Saya dipandu sedikit demi sedikit dan langkah demi langkah. Kami di follow up dari semasa ke semasa. Alhamdulillah, perkongsian bersama dengan rakan lain dalam kelas ini juga membantu, :). Alhamdulillah, Allah beri juga saya kekuatan untuk terus menulis berkongsi rasa di sini.
UNTUNGNYA?


Blog membolehkan kita mempunyai ruang sendiri bagi meraih pembaca dengan akses yang lebih luas berbanding mukabuku. Tidak dinafikan bahawa ruang ini mampu menjadi platform yang lebih baik dan konsisten dalam kita menawarkan khidmat/produk/ilmu kepada orang ramai. Kalau nak tahu, cubalah! Sesiapa juga mampu belajar! Klik sahaja di Kelas Belajar Asas Membuat Blog dan Menulis, :). 


Walaupun saya masih dalam proses menawarkan khidmat mengedit video, pada masa yang sama saya dapat melatih diri untuk menulis dan menyampaikan apa yang saya harap, buah ilmu. Jujurnya, saya berharap ilmu yang dikongsi ini menjadi saham saya di akhirat dan sebagai pelaksanaan tanggungjawab saya sebagai khalifahNya, :).
Moga Allah, Ya Mujeeb, berkati dan bimbing kami sentiasa, ameen.. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan