Rabu, 8 Januari 2014

Kelebihan Dan Khasiat ESP ( Soy Protein Isolate Powder)


Kelebihan Dan Khasiat ESP ( Soy Protein Isolate Powder)

  1. ESP menjadikan kulit anda cantik, halus, gebu dan berseri
  2. ESP membantu menganjalkan semula payudara yang kendur dan mengembalikan keindahan payudara anda
  3. Memberi tenaga di mana badan semakin sihat dan kurang letih
  4. ESP sangat membantu dalam penghasilan susu ibu yang lebih pekat dan berkrim dengan lebih cepat dan merupakan salah satu milk booster yang hebat.
  5. Bagi ibu mengandung, ESP membantu perkembangan fetus dan memastikan kesihatan ibu di tahap yang optimum.
  6. Memberikan rasa kenyang yang boleh membantu dalam proses pengurusan berat badan.
  7. Membantu menghilangkan parut jerawat kerana parut terjadi akibat kekurangan protein bagi membentuk sel baru dan menyingkirkan sel kulit mati.
  8. Membantu mengurangkan ekzema dan masalah kulit.

Khamis, 2 Januari 2014

Buat Apa Sambut Tahun Baru?

Teks : Siti Nadzifah
Imej : Google

Tahun baru 2014.


Semasa saya bertugas semalam, ramai pelawat yang menyapa saya dengan ucapan selamat tahun baru. Mereka semua kelihatan gembira dan teruja dengan kedatangan tahun baru. Saya pula hanya membalas ucapan mereka sekadar untuk mengambil hati dan berbasa-basi. Tak jawab kang dikata sombong pula kan.

Dalam pada sibuk melayan pelawat yang tidak putus-putus, tiba-tiba terdetik persoalan di benak saya. Kenapa nak sambut tahun baru? Kenapa mereka semua gembira dengan kedatangan tahun baru? Apa kaitan tahun baru dengan kita? Apakah sambutan tahun baru ada kaitan dengan sesuatu agama dan kepercayaan? Kenapa ada pihak yang sanggup mengeluarkan perbelanjaan sehingga jutaan ringgit semata-mata untuk sambutan tahun baru? Apakah pula hukumnya?

Alamak, tidak satu pun dari soalan itu dapat saya jawab. Apa lagi, tanyalah pakcik Google kan.Hasilnya, saya temui beberapa jawapan yang dapat meyakinkan saya bahawa; sebagai seorang Islam, tidak perlulah kita menyambut kedatangan tahun baru secara keterlaluan kerana ia boleh mendatang hukum haram jika salah caranya. Na'uzubillah.

Pada saya, kedatangan tahun baru sama sahaja seperti pergantian hari-hari biasa. Bezanya, angka yang menunjukkan tahun sahaja bertambah. Bila difikirkan lagi, bila bertambahnya tahun, usia kita semakin bertambah, ajal kita semakin dekat. Sudah bersediakah kita menyambut ketibaannya yang tidak kita ketahui bila datangnya?