Rabu, 6 November 2013

Dropship - Bisnes Tanpa Modal

Pertama kali saya mendengar bisnes tanpa modal, saya tidak percaya. Ada ke? Jangan-jangan tipu atau bikin gempak je. Kemudian saya mula mencari maklumat berkaitan sehinggalah saya menemui istilah "dropship".

Apa itu dropship? Apa maksud dropship? Asing benar perkataan itu pada saya. Setelah mengkaji dan membaca berkenaan dropship, ini yang saya temui, kebanyakannya saya rujuk di internet. Barulah saya mula faham apa yang dimaksudkan dengan perkataan dropship ini.

Dropship merupakan salah satu daripada cabang bisnes online. Apa yang istimewa tentang bisnes secara dropship ini ialah anda tidak perlu menyimpan stok barang. Anda juga tidak perlu bersusah payah membungkus dan mengeposkan barang yang dijual. Semua tugas-tugas tersebut akan diuruskan oleh pihak pembekal.

Anda sebagai agen dropship hanya perlu membuat promosi di internet seolah-olah produk yang dijual itu adalah barang jualan anda. Agen dropship hanya bertindak sebagai orang tengah yang mencari pembeli bagi produk yang dijual oleh pembekal. Di sinilah perlunya fanpage dan blog untuk mempromosikan barang jualan itu.

Betul ke tanpa modal? Ya, terdapat banyak pembekal yang menawarkan peluang untuk menjadi agen dropship secara percuma.
Tidak kurang juga yang mengenakan bayaran atau yuran. Anda kenalah pandai-pandai pilih ya. Satu lagi pesanan saya, berhati-hati semasa memilih pembekal kerana dibimbangi ada pihak yang tidak bertanggungjawab menawarkan konsep dropship sedangkan mereka bukanlah pembekal sebenar.

Kita semua tahu sekarang ini bermacam-macam cara dan di mana-mana sahaja, ramai yang mahu mengaut keuntungan secara mudah tanpa mengira hukum. Jadi berhati-hati dan siasat dahulu serba sedikit sebelum terlibat dengan mana-mana pembekal.



Sertai kami sekarang dan anda boleh mulakan bisnes dropship bersama kami bila sudah bersedia. Terdapat beberapa produk yang kami tawarkan.
Akademi Bekerja Dari Rumah kini sudah mencapai hampir 200 blog dan pendaftaran kini, alhamdulillah setiap hari.

10 guru online sedang bertugas. 17 kelas secara online sedang berlangsung setiap hari.

Kami menawarkan dua kelas online di bawah.
Hubungi saya untuk pendaftaran segera :

1) Kelas Asas Blog dan Penulisan
2) Kelas Asas Blog dan Fanpage khusus untuk bisnes


 Iklan :
Akademi Bekerja Dari Rumah kini sudah mencapai lebih 200 blog dengan 7 guru online sedang bertugas. 17 kelas secara online sedang berlangsung. Pendaftaran dibuka setiap hari. Sertai kami di sini untuk mempelajari asas membina blog penulisan dan bisnes. Hubungi saya melalui 
 email : sitinadzifahabdrahad@gmail.com 
sms/whatsapps : 013-9288582; 
atau boleh juga PM saya di Facebook

Tiada ulasan:

Catat Ulasan